Tuesday, 27 October 2026

6 TANDA-TANDA UTAMA KEMUNGKINAN ANDA ADA KENCING MANIS


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah entry kedua untuk tahun 2026.

Adakala saya meluang sedikit waktu membaca dan menyemak semula penulisan-penulisan sebelum ini. Ya Allah.. termalu sendiri. Gaya penulisan yang kadang-kala merapu dan entah apa-apa. Kepada anda yang pernah membaca entry-entry lama saya sebelum ini, saya memohon maaf jika pada akhir noktahnya, nothing. Hanya sekadar celoteh keanak-anakan.

Ok. Untuk entry kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi tentang tanda-tanda utama Kencing Manis (Diabetes Mellitus) dari pengalaman sendiri dan juga orang sekeliling. 

Bagaimana saya kenalpasti tanda-tanda Kencing Manis (Diabetes Mellitus) ni, bermula dari ujian arwah Ayah saya sendiri. Saya ceritakan sedikit secara ringkas, ya.

Monday, 19 October 2026

LAMA DAH BERSAWANG BLOG NI TANPA PENULISAN BARU

Hai, Assalamualaikum dan terima kasih kepada yang singgah ke blog saya sebelum-sebelum ini. Diharapkan anda memperoleh sesuatu yang bermanfaat dari pernulisan saya di sini. Lama dah bersawang blog Sakinah. Last update tahun 2023 : Fakta Penting Coqtrol Plus Shaklee.

Ujian hidup membuatkan saya bersara lebih awal dari dunia penulisan dan juga sosial media, di saat kemuncak perjalanan kerjaya saya. Ia tidak mudah bila menulis sudah menjadi sebahagian daripada makanan jiwa saya.

Tuesday, 1 August 2023

FAKTA PENTING! COENZYME Q10 DALAM COQ TROL PLUS SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU

Sejujurnya saya tak pernah dengar dan ambil tahu pun apa itu Coenzyme Q10 dan apa kaitan dengan Coq Trol Plus? Sehingga lah saya terlibat dalam dunia kesihatan nutrisi Shaklee, baru lah kenal Coenzyme. Rupanya ia sangat-sangat penting untuk kesihatan sel kita berjalan dengan baik.

Sekali imbas ia seakan Vitamin E Shaklee, tetapi bila kita mendalaminya sebenarnya ia sangat berbeza.

VITAMIN E SHAKLEE UNTUK SIAPA?

Kenapa anda mencari Vitamin E? Jarang orang mencari Vitamin E melainkan orang perempuan selalunya mencari Vitamin ini untuk masalah kecantikkan. Tapi, tahukah anda Vitamin E sangat bagus untuk golongan lelaki dari segi meningkatkan kesuburan dan stamina.

Jadi Vitamin E ini diperlukan oleh semua jantina.

Sebelum itu mari saya perkenalkan kepada anda APA ITU VITAMIN E?

Sunday, 16 July 2023

PERCUTIAN SHAKLEE LUAR IMAGINASI

Anda kaki travel? Anda sering kali membaca dan mencari Tips-Tips Travel murah, DIY, peluang melancong percuma ke luar dan dalam negara? Seronok kan dapat travel melihat negara yang belum pernah kita lawati. Ada orang travel untuk melihat keindahan dan kebesaran ciptaan Allah SWT. Ada orang travel untuk shopping barang-barang branded yang lebih murah dan have-fun ke pusat-pusat rekreasi seperti Disneyland, atau bermain ski sewaktu musim salji.

Saturday, 15 July 2023

TIPS TRAVEL PERTAMA KALI KE LUAR NEGARA

Sekali sekala seronok jugak bila kita dapat travel bersama rakan-rakan sekepala, tinggal seketika tanggungjawab keluarga kepada pasangan sebagai tempoh untuk kita healing dan ber me-time. Tapi lebih seronok bila kita dapat travel bersama keluarga kan. Kerana ini akan menguatkan lagi ikatan kekeluarga kita, saling bekerjasama antara satu sama lain.

Di sini saya kongsikan Tips Travel bersama anak-anak yang masih kecil.

Friday, 14 July 2023

6 TIPS BISNES ONLINE BUAT PENIAGA BARU

Saya yakin anda semua pandai menggunakan internet, melayari mana-mana laman web, bahkan pasti anda ada sekurang-kurangnya satu sosial media yang trendy sekarang. Anda mencari Tips Bisnes Online? Anda aktif bersosial di alam maya menggunakan medium perantaraan Facebook, Instagram, Tiktok atau pun whatsapp. Tapi sayang jika anda tidak menggunakan kelebihan medium tersebut untuk menjana pendapatan tambahan secara percuma.

Thursday, 13 July 2023

KERJA DARI RUMAH 2 RIBU SEBULAN

 Untuk tahun 2023 ni, anda tidak perlu merasa malu buat kerja dari rumah. Walau anda telah mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Tetapi zaman sekarang, pendapatan tetap bukan jaminan cukup untuk menyara keperluan sebuah keluarga yang mana barangan dan perbelanjaan semakin mahal dan nilai Ringgit Malaysia (RM) semakin jatuh. Jadi tidak pelik jika ada orang yang buat lebih dari satu kerja dalam satu masa.

Anda tak perlu malu jika ada yang mengata belakang. Sebab yang mengata itu hanya segelintir sahaja. Sedangkan yang menyokong anda adalah sangat ramai.