Akhirnya selepas sebulan kita semua berpuasa, maka tiba lah hari yang dinantikan oleh seluruh ummat Islam iaitu hari kemenangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada 22 April 2023, hari sabtu.
Alhamdulillah. Kita semua sedia terkesan dengan sambutan Hari Raya pada tahun 2020 dan 2021 kita hanya mampu sambut Hari Raya Aidilfitri di kediaman masing-masing dalam tempoh PKP kerana Pandemik Covid-19 kan. Kemudian bila dah dapat merentas negeri tahun 2022, kita sambut hari raya mengejut pulak. Masing-masing tak bersedia. Raya jatuh satu hari lebih awal dari jangkaan seluruh rakyat Malaysia. Hahaha.