Tuesday, 11 July 2023

RAMAI NAK TAHU APA BEZA VIVIX DAN RESV SHAKLEE NI?

Saya sering mendapat pertanyaan soalan tentang Beza Vivix dan Resv Shaklee :

    1. APAKAH PERBEZAAN VIVIX DAN RESV SHAKLEE?
    2. BOLEH KE KALAU SAYA AMBIL SALAH SATU SAHAJA?
    3. KALAU KEDUA-DUANYA SAMA KENAPA HARGANYA BERBEZA?

Ok, mungkin selepas anda mengetahui tentang 9 Rahsia Keunikan dan kelebihan Vivix Shaklee, anda pun sama seperti mereka ada persoalan yang serupa yang belum terjawap apa Beza Vivix dan Resv Shaklee. Betul?

Beza Vivix dan Resv Shaklee

PERBEZAAN VIVIX DAN RESV SHAKLEE

Penjenamaan :

  • Vivix lebih dikenali dengan tarikan dan fokus kepada “Energy For Life”.
  • Manakala Resv pula adalah “Live Vibrantly”.

Bentuk dan cara penyimpanannya :

  • Vivix didesignkan dalam bentuk cecair pekat dan likat yang memerlukan cara penyimpanan yang lebih berhati-hati di dalam peti sejuk untuk kekalkan kualiti dan rasanya.
  • Resv pula dalam bentuk softgel lembut yang lebih mudah dijaga urus. Tiada masalah untuk simpan didalam suhu bilik dalam jangka masa yang lama. Cuma elakkan dari suhu haba panas sahaja.
  • Kiranya Resv ni lebih Travel Friendly berbanding Vivix. Masukkan ke dalam hand-bag pun tiada masalah risau tertumpah.

Jangka luput :

  • Vivix mampu bertahan untuk jangka masa yang agak singkat iaitu 12 bulan manakala Resv lebih lama iaitu 24 bulan.

Isipadu dan sukatan makan setiap botol :

  • Vivix 150ml, Resv ada 60 biji softgel yang mana kedua-dua items ini diperuntukkan untuk diambil dalam jangka masa sebulan bagi yang ingin mantain kesihatan. Tetapi berbeza taw cara pengambilan untuk orang yang mempunyai masalah penyakit-penyakit kronik.

Ramuannya :

  • Vivix mengandungi 4 bahan-bahan utama dari sumber botani yang tinggi kandungan Resveratrol dan Polifenol. Iaitu Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Polygonum Cuspidatum/ Knotweed Jepun dan Elderberi Eropah.
  • Manakala Resv ada 4 tambahan bahan-bahan lain selain Shaklee mengekalkan 3 bahan yang sedia ada di dalam Vivix ke dalam Resv. Bahan-bahan ramuan yang ada di dalam Resv adalah Chebulic Myrobalan, Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Knotweed Jepun/ Polygonum Cuspidatum, Anggur Merah, Anggur Hitam dan Pomegranate (Buah Delima).

Kandungan nutriennya :

  • Vivix 10% lebih berkuasa dari Resveratrol tunggal dan 10x ganda polifenol untuk perlindungan dengan spektrum yang lebih luas.
  • Resv pula 30% lebih powerful berbanding Vivix dan 13x ganda Polifenol.

Dari segi Patent pula :

  • Vivix 3 patent (1Gabungan Polifenol, 2Proses Cold Filling Extraction secara semualajadi, 3Tanpa pengawet dan cecair yang stabil).
  • Resv 6 patent (3 termasuk yang ada pada Vivix).

Fungsi secara keseluruhannya :

  • Vivix didesignkan untuk membantu tingkatkan kesihatan manakala Resv digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan penggunanya.

Dari segi pendaftaran Hologram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :

  • Vivix tiada Hologram kerana didaftarkan di bawah kategori makanan di bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.
  • Manakala Resv ada Hologram kerana ramuannya mempunyai kandungan herba. Jadi ia telah didaftarkan di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara NPRA, KKM sebagai ubat tradisional.

