Sesungguhnya GEMUK itu satu ujian dan KURUS pun satu ujian. Saya pernah beberapa kali Gemuk. Berat paling tertinggi saya pernah capai adalah 84kg pada 17 Julai 2022. Iaitu tahun lepas, selepas raya Aidiladha rasanya. Dan saya pernah Kurus Dengan cepat, berat 45kg. Masa tu memang kurus keding, di usia 15 – 16 tahun. Tapi, tempoh kurusnya sekejap sahaja.
Tempoh Gemuk lah yang paling lama dan azab sangat. Huhuhu.
Sejak saya duduk asrama berat badan semakin naik. Cuma kelebihannya saya masih muda, aktif bergerak, naik turun bukit ke fakulti, ke library, ke mall pun banyak berjalan kaki sebab menggunakan public transport semasa belajar di UiTM. UiTM Machang dan Shah Alam memang banyak bukit, banyak nak kena daki anak tangga. Jadi tak terasa sangat lah kenaikkan berat badan tu.

