Tuesday 1 August 2023

FAKTA PENTING! COENZYME Q10 DALAM COQ TROL PLUS SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU

Sejujurnya saya tak pernah dengar dan ambil tahu pun apa itu Coenzyme Q10 dan apa kaitan dengan Coq Trol Plus? Sehingga lah saya terlibat dalam dunia kesihatan nutrisi Shaklee, baru lah kenal Coenzyme. Rupanya ia sangat-sangat penting untuk kesihatan sel kita berjalan dengan baik.

Sekali imbas ia seakan Vitamin E Shaklee, tetapi bila kita mendalaminya sebenarnya ia sangat berbeza.

SEBELUM ITU, MARI SAYA BERKONGSI ASAL USUL COENZYME Q10 TERLEBIH DAHULU

Bagaimana Coenzyme Q10 ditemui?

Ia ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1957 di dalam satu kajian berkaitan Mitokondria jantung lembu. Yang mana di dalam kajian tersebut pengkaji menemui satu bahan berwarna kekuningan yang terapung di dalam tiub ujikaji. Dari kajian itu mereka memanggil bahan berwarna kekuningan tadi sebagai Coenzyme.


Coenzymen ini juga didapati wujud sangat banyak di dalam bahan-bahan makanan dan tubuh badan manusia. Jadi pengkaji tidak nampak ia mempunyai potensi untuk dihasilkan menjadi sebagai ubatan.

Walau bagaimanapun tumpuan kepada Coenzyme ini cuma timbul bila negara Jepun menggunakan ia (Coenzyme) ke atas pesakit yang mempunyai masalah jantung pada tahun 1960-an.

Dari situ lah Saintis-saintis mula membuat kajian yang lebih fokus dan mendalam terhadap Coenzyme Q10.

Jadi di mana Coenzyme ini berada di dalam badan manusia?



Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam MITOKONDRIA, stesen janakuasa sel. Coenzyme tinggi dan aktif di dalam sel-sel otak, jantung dan hati.

Ia membantu dalam menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga merupakan antioksidan yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 

Namun FAKTA PENTING! yang perlu anda tahu, Coenzyme menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolestrol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

TAHUKAH ANDA?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme anda perlu mengambil :

  • 3 kg Daging
  • 100 cawan Brokoli Rebus
  • 100 sudu makan Minyak Canola
  • 3.3kg Mentega Kacang

Fuh! banyak tu. Cam mana nak makan dalam satu masa. Tak mampu kita nak telan dan hadam kan. Tapi penting Coenzyme ni. Tiadanya ibarat seperti lampu yang malap tanpa cahaya.

Jangan risau di Shaklee, kita ada Coq Trol Plus yang mempunyai Coenzyme Q10 yang badan kita perlu.

Keistimewaan Coq Trol Plus Shaklee

  1. Coq Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama Resveratrol dan tokoferol.
  2. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

8 Manfaat COQ TROL PLUS Shaklee (CoQ10) untuk badan

Penghasilan Tenaga

Coq10 bertindak sebagai pemangkin dalam rantaian tindak balas kimia yang menghasilkan Adenosine Triphosphate (ATP), suatu campuran yang menghasilkan tenaga diperlukan oleh sel untuk berfungsi. Oleh kerana peranan Coenzyme dalam pengeluaran tenaga, kepekatan rendah bahan ini boleh menjejaskan kesihatan secara umum. CoQ10 amat banyak di dalam organ-organ yang memerlukan tenaga yang banyak terutamanya jantung, hati dan sistem imun.

CoQ10 Antioksidan Berkuasa

Seperti beberapa vitamin lain, CoQ10 adalah antioksidan. Struktur yang sama seperti Vitamin E, antioksidan lain, CoQ10 telah menunjukkan keupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas berbahaya dan dengan itu membantu mencegah kerosakan sel dalam pelbagai keadaan.

Penyakit Parkison

Kajian awal menunjukkan bahawa dos tinggi CoQ10 mungkin bermanfaat bagi mereka yang dalam peringkat awal gangguan progresif sistem saraf yang mempengaruhi pergerakan.

Kesihatan Kardiovaskular

Kebanyakkan kajian mengenai CoQ10 melibatkan jantung kerana nutrien ini paling tertumpu di dalam organ tersebut. CoQ10 bermanfaat untuk kesihatan jantung dalam pelbagai cara. Ia membantu mengekalkan keadaan oksidatif normal kolestrol LDL, membantu menjamin kesihatan peredaran darah dan menyokong fungsi optimum otot jantung.

CoQ10 juga boleh membantu menyokong kesihatan dinding saluran serta mengurangkan tekanan darah.

Sesetengah penyelidikan juga mencadangkan bahawa apabila digabungkan dengan nutrien lain, CoQ10 mungkin membantu pemulihan mereka yang menjalani pembedahan pintasan dan operasi pembedahan jantung.

Prestasi Fizikal

Sesetengah penyelidikan juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu dalam mengurangkan sakit kepala/ migrain.

Statin menyebabkan Otot Lemah

Statin mengurangkan pembentukan CoQ10 di dalam badan dan menyebabkan kelemahan otot.

Kesihatan Kulit

CoQ10 menjadi bahan antioksidan dalam kesihatan kulit. Ia juga menyokong kesihatan dinding saluran darah.

Kesuburan

CoQ10 meningkatkan pergerakan sperma pada lelaki dan dengan sifat antioksidannya, meningkatkan bekalan darah.

Cam mana sekarang?

Anda ingin dapatkan Coq Trol Plus Shaklee untuk manfaat di atas, boleh hubungi saya terus.

Berita baik untuk anda, mendaftar ahli anda layak peroleh penjimatan sehingga 20% Coq Trol dari harga biasa. Jika beli 5 botol anda jimat sehingga RM200 dan ada peroleh 5% Cash Back bernilai RM28++.

Whatsapp saya segera : Sakinah Shaklee. Atau anda boleh direct puchase di link express ini, register keahlian shaklee percuma untuk dapatkan harga istimewa dan tawaran menarik.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1168494

Nak beli produk Shaklee di branch berdekatan anda, boleh mendaftar menggunakan No. ID saya : 1168494 (Sakinah Mat Said) sebagai introducer anda. Kerana di branch nanti, staff akan minta ID No. untuk membuat order.

Nak jana pendapatan tambahan dengan Bisnes Shaklee 3, 4 atau 5 angka setiap bulan? Hubungi saya : Your Trusted Bisnes Leader.

Semoga penulisan ini dapat membantu keyakinan anda untuk ikhtiar memperbaiki masalah kesihatan anda dan juga keluarga. Jangan lupa kongsikan kepada orang sekeliling jika anda rasa ia bermanfaat. Dan semoga kita sama-sama dikurniakan seribu kebaikan. In Shaa Allah.

Ok, sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Sekian, Wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu #testimonivivixshaklee




No comments:

Post a Comment