Saturday, 13 May 2023

KOS KELAS BISNES FACIAL TERKINI BOTG

Anda sedang mencari kos Kelas Bisnes Facial? Nak mulakan bisnes Mobile Spa, kena attend Kelas Bisnes Facial dulu kan. Baru boleh run bisnes sendiri. Tapi, berapa kosnya? Ramai tertanya-tanya sebab bisnes Spa antara bisnes yang trendy dan tidak lapuk ditelan zaman.

Tinggi ke kos nak bina Bisnes Spa ni? Sejujurnya untuk buat Bisnes Mobile (Bergerak) Spa sangat rendah dan pulangan modalnya pun dalam masa yang sangat singkat. Tetapi untuk bina Kedai Spa pertama anda seperti Spa-spa terkenal yang telah establish namanya dan mempunyai premis perniagaan sendiri memerlukan kos yang sangat-sangat tinggi.

Saya masih ingat lagi, pengalaman pertama saya sendiri bersama team partner pernah menemubual seorang pemilik Spa yang mempunyai premis perniagaannya yang bersaiz agak sederhana. Itu pengalaman sewaktu zaman study di UiTM Kampus Machang 15 tahun dahulu. Masa tu saya dan team memilih Bisnes Spa sebagai Bisnes Plan kami kerana berminat kepada konsep servis yang mencantikkan dan memanjakan diri orang lain.

Lagipun Bisnes Spa ni nampak masyuk! Guna pencuci muka sikit dah berbuih-buih, tak susah mana lah kalau berusaha untuk belajar. Kita sendiri dah biasa dengan rutin penjagaan diri kan. Kiranya ia bukan perkara asing bagi kita sebagai wanita.

Daripada temubual tersebut saya mendapati rupa-rupanya tidak seindah yang kami bayangkan. Banyak sangat perbelanjaan tersembunyi yang diperlukan untuk bina Spa sendiri. 3 ke 6 bulan pertama adalah tempoh yang sangat mencabar untuk mendapat pulangan modal yang berjumlah agak tinggi :

Contoh Spa Terbaik di Kuala Terengganu
  1. Kos permulaan membina Spa yang paling rendah adalah Rm10 000 ke Rm30 000 bergantung kepada kos peralatan dan bilangan pekerja.
  2. Mesti ada beberapa orang pekerja untuk membantu di kedai Spa anda. Spa Therapist, Receptionist bagi menyambut dan mengurus pendaftaran pelanggan, Sales dan Marketing Person, Kerani (buat kerja admin dan accounting), cleaner untuk memastikan kedai spa sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan teratur.
  3. Gaji pekerja wajib dibayar setiap bulan. Kalau basic tangga gaji RM1000, pekerja ada 5 orang, dah RM5000 wajib ada di dalam account syarikat. Itu belum termasuk bonus lagi atau over time.
  4. Kos bil air dan elektrik (lampu, kipas, aircond, peralatan) bergantung kepada jenis servis yang ditawarkan.
  5. Kos pembelian skincare, perabot dan mesin seperti steamer, katil, rak, kerusi, meja, besen, span, tuala, kain, minyak aromaterapi dan pelbagai lagi.
  6. Kos sewa kedai setiap bulan.
  7. Kos menghadiri Kursus-kursus kemahiran seperti kelas facial, massage dan mandi susu secara berkala.

Haa! banyak kan.

Sebenarnya ini adalah secara kasar saya list kos permulaan bagi membina Kedai Spa. Takkan kita buka kedai spa tak perlu deco. Off course wajib deco ruang dalamannya supaya nampak lebih tenang, relax dan ia mesti kelihatan seperti sebuah Spa yang Exclusive. Sebab ia akan menjadi salah satu daya tarikan pelanggan untuk datang lagi selepas servis pertama.

Betul?

Jadi anda rasa berapa agak-agak kos ke semua untuk ekonomi hari ni? Maybe lebih Rm50 000 kan.

Tingginya kos nak set up Bisnes Spa. Ini belum sentuh lagi bab nak attend kelas bisnes spa. Aish! mana nak cekau duit banyak tu.

Kalau ada simpanan atau mampu buat pinjaman pun risau tidak memberi pulangan yang berbaloi. Ya, era tahun 2023 bisnes spa tanpa kedai lebih trendy dan mendapat demand yang sangat tinggi.

Buat apa spend duit yang lebih kalau ada Kelas Bisnes Facial Spa BOTG yang mampu milik, selesai kelas, terus boleh mulakan servis spa pertama anda.

