Wednesday 9 September 2015

WAJIB AMBIL TAHU : STATISTIK PENGURUSAN JENAZAH ISLAM


Assalamualaikum dan selamat petang semua blogger dan pengunjung blog SMS.

SMS nak share satu kisah yang dikongsikan di group whatsapp baru-baru nie.

UNTUK PENGETAHUAN & RENUNGAN

Dah bertahun-tahun isteri saya mengurus & memandi jenazah perempuan. Secara purata 8 jenazah diurus dan mandikan pada setiap bulan.
Soalan yang kerap saya tnya kepada isteri saya ialah :

1. Muda atau tua?
2. Dimana? (taman @ kampung)

3. Sakit apa?

4. Mati bila?

5. Mati dimana?

6. Anak berapa orang?

6. Agak-agak berapa umur anak yang sulong?


Semua ini menjadi penanda aras / bancian kepada saya apa punca mati, bagaimana si mati diurus dan dijaga sebelum - selepas mati & sikap waris kepada si mati.


Analisa ini berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 org yang mati dalam seminggu :


1. Bawah 55-an hampir 70 % mati kerana barah.


2. Atas 56-an hampir 30 % mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dan lain-lain.

90 % keadaan jenazah yang mati di KAMPUNG terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu tunggu berada disisi si sakit hingga di saat kematian, ada pengetahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja mati dan kebetulan ada talian saudara.


60% keadaan jenazah yang mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang empat kerat keras menyebabkan sukar semasa mandi, kurang terurus bersih kerana tiada orang-orang tua.


Sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tidak ingat mati, renggang hubungan dengan jiran tetangga, surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian dan langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah.


Walaupun disuruh dan diminta, anak-anak takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sdiri.


Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi dan kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat di masjid atau sekiranya mati di hospital mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.


Lebih tragis ada waris melepas cakap "tidak mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital atau masjid / surau dan terus ke kubur.


Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas dan banyak luka.


Kesimpulannya :


- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.


- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit dan bgaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati.


- Lebih tragis bagaimana anak-anak kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit dan selepas kita digelar jenazah.


- Bacaan quran, solat, doa dan semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita BERJAYA KAYA tapi HANYA DOA DARI ANAK YANG SOLEH diterima di sisi Allah SWT walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.

#‎kisah‬ sebenar sahabat dari JKKKK Kg Sebelah#

Allahuakhabar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..

Benarlah apa yang dikatakan.

Saya pernah lalui saat kematian keluarga terdekat di KAMPUNG dan juga di TAMAN.

Memang berbeza.

Sewaktu arwah abang dan adik meninggal.. semuanya bekerjasama. Arwah ayah yang bantu, tunjukkan kepada anak-anaknya bagaimana cara dan saat-saat akhir pertemuan bersama jenazah.

Jenazah dimandikan sebaik-baiknya.

Saya ingat lagi pesan ayah, semasa arwah abang meninggal. Ayah berpesan, cium dan kucup abang wat kali terakhir. Tapi, pastikan jangan biarkan air mata mengalir. Saya kena tahan. Waktu tue, memang saya lemah. Saya tak kuat. Sebab arwah abang pergi dalam keadaan tiba-tiba.

Dan bila tiba masa arwah ayah, saya agak terkilan sehingga ke saat ini. Tapi, saya perlu pasrah dan redha.

Urusan mandi dan kafan jenazah dilakukan di surau taman. Semua anak-anak lelaki ayah yang uruskan.

Time tue, saya pun terkejut dan terpaksa uruskan adik-adik yang kecil.

Saya tak sempat nak kucup ayah wat kali terakhir selepas selesai urusan mandi dan solat jenazah. Semua berlaku dengan pantas.

Selepas kafan dan solat, kami semua bergegas balik ke Terengganu untuk kebumikan jenazah.

Masing-masing setuju untuk terus diuruskan (dibawa ke kawasan perkuburan terus sebab semua saudara-mara sedang menanti disana) tanpa perlu dilengah-lengahkan.

Saya sampai di kubur ketika adik-beradik lelaki dan saudara mara sedang taburkan tanah ke atas jenazah ayah.

Jiwa saya entah kemana. Hati saya meronta-ronta. Saya hanya mampu tersenyum duka.

Saya hanya mampu menatap ayah sebelum dimandikan je.

Semuanya ada hikmah..

Alhamdulillah, 'bakal imam' turut serta dalam urusan jenazah ayah. Itu anugerah dan rahmat Allah kepada kami. Mudah-mudahan saya dan dia ada jodoh bersama.

InsyaAllah.

Semoga arwah ayah, abang, adik, atuk, nenek, moyang dan semua saudara-mara kita yang telah kembali ke rahmatullah tenang dan bahagia di sana. Mereka ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh/solehah dan beriman.

Aamin.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini bermanfaat kepada mereka di luar sana.

SMS doakan semoga anda semua kaya dan berjaya.


Sekian wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment