Saturday 22 April 2023

UCAPAN SAMBUTAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

Akhirnya selepas sebulan kita semua berpuasa, maka tiba lah hari yang dinantikan oleh seluruh ummat Islam iaitu hari kemenangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin pada 22 April 2023, hari sabtu.

Alhamdulillah. Kita semua sedia terkesan dengan sambutan Hari Raya pada tahun 2020 dan 2021 kita hanya mampu sambut Hari Raya Aidilfitri di kediaman masing-masing dalam tempoh PKP kerana Pandemik Covid-19 kan. Kemudian bila dah dapat merentas negeri tahun 2022, kita sambut hari raya mengejut pulak. Masing-masing tak bersedia. Raya jatuh satu hari lebih awal dari jangkaan seluruh rakyat Malaysia. Hahaha.

Sunday 16 April 2023

PERSIAPAN HARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari sahaja lagi. Apakah persiapan anda untuk menceriakan hari raya untuk tahun ini? Dah selesai ke belum dan adakah telah tercapai semuanya.

Di awal Ramadhan yang lalu ramai yang berimpian nak KURUS DENGAN CEPAT. Sedar tak sedar kita semua dah menuju ke hari-hari terakhir penghujung bulan Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Ramadhan pun bakal menyusul meninggalkan kita. Sedih dan syahdu.

Namun, sebagai Ibu Bapa, kita tidak boleh mengabaikan kedatangan bulan Syawal. Sesungguhnya Syawal bakal menggamit memori nostalgia kita di waktu zaman kanak-kanak. Jadi semestinya kita ingin hari raya kali ini, raya terbaik buat memori anak-anak kita sekeluarga.

PELUANG DAPATKAN EXTRA INCOME DENGAN INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA TAHUN 2023

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, peluang dapatkan extra income terkumpul 4k-6k dalam masa 3 bulan berturut-turut dengan Insentif Shaklee Malaysia. Siapa Nak? Jom! baca posting saya ini.

Untuk makluman anda, bulan April adalah merupakan new cycle bagi setiap tahun untuk BISNES ONLINE SHAKLEE. Dan baru-baru ini, Shaklee telah mengumumkan satu Program Insentif Kelayakkan Bonus yang sangat-sangat lumayan.

Ya lah, kalau dapat Bonus Raya RM300 – RM500 pun kita dah rasa bersyukur, ini kan pula amount RM4000 ke RM6000. Bukan jumlah yang sedikit tu. Sangat banyak.

Friday 14 April 2023

IBU MENYUSU BERJAYA KURUSKAN BADAN 8KG DALAM MASA 2 BULAN

Pasti ramai yang ada masalah nak Kuruskan Berat Badan kan?

Luahan Hati Ibu Menyusu yang nak kuruskan berat badan ;

“Saya nak diet tapi risau mengganggu proses penyusuan bayi kami. Sejak menyusu ni berat badan makin susah nak turun, cam mana? Bantu saya kembali kurus seperti anak dara.”

Nak diet tapi risau bayi tak cukup zat sebab kita akan kurangkan pengambilan makanan. Sedangkan bayi yang masih menyusu badan terutama yang di bawah usia 6 bulan kelahiran bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.

Thursday 13 April 2023

3 CARA MUDAH KURUS DENGAN CEPAT

Sesungguhnya GEMUK itu satu ujian dan KURUS pun satu ujian. Saya pernah beberapa kali Gemuk. Berat paling tertinggi saya pernah capai adalah 84kg pada 17 Julai 2022. Iaitu tahun lepas, selepas raya Aidiladha rasanya. Dan saya pernah Kurus Dengan cepat, berat 45kg. Masa tu memang kurus keding, di usia 15 – 16 tahun. Tapi, tempoh kurusnya sekejap sahaja.

Tempoh Gemuk lah yang paling lama dan azab sangat. Huhuhu.

Sejak saya duduk asrama berat badan semakin naik. Cuma kelebihannya saya masih muda, aktif bergerak, naik turun bukit ke fakulti, ke library, ke mall pun banyak berjalan kaki sebab menggunakan public transport semasa belajar di UiTM. UiTM Machang dan Shah Alam memang banyak bukit, banyak nak kena daki anak tangga. Jadi tak terasa sangat lah kenaikkan berat badan tu.

Tuesday 11 April 2023

SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA


10 Tahun lepas saya mencari informasi-informasi berkaitan Apakah BISNES ONLINE Terbaik yang sesuai dengan diri saya pada waktu itu. Saya tidak melihat kepada bisnes-bisnes francais yang hebat, gah seperti KFC atau Mc Donald. Apatah lagi jenama bisnes Oil & Gas seperti Petronas dan Shell. Saya tahu semua itu bermodalkan besar. Mustahil untuk saya ceburi.

Apalah sangat yang saya ada sebagai seorang penganggur terhormat selepas ditamatkan kontrak mengajar pada Jun 2014. Sebagai bekas guru di sebuah International School dalam bidang seni lukis dan seni reka, saya hanya tahu pasal design, lukisan dan kesenian. Pernah lah buat bisnes secara suka-suka zaman belajar. Itu pun zero cost dan tak kisah pasal untung. Buat bisnes suka-suka. Asalkan barang habis terjual pun sangat happy sebab tujuannya cuma untuk menolong kawan. Dapat lah untung, boleh buka akaun Maybank buat kali pertama.

Wednesday 5 April 2023

VITAMIN KULIT SIHAT CANTIK HILANGKAN JERAWAT HARGA RAHMAH

 
MasyaAllah, bulan ni Vitamin Kulit Sihat Cantik tersangat-sangat lah murah, mampu milik untuk seluruh peringkat usia, remaja mahupun wanita yang sukakan kepada kecantikkan. Wanita ni sudah sinonim suka menjaga penampilan diri. Biarlah rupa tidak menawan seperti bidadari, tetapi kulit wajah yang sihat dan bersih itu adalah wajib. Kerana ia akan membina keyakinan di dalam diri setiap insan bergelar wanita.

Betul, betul.

Namun bukan semua orang membesar dengan kulit yang sihat tanpa masalah. Kebiasaannya apabila kita sudah mula datang period, di saat itu lah muncul nya jerawat-jerawat kasar, jerawat batu, jerawat pasir, kulit gelap tidak sekata. Sudah ikhtiar macam-maca usaha tapi tetap tidak berhasil. Lagi parah bila ada sesetengah kulit wajah yang makin berminyak, tak kurang jugak yang mula berjeragat teruk dengan bintik-bintik hitam.

PROMOSI VITAMIN RAHMAH SHAKLEE SERENDAH RM3.30

Sekarang ramai peniaga-peniaga mengambil peluang membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dengan menjual Menu Rahmah, Baju Raya Rahmah, Perabot Rahmah, Bazar Rahmah dan kami di Shaklee turut tidak berkecuali telah memperkenalkan Promosi Vitamin Rahmah serendah RM3.30 sahaja bagi setiap hidangan selama sebulan.

Saya pun turut teruja dan seperti tidak percaya dengan promosi ini.

Saturday 1 April 2023

IDEA MENU SAHUR SIHAT TERBAIK RAMADHAN

Sedar tak sedar dah seminggu kita semua berada di bulan Ramadhan 1444H untuk tahun ini. Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu.

Ok, saya yakin ramai yang ada masalah seperti saya bila bangkit seawal pagi untuk bersahur. Saya sejenis yang sejak dari dulu sampai sekarang memang susah nak hadam makan makanan yang heavy semasa bersahur, walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pasti mengambil masa yang sangat lama.

5 minit memang tak sempat untuk makan. Sebab perut saya perlukan masa untuk hadam makanan tersebut. Kalau tidak sebentar lagi, saya akan muntahkan balik makanan semasa menggosok gigi.