Salam 10 Syawal, Selamat Bercuti sempena Hari Buruh Hari Pekerja (1 Mei 2023).
Kali ni, saya ingin coretkan kisah dan pengalaman membuat Resepi Original Nasi Dagang ikut cara Arwah Emak. Sebelum ini ada yang meminta Resepi Nasi Dagang Terengganu tetapi saya tidak dapat kongsikan sebab cubaan membuatnya asyik gagal.
Kali pertama saya membuat Resepi Nasi Dagang Terengganu menjadi elok dalam 90%. Itu semasa Emak masih ada sewaktu PKP. Mohon tunjuk ajar by phone. Masa tu sampai ke lewat pagi Emak diganggu dengan panggilan demi panggilan. Sebab nak tanya “Kenapa tak jadi, kenapa macam tu? Kenapa keras? Kenapa lambat pecah minyak.. bla bla bla..” Macam-macamku tanya. Hahaha. Saya ada kongsikan di sini (klik baca, kisah Nasi Dagang Original Terengganu version PKP).
First time kan. Tapi tak pernah terfikir nak ambil tulis Resepi Original Nasi Dagang Terengganu Emak.
Al-maklum lah menu setahun sekali buat. Mana pernah nak ambil serius. Sebab sangkakan akan ada sessi pembelajaran di lain waktu raya seterusnya. Untuk makluman korang.. Nasi Dagang Terengganu ni hanya akan terhasil apabila menjelang raya sahaja. Selain raya memang tak buat melainkan ada permintaan dari anak-anak.
Kiranya Nasi Dagang Terengganu merupakan hidangan istimewa dalam keluarga kami menjelang hari perayaan.
Siapa sangka tahun seterusnya selepas PKP, Emak meninggal sebelum raya. Tak dapat lah berguru ilmu dengan lebih baik. Maka bermulalah episod try and adjust Resepi Original Nasi Dagang Terengganu ikut memori terakhir dengan Emak.
Second time buat menjadi. Tapi, third time tak menjadi. Nasi jadi lembik. Begitulah seterusnya. Sehingga saya serik untuk mencuba lagi. Sungguh saya kata takkan buat dah. Nak buat tempah je lah. Cari sesiapa yang pandai. Walau tak sama rasa seperti Emak masak sekurang-kurangnya tidak membazir, tak perlu mengambil masa yang lama berjam-jam nak mengukus di dapur. Penat wei.
Namun kata sekadar tinggal kata-kata. Si Abang request nak makan Nasi Dagang raya tahun ni. Dorang tak pandang Nasi Dagang orang lain buat. Padahal Nenek Saudara ada bagi Nasi Dagang pada Hari Raya ketiga tu. Hurmm.. masing-masing pandang sepi. bercinta jugak nak habiskan walau sepinggan.
Maka beberapa hari lepas, dengan seikhlas hati, saya pun mencuba lah semula. Recall balik step demi step yang Emak pernah ajar plus follow Resepi-resepi Original Nasi Dagang Terengganu di Youtube. Saya just perbaiki yang mana sesuai ikut cara Emak.
Cuma kali ni saya try guna Pressure Cooker(PC). Tak rajin nak berlama-lama di dapur. Tetapi hasilnya agak mengecewakan. Tak menjadi guys.
End Up ke Periuk Kukus jugak Nasi Dagang tu.
Saya buat dua batch. Risau tak muat kalau letak ke semua sukatan (6 cawan Beras Siam : 1 setengah cawan Beras Pulut).
Batch pertama guna PC, batch kedua guna periuk kukus sepenuhnya.
Apa yang saya boleh simpulkan di sini, nak Nasi Dagang jadi cantik, masak elok dan tak lembik :
1. Rendam beras minima 4 jam. Sukatannya 1 : 4 (1 Beras pulut, 4 Beras Wangi Siam). Beras ni sekalikan. Basuh bersih kemudian rendam. Nanti tak perlu dah nak basuh just bilas air bersih sekali sahaja. Kalau tak de Beras Siam, beras biasa pun boleh. Cuma Resepi Original Arwah Emak memang guna Beras Siam.
2. Kukus 2 atau 3 kali.
3. Kukusan kali pertama, digaul sedikit bersama santan cair (bukan pekat) atau boleh juga guna air biasa atau air dari buah kelapa yang kita gunakan. Kukus kosong. Saya letakkan sekali daun pandan untuk membangkitkan aroma baunya.
** Saya tidak menggalakkan guna santan kotak. Sebab santannya pekat seperti ditambah tepung. Tapi boleh je nak guna kalau sukar untuk korang dapatkan santan fresh. Untuk cubaan sebelum-sebelum ni, saya guna santan fresh yang perahan kali pertama. Mungkin sebab tu Nasi Dagang saya jadi cepat lembik bila dikukus berulang kali.