Anda tak perlu pening dan runsing lagi nak set up bisnes spa yang kos berpuluh ribu. Tak salah nak buka kedai spa. Tapi, fokus dulu selok belok bisnes dalam dunia spa terlebih dahulu. Cari rentak, kumpul pengalaman sehingga betul-betul yakin dan ada modal sendiri tanpa menambah hutang-hutang jahat. Bukan semua hutang baik ya, rakan-rakan. Berhati-hati.

Ok, apa keistimewaan Kelas Bisnes Facial BOTG ni?

  1. Anda akan belajar cara-cara membuat rawatan muka dengan step-step yang cepat dan sangat mudah untuk diikuti (walau tidak pernah ada pengalaman).
  2. Kelas Bisnes Facial ni tidak sampai satu hari. Anggaran masanya adalah 3 jam sahaja. Dan 3 jam itu bukan belajar facial semata-mata. Ada pengisian ilmu yang akan membantu anda mencari pelanggan terus dan banyak lah lagi input yang bakal anda peroleh.
  3. Kami sediakan Modul Spa BOTG, garis panduan Kitab Servis dan harga BOTG yang telah disusun secara teliti sesuai dengan perkembangan semasa (up to date) dan peserta mampu buat. Anda tak perlu cari ilmu ditempat lain dah.
  4. Kelas ini kebiasaannya dilakukan dalam small training one to one. Bukan beramai-ramai di dalam hall secara pukal.
  5. Training disampaikan oleh Trainers BOTG yang terlatih, diiktiraf dan berpengalaman dalam membuat servis Spa serta sales.
  6. Kelas Bisnes Facial yang praktikal dan fleksible.
  7. Lengkap dengan produk yang berkualiti untuk memulakan bisnes mobile spa anda – selepas selesai kelas dah boleh terus mula.
  8. Barang asas Spa disediakan sekali.
  9. Diberikan Sijil Penyertaan selepas selesai kelas Bisnes Facial BOTG.
  10. Ada bimbingan Support Group dan Mentor secara berterusan untuk guide anda sehingga berjaya.
  11. Dengan ilmu Spa yang kami ajar ni, anda berpeluang untuk peroleh pendapatan hari-hari! Bila ada ilmu Spa BOTG ni, anda umpama “Magnet” duit tau.
  12. Setiap Alumni BOTG, juga diberi peluang bagaimana untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan samada dari segi luaran ataupun dalaman melalu kelas-kelas nutrisi yang dijalankan oleh our Certified Nutritionist. Kami sangat menitikberatkan bab ini, kerana tidak mahu beautician BOTG kami cantik di luar sahaja. Hakikatnya sakit-sakit badan, stress selepas servis.

Banyak kan keistimewaan join Kelas Bisnes Facial Mobile Spa BOTG. All in one. Full Package!

12 Keistimewaan Mobile Spa BOTG

Bagi yang serius dan beminat nak join, ini pakej nya :

Harga Pakej Kelas Bisnes Facial Spa BOTG ialah serendah dan semurah RM1,999 sahaja. Anda bakal peroleh :

  1. Set Lengkap Skincare Youth Shaklee
  2. Natural Scrub
  3. Natural Masker
  4. Additional of 2 types of Mask [Gold (kulit kering) & Clay (kulit berminyak)]

Anda akan dapat juga :

  1. Beg Spa
  2. Trial kits Spa
  3. Ion Massage
  4. Sijil Penyertaan
  5. Hardcopy Modul beserta Kitab Harga

Apa lagi bakal anda pelajar sepanjang training BOTG?

Belajar 2 + 1 courses iaitu :

  • Facial Relaxing Treatment
  • Face Massage
  • How to set up Home and Mobile Spa

Bonus selain disebut di atas, anda bakal conquer 6 penjuru Income Bisnes Mobile Spa BOTG. Menarik kan? Bayangkan anda tak buat servis facial, masih ada income untuk anda capai target dan impian asal anda buat PART TIME JOB melalui spa. Adakala kita bercuti, ada masa kita kurang sihat. Tapi, Spa BOTG masih memberikan pendapatan dari 6 penjuru tersebut.

Nak join Kelas Bisnes Facial BOTG? Whatsapp saya, SAKINAH : 019-916 4276 segera.

Nak saya guide anda buat bisnes Shaklee pun boleh. In Shaa Allah saya akan bantu anda dengan kepakaran dan pengalaman 15 tahun dalam bisnes secara offline dan online. Anda juga boleh klik baca di sini Feedback 2 orang beautician yang telah berjaya menghadiri KELAS BISNES FACIAL BOTG.

Ok, sekian sehingga berjumpa lagi di lain entry yang lebih menarik dan bermanfaat.

Sekian, wassalam.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline




No comments:

Post a Comment