Sunday 28 May 2023

TESTIMONI BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA BEAUTY ON THE GO (BOTG)

Kini servis Mobile Spa mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan kaum wanita. Tidak kira samada mereka terdiri daripada wanita bekerjaya ataupun suri rumah. Kami telah buktikan Testimoni Buat Duit dengan Mobile Spa BOTG Malaysia mampu menunaikan impian-impian mereka yang sibuk dan tiada masa untuk melanggan rawatan facial dan urutan terapi badan di kedai-kedai berdekatan tempat mereka.

Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atau sebulan sekali sebagai reward dan terapi kesihatan. Jangan pandang enteng, seolah-olah ia satu pembaziran mahupun membuang masa.

Tuesday 23 May 2023

CARA RENEWAL SHAKLEE SECARA PERCUMA

Anda sedang mencari cara untuk Renewal Shaklee? Di sini, saya kongsikan cara yang mudah untuk anda ikuti secara percuma tanpa kos keahlian. Nak tahu? Mari saya kongsikan.

Untuk makluman anda yang baru sahaja menggunakan produk Shaklee kurang dari setahun atau bagi anda yang telah lama makan produk Shaklee tetapi tidak pernah ambil tahu tentang keahlian sendiri. Mungkin selama ini anda adalah pelanggan setia Shaklee. Segala urusan pembelian dilakukan oleh ejen anda setiap bulan. Jadi di sini tiada isu keahlian anda akan expired. Kerana ejen yang jujur dan bertanggungjwab akan memastikan pembelian dilakukan atas no. keahlian anda seperti biasa.

Sunday 21 May 2023

TIPS DAPATKAN CASH REBATE DAN MAKAN VITAMIN SECARA PERCUMA

Bestnya kalau dapat makan vitamin shaklee secara percuma, dalam masa yang sama dapat pulak Cash Rebate lima ratus ke seribu ringgit sebulan.

Ramai tak orang macam ni? Bila membeli mesti nak jimat, nak murah, kalau boleh nak free. Dan kalau membeli banyak mesti nak hadiah, nak Free Gift, nak bonus. Kalau boleh nak semua lah yang pihak penjual ada.

It’s normal kita menjadi tamak bila membeli-belah. Begitu jua bila sebut pasal makan Vitamin Secara Percuma. Siapa tak nak? Ramai je yang nak. Kalau dari segi mampu ramai je yang mampu. Tapi bukan keutamaan walau ia penting untuk kesihatan. Ramai berkira-kira dan meletakkan makan vitamin itu adalah pilihan yang terakhir.

Friday 19 May 2023

PENGALAMAN MOBILE SPA BOTG KUALA TERENGGANU DENGAN YOUTH SKINCARE

Membuka Mobile Spa bukan mudah jika tanpa ilmu. Syukur pengalaman saya buat Bisnes Mobile Spa BOTG dengan Youth Skincare Shaklee amat memudahkan. Bahkan ramai pelanggan suka dengan kesannya selepas servis Mobile Spa dengan kami.

Okey, anda pernah menggunakan khidmat Mobile Spa atau melakukan rawatan facial kulit wajah di mana-mana Spa berdekatan anda?

Saturday 13 May 2023

KOS KELAS BISNES FACIAL TERKINI BOTG

Anda sedang mencari kos Kelas Bisnes Facial? Nak mulakan bisnes Mobile Spa, kena attend Kelas Bisnes Facial dulu kan. Baru boleh run bisnes sendiri. Tapi, berapa kosnya? Ramai tertanya-tanya sebab bisnes Spa antara bisnes yang trendy dan tidak lapuk ditelan zaman.

Tinggi ke kos nak bina Bisnes Spa ni? Sejujurnya untuk buat Bisnes Mobile (Bergerak) Spa sangat rendah dan pulangan modalnya pun dalam masa yang sangat singkat. Tetapi untuk bina Kedai Spa pertama anda seperti Spa-spa terkenal yang telah establish namanya dan mempunyai premis perniagaan sendiri memerlukan kos yang sangat-sangat tinggi.

Friday 12 May 2023

SET HELLO NEW YOU SHAKLEE BANTU KURUS

 

“Susahnya nak kurus. Baru turun 3 kg, bulan puasa. Tiba raya ni naik pulak 3kg.” Jangan risau! cuba Set Hello New You Shaklee tengah promosi sekarang.

