Friday, 14 July 2023

6 TIPS BISNES ONLINE BUAT PENIAGA BARU

Saya yakin anda semua pandai menggunakan internet, melayari mana-mana laman web, bahkan pasti anda ada sekurang-kurangnya satu sosial media yang trendy sekarang. Anda mencari Tips Bisnes Online? Anda aktif bersosial di alam maya menggunakan medium perantaraan Facebook, Instagram, Tiktok atau pun whatsapp. Tapi sayang jika anda tidak menggunakan kelebihan medium tersebut untuk menjana pendapatan tambahan secara percuma.

KENAPA NAK KENA JANA PENDAPATAN GUNA SOSIAL MEDIA?

Ok, alang-alang anda melanggan internet atau mudah mendapatkan jaringan internet, better guna peluang tersebut untuk jana pendapatan tambahan. Jangan membuang masa scroll sosial media membaca dan melihat perkara yang tidak mendatangkan hasil.

Ini adalah kerana Bisnes Online :

  • Jimat masa dan boleh beroperasi selama 24 jam
  • Tidak perlu membuka premis perniagaan atau menunggu pelanggan datang ke kedai kita
  • Kos memulakan bisnes online sangat murah dan risiko rendah
  • Potensi besar boleh menembusi pasaran ke seluruh dunia
  • Boleh guna smartphone sahaja
  • Banyak ilmu Tips Bisnes Online dikongsikan secara percuma

Kebanyakkan orang ramai lebih suka menggunakan telefon untuk shopping secara online berbanding secara fizikal kerana memudahkan mereka membuat perbandingan pemilihan produk dalam jangka masa yang singkat tanpa perlu bergerak ke satu tempat mahupun ke satu tempat yang lain meredah jamp dan cuaca panas di siang hari.

Begitu juga dengan saya. Pagi tadi adik bongsu si kembar ajak keluar untuk ke bandar nak ke kedai buku mencari buku latihan. Saya serba salah untuk menghampakan mereka. Ya, lah. Sekarang saya merangkap Emak Ayah buat mereka selepas kedua orang tua kami meninggal. Masa saya sangat terhad untuk hari ini. Sebab kalau keluar pasti pulangnya lewat petang. Kiranya seharian lah berada di luar.

Asalnya memang saya dah merancang untuk keluar. Tetapi saya survey dahulu di internet dan rupanya lebih mudah, lebih jimat masa, lebih berbaloi. Banyak pilihan yang kita boleh lihat dalam masa yang singkat beserta dengan review pengguna-pengguna. Si kembar pun bersetuju sebab dorang pun malas nak keluar sebenarnya. Hahaha.

See! Korang nampak bagaimana bisnes online berjaya memenuhi masalah kami. Memang ada perkara-perkara yang perlu dilihat depan-depan, tapi kerana kenkangan seperti di atas pengguna lebih suka mencari medium online sebagai solusi mereka.

6 TIPS BISNES ONLINE BUAT PENIAGA BARU

Anda baru nak memulakan perniagaan sebagai usahawan muda, baca 6 Tips Bisnes Online ini.

Kenal Pasti Produk Untuk Jualan Anda  

  1. Jika baru nak bermula lebih baik jual produk yang telah ada di pasaran seperti contoh : Produk Kesihatan Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia. Ini adalah kerana produk yang sedia ada, telah mempunyai ramai pengguna.
  2. Anda tidak perlu membazir masa membuat jenama sendiri dan R&D produk. Belajar berniaga dahulu. Kerana R&D memerlukan perbelanjaan yang besar dan masa yang panjang.

Dengar Nasihat Saya Cari Guru/ Mentor

  1. Walaupun anda boleh mencari ilmu Free di sosial media, laman web peniaga-peniaga online, ia takkan sama bila kita berniaga dengan guru.
  2. Guru lebih arif pasal selok perniagaan berbanding kita yang baru nak mencuba. Pastikan cari guru dalam bidang produk jualan anda.