4. Kukus selama 15 ke 20 minit sahaja. Tak perlu lama.
5. Kukus kali kedua saya angkat beras tadi keluarkan dari periuk kukusan. Kemudian gaul bersama santan cair lagi tetapi kali ni saya letakkan sedikit gula dan garam untuk perasa. Pastu kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Semasa menggaul jangan terlalu kerap nanti beras mudah patah dan tak cantik. Cukup gaul sebati (orang Terengganu panggil “arong“).
6. Dah siap kukus. Ulang step ke 5. Cuma kali ini berbeza.
Saya akan gaul bersama Santan cair (perahan kedua) yang telah direndam hirisan nipis Bawang Merah bersaiz kecil, Halia dan sedikit Halba, Gula, Garam (Gula Garam sedikit sahaja sebab kukusan kedua tadi dah letak Gula Garam kan).
Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas untuk dipadatkan.
Sekiranya korang lihat beras masih belum masak, boleh ulang kukus. Cuma kena berhati-hati. Terlebih kukus nanti nasi akan menjadi lembik dan tak cantik kejadian Nasi Dagang tu.
Actually ini pun Resepi Nasi Dagang Terengganu derhaka jugak. Saya try and adjust ikut gerak hati. Hahaha.
Bagi saya resepi ni memang berbeza. Sebab selalunya Nasi Dagang Terengganu yang dijual di luar tak kan jumpa biji-bijian halba. Jarang saya jumpa halba. Hatta yang saya makan di mana-mana open house atau majlis yang ada menyediakan Nasi Dagang. Tak kan sama. Nasi Dagang Mertua saya pernah buat pun tak sama. Maybe yang Mertua version kelantan agaknya. Saya berpeluang makan sekali semasa Mertua masih boleh memasak, sebelum terlantar sakit.
Kalau ikutkan Resepi Original Nasi Dagang Arwah Emak cam ni :
> Kukusan pertama bilas dengan air kelapa muda (Tak de, guna air biasa sahaja). Kemudian kukusan kedua baru Santan tanpa Gula atau Garam, kukusan ketiga baru lah Santan dengan Gula dan Garam. Dah siap kukus baru gaul bersama Santan yang telah siap beserta Bawang Merah, Halia dan Halba. Tapi, saya tak tahu silap di mana. Saya follow semula resepi ni tak menjadi. Mungkin saya terlupa tips atau pantang larang kot. Hahaha.
Saya pun sama seperti korang. Bukan pakar Resepi Original Nasi Dagang Terengganu pun. Walau tak pakar, Nasi Dagang saya buat tu habis licin adik-beradik, suami dan anak makan.
Yang penting ikut selera masing-masing. Kalau korang bukan jenis yang cerewet, beli sahaja. Jika korang jenis yang nak masak, try lah follow step saya kongsikan atau pun boleh search di Youtube atau Google. Ramai je yang berkongsi.
Kalau korang masih ada Emak, dan Emak korang pakar dengan Resepi Original Nasi Dagang Terengganu. Berguru lah dengan mereka sebelum terlambat. Sebab kita tak tahu sampai bila Allah pinjamkan mereka untuk kita.
Okey.
Untuk resepi lauknya pulak, saya menumis ramuannya terlebih dahulu sebelum masukkan Santan sehingga pecah minyak. Ikutkan resepi Original Emak masak Santan sampai pecah minyak baru masukkan Bawang segala Ramuan Rempah-rempah. Tapi, saya tak rajin dan kurang sabar nak spend masa yang lama di dapur. Itu kaedah lama.
Lagipun kalau menumis lauk gulai Nasi Dagang akan lebih tahan lama. Cara Emak tu kena betul-betul pecah minyak, kena betul-betul masak. Kalau tak nanti cepat basi jugak.
Cuma saya masih berpegang kepada tips Resepi Original Lauk Gulai Nasi Dagang Emak, kena lebihkan Serbuk Ketumbar berbanding Jintan Manis dan Jintan Putih. Kalau tak.. rasa lauknya tak best. Kurang kick! Rempah pulak saya lebih suka yang brand Babas. Saya pernah guna brand lain, tak sama. Nak kena Babas jugak.
Jadi, selamat mencuba.
Oh! ya saya tak tangkap gambar pun hasil kejadian Nasi Dagang Terengganu tu. Jadi tak de kenangan. Cuma coretan ini sebagai kenangannya.
In Shaa Allah, ada masa saya share pulak Resepi Lauk Gulai Nasi Dagang yang lebih details.
Sebelum tu jika korang nak dapatkan Produk Shaklee Set Rahmah serendah RM99 sahaja, boleh whatsapp saya untuk tempahan. Klik baca Feedback pengguna-pengguna Set Rahmah di sini. Nak jana pendapatan RM1000 ke RM2000 sebulan dengan bisnes Shaklee pun amat-amat dialukan.
Pape, roger saya, Sakinah : 019-916 4276. Sekian, wassalam. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Sakinah, Masak Nasi Dagang Terengganu Ikut Cara Arwah Emak. Tapi style Resepi Derhaka.
#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023
No comments:
Post a Comment