Nak tahu bagaimana Set Hello New You Shaklee bantu anda kurus?

Sebelum itu saya nak berkongsi dengan anda yang mana Allah jadikan badan kita dengan pelbagai hormon bagi membantu kestabilan kesihatan yang berpanjangan. Antara hormon-hormonnya adalah :

Wednesday 10 May 2023

HARI RAYA OPEN HOUSE - FOLLOW TIPS

Raya adalah masa untuk kita berkumpul bersama adik-beradik, saudara-mara dan juga kenalan. Bulan inilah kita sibuk menghadiri banyak undangan jemputan Hari Raya Open House daripada mereka terutama di hujung minggu. Kadang berderet penuh dari pagi sampai ke malam.

Serba salah jadinya kan. Tak pergi tak boleh. Nanti turn kita tak de orang nak datang. Hehehe. Lagipun masa ni lah kita dapat merapatkan ukhuwah yang terbina.

Saturday 6 May 2023

WEEKEND PART TIME JOB DI MALAYSIA

Anda sedang mencari Part Time Job during Weekend yang flexible and available di Malaysia? Tak susah pun. Banyak pilihan dan ia sangat mudah.

Sebelum itu jika anda nak buat Part Time Job, anda mesti mempunyai ciri-ciri seperti di bawah ini :

  1. Mempunyai masa terluang minima satu ke dua jam sahaja setiap hari.
  2. Anda seorang yang berani menceburi bidang baru.

Friday 5 May 2023

SKINCARE SHAKLEE 100% SKINCARE ORGANIK

Mencabar betul nak mencari Skincare yang 100% organik sekarang. Pengalaman diri sendiri yang mempunyai kulit bermasalah, kering, berjeragat di usia muda, kusam, tona kulit tidak sekata dan allergic membuatkan saya sangat takut untuk mencuba sebarangan skincare.

Dah banyak yang saya try and error. Ada yang kerana terlalu mahal, guna sekejap then tak repeat dah selepas itu. Ini adalah kerana saya was-was dengan ingredients nya. Tidak pasti halal atau sebaliknya. Ya, produk tersebut berkesan untuk masalah kulim kusam dan sunburn. Tetapi dah habis banyak botol jugak, baru saya stop terutama serumnya yang membuatkan saya tidak yakin kerana ia menggunakan sumber haiwan.

Wednesday 3 May 2023

MEMORI AIDILFITRI 2023 YANG LEBIH BERMAKNA

Mengimbau kembali Memori Hari Raya Aidilfitri seminggu yang lalu.

Alhamdulillah.. Raya Aidilfitri kali ini lebih kepada menjejak kasih, mencari waris Arwah Emak Ayah yang masih ada. Penat tapi terubat rindu bila merenung wajah-wajah senja mereka.

Walaupun Syawal ni sebulan, tetapi kebiasaannya dalam tempoh seminggu Syawal lah kita dapat bersua muka dengan saudara-mara jauh. Paling singkat pun dua hari raya pertama.

Monday 1 May 2023

AKHIRNYA BERJAYA BUAT RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU IKUT CARA ARWAH EMAK

Salam 10 Syawal, Selamat Bercuti sempena Hari Buruh Hari Pekerja (1 Mei 2023).

Kali ni, saya ingin coretkan kisah dan pengalaman membuat Resepi Original Nasi Dagang ikut cara Arwah Emak. Sebelum ini ada yang meminta Resepi Nasi Dagang Terengganu tetapi saya tidak dapat kongsikan sebab cubaan membuatnya asyik gagal.

Kali pertama saya membuat Resepi Nasi Dagang Terengganu menjadi elok dalam 90%. Itu semasa Emak masih ada sewaktu PKP. Mohon tunjuk ajar by phone. Masa tu sampai ke lewat pagi Emak diganggu dengan panggilan demi panggilan. Sebab nak tanya “Kenapa tak jadi, kenapa macam tu? Kenapa keras? Kenapa lambat pecah minyak.. bla bla bla..” Macam-macamku tanya. Hahaha. Saya ada kongsikan di sini (klik baca, kisah Nasi Dagang Original Terengganu version PKP).