Monday, 7 November 2022

PENGALAMAN 3 KALI KUARANTIN COVID, SEMINGGU BERGEJALA TERUK TIADA RASA TIADA DERIA BAU TAPI 3 KALI RESULT NEGATIVE

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat hidup dan sihat hari ini. Rupanya dah setahun berlalu kenangan dan pengalaman kuarantin Covid-19 kali kedua kami sekeluarga.

Kali pertama semasa di Pandan Damai, Kuantan. Yang ni, sebab contact jauh. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kami membuat keputusan self-quarantine sebaik balik dari berjumpa rakan lama. Kami ke rumahnya, tak sangka pulak dia sedang kuarantin. Silap kami jugak tidak memaklumkan kedatangan. Mari redah dan terjah je. Hehehe.

Sunday, 30 October 2022

EMAK KENA KUARANTIN COVID 14 HARI

Kini aku hanya mampu menumpang kasih kepada Emak kawan-kawan sahaja.

Buat korang yang masih ada Emak Ayah, hargai dan happykan mereka. Record lah setiap moments kalian bersama. Mungkin kita rasa tak perlu sebab ia seperti mengganggu masa emas kita dengan mereka.

Gunakan smartphone untuk kebaikan. Inilah salah satu kebaikan yang kalian akan sedar bila mereka telah tiada.

Percayalah korang akan merindui setiap saat kenangan bila mereka telah tiada.

Saturday, 29 October 2022

YA ALLAH.. KUATKAN AKU UNTUK URUSKAN JENAZAH EMAK

Kenangan Emak semasa En. suami
dan rombongan datang merisik tahun 2015
Dah lama cerita ini tersimpan rapi dalam draft blogku. Hari ni, dah 8 bulan lebih Emak tinggalkan kami semua.

Jadi hari ni, saya baca semula apa yang dah ditulis beberapa bulan lalu sebelum di publish.

Bismillahirahmanirahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang, aku memulakan perkongsian kali ini dengan menggunakan kata ganti nama diri (Aku) kerna cerita nya banyak berkisar tentang diriku.

"Jom! kita sama-sama masuk ke dunia lampau aku untuk mengimbau kembali apa yang terjadi pada tanggal 14 Feb 2022.

Thursday, 22 September 2022

16 TAHUN LEPAS AKU DISERANG GASTRIK TERUK SETIAP BULAN

16 Tahun lepas (coretan ini ditulis 28 Sept. 2022), saya kerap ke Klinik Kesihatan UiTM untuk dapatkan rawatan sakit Gastrik dan juga MC.

Setiap kali ke Klinik yang berada betul-betul di hadapan kolej kediaman Tun Abdul Razak (TAR) pada waktu tu, saya naik malu. MO yang bertugas dah dapat cam muka saya. Dan soalan yang sama akan ditanya. "Nak cucuk ke nak ubat?"

Off course saya pilih ubat. Sebab saya malu nak cucuk. Tapi, sebaik balik ke bilik, saya hanya mampu buat koleksi hiasan di rak buku sahaja. Saya jarang makan. Rasanya macam ubat gigišŸ¤£ Bezanya kurang pedas, just berangin.

Thursday, 26 May 2022

TERHENTI DOA MUSTAJAB SEORANG IBU MERTUA

Ini Foto Raya Aidilfitri Tahun 2020
Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah.

Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi dan      dihormati. Dah lama saya tak menulis di sini. Sebenarnya saya banyak berkongsi di ruangan TikTok - Sakinah Mat Said

Hari ni, saya meluangkan waktu untuk kembali berkongsi tentang kisah hidup dan pengalaman yang mungkin dapat memberi pedoman, inspirasi dan motivasi buat kalian.

FYI (For Your Information), Tahun 2021 saya dan suami diuji dengan kehilangan Emak Mertua (MIL) yang dikasihi pada bulan Syawal iaitu 24 Mei 2021. Selasa ni, genap setahun arwah tinggalkan kami.