Kenal Pasti Big Why anda

  1. Penting untuk anda tahu apa Big Why anda buat bisnes online ini supaya anda tidak mudah give di tengah jalan. Berniaga seronok namun ada cabaran bisnes yang perlu anda lalui.
  2. Niat biarlah jelas dan ikhlas kerana mencari redha Allah Taala.
  3. Bila kita tahu apa, siapa menjadi Big Why, kita akan terus melangkah dan fight sehingga berjaya. Ramai anak muda telah buktikan bisnes online ini mudah dan boleh grow. In Shaa Allah pasti ada rezeki anda juga.

Sabar dan Fokus

  1. Ya anda perlu banyak bersabar bila berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Anggap setiap antara mereka adalah sebagai latihan untuk memahirkan diri anda bila berhadapan dengan pelanggan yang berkualiti.
  2. Rules nya begini, 1/10 atau 1/ 100. 1 close selebihnya latihan kita. Mungkin anda nampak seperti kecilnya jumlah close sales. Cuba luaskan skop pandangan mata anda, bahawa 1 itu akan membawa lebih ramai pelanggan kepada anda apabila mereka telah selesa dan serasi dengan produk jualan anda. That’s why berikan layanan terbaik kepada bakal pelanggan anda.
  3. Tetap fokus kepada target anda, jangan mudah goyah dan berputus asa.

Habluminallah Habluminannas

  1. Habluminallah adalah jaga hubungan dengan Allah pemilik seluruh kerajaan langit dan bumi, Allah Yang Memberi Rezeki kepada kita. Jadi kebergantungan semestinya 100% pengharapan hanya lah kepada Allah SWT. Jaga solat wajib, lakukan amar makruf nahi mungkar, banyakkan bersolawat, istiqfar dan zikrullah.
  2. Habluminnas adalah jaga hubungan sesama manusia. Berbuat baik kepada kedua Ibu Bapa, sesama adik-beradik dan orang sekeliling. Jaga silaturahim, jangan putuskan ukhuwah kerana perselisihan faham kecil.
  3. Belajar memaafkan setiap orang kerana hidup ini amat singkatkan untuk kita berdendam dan menyakiti dan disakiti.

Circle dan Team Positive

  1. Bila kita berniaga, kita kena upgrade circle kita. Siapa orang yang kita berhubung dan selalu berjumpa secara online atau offline akan mempengaruhi siapa diri kita 5, 10 tahun akan datang.
  2. Jika circle kita baik, In Shaa Allah kita akan jadi lebih baik, mind set sentiasa positive dan bonus income pun akan tersama berjangkit kerana selalunya mereka akan bantu-membantu sesama team, kaya dengan perkongsian ilmu.

Anda dapat sesuatu dari perkongsian TIPS BISNES ONLINE ini? Tak tahu nak buat Bisnes Apa? Baca ni : Kerja Dari Rumah Boleh dapat 2 Ribu Sebulan.

Nak jana pendapatan tambahan dengan Bisnes Shaklee 3, 4 atau 5 angka setiap bulan? Hubungi saya : Your Trusted Bisnes Leader.

Kerja Dari Rumah

Berminat, untuk mencuba ResVivix dan Vivix Shaklee? Whatsapp saya segera : Sakinah Shaklee. Atau anda boleh direct puchase di link express ini, register keahlian shaklee percuma untuk dapatkan harga istimewa dan tawaran menarik.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1168494

Nak beli produk Shaklee di branch berdekatan anda, boleh mendaftar menggunakan No. ID saya : 1168494 (Sakinah Mat Said) sebagai introducer anda. Kerana di branch nanti, staff akan minta ID No. untuk membuat order.

Kerja Dari Rumah

Semoga penulisan ini dapat membantu keyakinan anda untuk ikhtiar menambah pendapatan dan memperbaiki kewangan anda dan juga keluarga. Jangan lupa kongsikan kepada orang sekeliling jika anda rasa ia bermanfaat. Dan semoga kita sama-sama dikurniakan seribu kebaikan. In Shaa Allah.

Ok, sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Sekian, Wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu #testimonivivixshaklee

No comments:

Post a Comment