Usia produk :

  • Vivix telah rasmi diperkenalkan pada tahun 2008 sehingga sekarang. Maksud dah 15 tahun usianya. Dan telah terjual lebih daripada 1 Juta botol Vivix sejak kemasukkannya ke negara kita. Dah ramai pengguna Vivix di Malaysia.
  • Resv pula baru launch pada tahun 2020 hasil formulasi selepas melihat permintaan yang tinggi terhadap Vivix dan membantu mereka yang ingin mantain kesihatan, sibuk bekerja, selalu travel. Thats why jangka hayatnya pun lebih lama dan travel friendly.

Beza Vivix dan Resv dari segi harganya :

  • Harga Bukan Ahli VIVIX = RM498.75/ Harga Ahli VIVIX = RM399
  • Harga Bukan Ahli RESV = RM535/ Harga Ahli VIVIX = RM428

Berita gembira buat anda bulan ini anda boleh dapatkan Vivix dan Resv dengan harga lebih jimat sehingga 10% off selepas harga ahli. Yang mana ia dipanggil Promosi Ezy Pay Installment Plan menggunakan credit card Maybank sahaja tetapi zero interest. Berminat wasap saya direct, Sakinah : Nak Promosi Vivix ResV Murah.

beza vivix dan resv

Jadi, sekarang anda dah faham dengan jelas apa beza Vivix dan Resv Shaklee kan.

Mari kita lihat pula bagaimana kedua-dua produk ini membantu dalam meng optimum kan kesihatan kita seperti Testimoni pengguna-pengguna Vivix dan Resv Shaklee yang lain.

APAKAH KEPENTINGAN SEL UNTUK TUBUH BADAN YANG SIHAT?

Sel adalah unit asas benda hidup. Manusia mempunyai lebih trilion sel di dalam badan. Tidak terhitung dan terkira kuantiti bilangan sel tersebut. Anda boleh baca secara ringkas untuk memahami apa itu Sel? Dan bagaimana Sel berfungsi dalam posting Cikgu Naza ini.

Tempoh jangka hayat sel adalah berbeza bagi setiap sel yang lain.

Saya cuma nak anda faham. SEL yang sama akan berkumpul membentuk TISU, dan dari Tisu akan membentuk ORGAN. Seterusnya Organ-organ ini akan bersatu untuk menjalankan fungsi SISTEM di dalam badan supaya kekal sihat.

Saya ada jumpa satu sharing Slidebooks bertajuk Genetik dari buku Teks Sains Tingkatan 4. Mungkin anda boleh ulangkaji semula untuk lebih memahami. Ya lah, kita ni dah lama tinggalkan zaman sekolah. Lainlah kalau kerjaya anda sekarang memang terlibat dalam bidang sains atau berkaitan dengan biologi manusia kan.

Jadi, untuk Sel kekal sihat, terpelihara sel itu sendiri memerlukan makanan yang berkhasiat, bernutrien dan tinggi POLIFENOL untuk melindunginya.

BAGAIMANA MEMASTIKAN POLIFENOL MEMBANTU SEL BERFUNGSI DENGAN BAIK?

POLIFENOL adalah bahan semulajadi yang wujud dalam buah-buahan, beri dan sayur-sayuran. Kajian saintifik mendapati pengambilan makanan yang kaya dengan POLIFENOL untuk jangka masa yang panjang membantu mencegah dan memperlahankan pembentukan Advance Glycation End (A.G.E) yang menyebabkan penuaan sel di dalam badan anda dan menyokong kesihatan serta kesejahteraan secara menyeluruh.

Vivix dan Resv adalah campuran sempurna POLIFENOL dari 8 bahan botani terbaik dan terpilih di seluruh dunia.

Bahan-bahan Utama dalam Vivix Shaklee :

  1. Anggur Muscadine
  2. Elderberi Eropah
  3. Lobak Ungu
  4. Polyganum Cuspidatum/ Knotweed Jepun

Manakala bahan-bahan botani di dalam Resv pula adalah :

  1. Anggur Muscadine
  2. Lobak Ungu
  3. Polyganum Cuspidatum/ Knotweed Jepun
  4. Chebulic Myrobalan
  5. Pemegranet (Buah Delima)
  6. Anggur Hitam
  7. Anggur Merah

Terdapat lebih daripada 8, 000 POLIFENOL yang dikenalpasti dalam makanan seperti teh, anggur, coklat dan buah-buahan, sayur-sayuran, minyak zaitun dan banyak lagi.

