Saturday, 25 March 2023

MERIAHNYA SHAKLEE FUN DAY MAC 2023

 
Bismillahirahmanirahim.. syukur Alhamdulillah, saat entry ini ditulis kita semua telah berada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak 1444H. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik buat kita semua. In Shaa Allah.

Hari ini saya nak berkongsi keseronokkan dan kemeriahan sambutan SHAKLEE FUN DAY yang telah diadakan pada 18 Mac 2023 yang lalu. Di mana dalam masa yang sama, saya telah attend class bersama Prof Dr Redza yang berkaitan Makanan, Sains dan Sunnah (Boleh baca di sini). Jadi hari tersebut memang banyak event yang best-best. Cuma sayangnya saya tidak dapat turut serta untuk event Shaklee Fun Day dan Bisnes Shaklee Solutions Workshop anjuran my super upline, Master Norita.

Tetapi bukan bermaksud saya tidak involve dalam merasai kemeriahannya. Seawal pagi dah penuh update dalam group team kami masing-masing dah sampai, dah dapat grab barang promo beserta Free Gift. Siap ada yang kecewa sebab ada selected items yang limited. Macam mana tak habis, masing-masing berpusu-pusu memborong.

Monday, 20 March 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU MENURUT KAJIAN SAINS

Pada hujung minggu baru-baru ini, iaitu 18 Mac 2023 (hari Sabtu) saya dan rakan-rakan Team Projek Blog Mega Euphoria Shaklee telah berpeluang mengikuti satu Seminar di atas talian yang bertajuk The Science of Nutraceuticals yang mana ianya telah disampaikan oleh Genomic Scientist, Prof Dr. Redza Rahman. Actually kelas ini telah diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Tetapi saya tidak dapat turut serta secara offline kerana pada hari yang sama, ada event di Sekolah anak. Syukur Alhamdulillah, penganjur Master Norita buka juga untuk sessi class online.

Ini kiranya kali pertama, saya attend the seminar dengan Prof Dr. Redza. Banyak input kesihatan yang saya peroleh dari kelas ini terutama melibatkan Preventive Treatment, bagaimana INTERMITTENT FASTING (IF) memberi kesan kepada tubuh badan pengamalnya dari sudut kajian sains.

Friday, 17 March 2023

KENAPA MESTI PILIH SHAKLEE? SUPPLEMENTS TERBAIK DI MALAYSIA

Shaklee? Kenapa ramai orang memilih Suplemen Shaklee? Bila bersembang dengan rakan-rakan dan bertanya apa Suplements Terbaik yang diyakini selamat? Rata-rata ramai mencadangkan Produk SHAKLEE.

Kita takkan bertanya adakah ianya berkesan sebab mana-mana produk yang dijual normally memang akan mempunyai kesan kepada penggunanya sama ada positive ataupun negative. Thats why kita kena pastikan ia nya selamat. Bila selamat, In Shaa Allah kesannya pasti yang baik-baik.

Tuesday, 14 March 2023

NAK KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE? BUAT NI, TURUN 3KG SEMINGGU

Ramai orang sedang mencari tips-tips kuruskan badan sebelum raya. Antara ayat-ayat iklan yang biasa kita baca adalah Cara Mudah Untuk Kurus? Rahsia Kurus Tanpa Berlapar? Tips Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu. Petua Kurus Turun Temurun, Cadangan Makanan untuk Orang Nak kuruskan Badan dan Pantang Larang Kurus. Dan yang pasti antara ayat yang ramai rakyat Malaysia suka adalah Kurus Tanpa Bersenam dan Tak Perlu Berlapar. Hehehe.

Saya pun suka, teruja ingin tahu bila baca ayat-ayat iklan sebegitu. Tapi, tahukah korang untuk kurus bukan semudah A, B, C. Sedangkan kita nak gemuk ambil masa bertahun-tahun, berbulan-bulan menternak lemak di badan tanpa dirancang. Sedar-sedar, baju dan seluar dah ketat, naik tangga dah mengah, mudah penat dan kerap mengantuk seolah-olah tidak cukup tidur di malam hari nya.

Saturday, 11 March 2023

DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE UNTUK AIDILFITRI 2023

Tahun ni merupakan tahun ke sembilan saya akan beraya bersama Shaklee. Saya mula terjebak dalam Bisnes Shaklee pada bulan September 2014. Kiranya beberapa bulan selepas Raya Aidilfitri pada tahun yang sama.

Alhamdulillah, sepanjang saya berada dalam bisnes ini, belum pernah lagi Shaklee tidak membayar Duit Raya kepada semua pengedar-pengedarnya yang layak. Setiap bulan sama ada musim perayaan atau tiada perayaan sekali pun memang Shaklee akan masukkan Cash Reward ke dalam akaun bank pengedar masing-masing termasuk rakan Projek Blog Mega 2.0 saya, Atifah yang merupakan seorang suri rumah tangga, pun dapat Duit Raya awal.

Thursday, 9 March 2023

PENGALAMAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah SWT sekarang kita berada di Bulan Syaaban (Sewaktu saya menulis entry ini). Marilah sama-sama kita amalkan bacaan doa pendek ini setiap hari menuju Ramadhan :

“Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikan kami ke Bulan Ramadhan.” (Hadith Riwayat Ibn Abbas r.a)

Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terbaik buat kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya. In Shaa Allah.