Yang menariknya POLIFENOL paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti kulit dan biji buah anggur dan elderberi.

RESVERATEROL adalah satu daripada jenis POLIFENOL.

POLIFENOL memainkan peranan penting :

  • dalam MELINDUNGI DAN MEMPERBAIKI DNA SEL untuk mengelakkan TELOMERE menjadi pendek.
  • membantu MENINGKATKAN TENAGA SEL – meningkatkan penghasilan MITOKONDRIA (Pengeluar Tenaga Badan).
  • terlibat dalam MENINGKATKAN DAYA TAHAN SEL dengan mengurangkan keradangan radikal bebas dan toksin dalam sel-sel. Badan kita mempunyai “suis induk” yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.

PILIHAN POLIFENOL YANG MANAKAH SESUAI UNTUK USIA ANDA?

Sepanjang pengalaman saya dalam Preventive Treatment selama 10 tahun ini, saya mendapati semakin berusia seseorang itu semakin merosot tahap kesihatan sel di dalam badan mereka.

Normally kesan kemerosotan kesihatan bagi wanita mula dirasai apabila mereka kedatangan darah haid. Berbanding orang, lelaki agak lambat sedikit.

Kemudian, wanita itu berkahwin, mengandung, melahirkan, bersalin dan berpantang, berulang kali mengandung lagi dan bersalin lagi sehingga sampai fasa menopause dan dalam masa yang sama menguruskan rumahtangga, bekerja dan bergerak setiap hari. Badan akan penat, tidak cukup rehat, kurang pengambilan nutrien yang baik, sel akan menua.

Kita pun tidak lari dari kesan kelemahan teknologi, gaya hidup yang kurang sihat, obesiti, terdedah dengan pencemaran, serangan radikal bebas, tekanan yang menjadi punca penyebab berlakunya penuaan sel dengan sangat cepat.

Jadi masa terbaik dan sesuai anda amalkan Polifenol adalah sekarang. Tidak perlu melihat dan mengira berapa usia anda. Cukup decide untuk amalkan kedua-duanya sekali.

Sebagaimana disarankan oleh Nutritionist Shaklee, ambil sesudu Vivix setiap pagi dan 2 biji Resv sebelum tidur.

Ada orang dia tak suka ambil kedua-duanya. Dia prefer ambil Vivix sahaja. Ada orang suka ambil Resv sahaja. Tiada masalah jika itu yang dapat memperbaiki kualiti kesihatan dan kehidupan anda. Asalkan anda faham BEZA VIVIX DAN RESV tetap wujud.

Cuma kalau untuk golongan warga emas dan mereka yang ada masalah penyakit-penyakit kronik, dialisis buah pinggang, kanser saya nasihatkan fokus kepada Vivix sahaja.

Untuk maintain di usia awal 30-an, 40-an boleh ambil kedua-duanya sekali.

Anda nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee? boleh baca di sini

“https://anakkuwira.com/siapa-perlukan-vivix-shaklee

Berminat, untuk mencuba ResVivix dan Vivix Shaklee? Whatsapp saya segera : Sakinah Shaklee. Atau anda boleh direct puchase di link express ini, register keahlian shaklee percuma untuk dapatkan harga istimewa dan tawaran menarik.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1168494

Nak beli produk Shaklee di branch berdekatan anda, boleh mendaftar menggunakan No. ID saya : 1168494 (Sakinah Mat Said) sebagai introducer anda. Kerana di branch nanti, staff akan minta ID No. untuk membuat order.

Nak jana pendapatan tambahan dengan Bisnes Shaklee 3, 4 atau 5 angka setiap bulan? Hubungi saya : Your Trusted Bisnes Leader.

Semoga penulisan ini dapat membantu keyakinan anda untuk ikhtiar memperbaiki masalah kesihatan anda dan juga keluarga. Jangan lupa kongsikan kepada orang sekeliling jika anda rasa ia bermanfaat. Dan semoga kita sama-sama dikurniakan seribu kebaikan. In Shaa Allah.

Ok, sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Sekian, Wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu #testimonivivixshaklee


No comments:

Post a Comment