Wednesday, 3 May 2023

MEMORI AIDILFITRI 2023 YANG LEBIH BERMAKNA

Mengimbau kembali Memori Hari Raya Aidilfitri seminggu yang lalu.

Alhamdulillah.. Raya Aidilfitri kali ini lebih kepada menjejak kasih, mencari waris Arwah Emak Ayah yang masih ada. Penat tapi terubat rindu bila merenung wajah-wajah senja mereka.

Walaupun Syawal ni sebulan, tetapi kebiasaannya dalam tempoh seminggu Syawal lah kita dapat bersua muka dengan saudara-mara jauh. Paling singkat pun dua hari raya pertama.

Macam kami, sambutan Hari Raya Aidilfitri pertama untuk tahun ini di Kuantan. Sambutan raya di sana lebih kepada spend time bersama keluarga terdekat di kalangan adik-beradik dan anak-anak saudara. Selebihnya, jiran tetangga dan kenalan-kenalan lama.

Memori Aidilfitri 2023

Emak dan Ayah Mertua semuanya berasal dari Kelantan. Jadinya, saudara-mara ramai di sana. Nak beraya kena balik kelantan lah kita. Bukan hari pertama, bukan hari kedua dan bukan hari keempat. Kena rancang hari yang lain.

Satu hari pasti tak kan sempat habis beraya. Dengan faktor jarak perjalanan dan jamp kerana masing-masing keluar beraya kan. Saya pernah pulang beraya di Kelantan. Fuh! banyak berhabis masa di atas jalan raya dari bersua muka dengan saudara-mara. Walau dah guna waze yang selalu bawak kita guna alternatif jalan shorcut, tetap kena ‘sidai’ jugak. Sebab ada jalan-jalan utama yang penuh ‘bersemut’ kenderaan.

Begitu juga kami di sini. Keluarga di sebelah Emak Ayah saya ramai yang menetap di dalam daerah dan kampung di Negeri Terengganu di tempat yang berbeza-beza.

Memori Raya Aidilfitri 2023 bersama Atok Saudara
Ni Atok Sulong kami di sebelah arwah Emak kepada Ayah. Rupanya arwah Ayah masih ada 2 orang bapa Saudara yang tinggal di Kg. Tapu dan seorang Emak Saudara menetap di Kg. Tebakang. Syukur raya kali ni, dapat berjumpa ketiga-tiganya.

Cuma saya tak kenal mereka sepenuhnya. Yang kami kenali hanyalah adik-beradik kepada Emak Ayah. Kiranya yang masih ingat Emak Saudara dan Ayah Saudara kandung je lah. Sepupu-sepupu pun dah tak cam muka. Masing-masing dah berubah wajah serta saiz badan. Hehehe.

Sejujurnya saya pernah berniat bila dah pulang menetap balik Terengganu, nak bawa Emak beraya pusing satu Terengganu nak berjumpa dengan waris yang masih ada. Tapi itu lah. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang lebih dahulu Maha Merancang. Usia Emak tak panjang. Meninggal dunia sebelum raya Aidilfitri tahun lepas.

Nampaknya niat convoi raya Aidilfitri dengan Emak tak kesampaian. Sekarang, solo lah saya dengan suami dan adik-adik menjejak kasih waris. Huhuhu.

Raya  Aidilfitri 2023 bersama Bapa Saudara di Felda Bukit Bading
Ni Bapa Saudara (Adik kepada Ayah) yang banyak membantu saya semasa zaman sekolah. Kami ni orang susah, tak de kereta. Jadi beliau lah antara insan yang meminjam kan kereta kepada Ayah, dia lah pernah datang hari Anugerah Graduasi semasa saya di MRSM. Sesungguhnya jasanya takkan saya lupa sampai bila-bila.

Pada pandangan saya, apa yang penting adalah menyantuni orang-orang lama yang masih ada seperti Atok dan Nenek Saudara. Dari situ kami akan tahu waris ke bawah. Masa tu lah baru tahu ada ramainya Emak Ayah sepupu, dua pupu, tiga pupu dan sepupu-sepapat yang lain.

Ada yang muda tapi dah pangkat tok nenek dengan kita.

Sehingga saat ni pun saya belum selesai menjejak kasih waris kerana kenkangan waktu. Nak cakapnya ramai dan tak terkira dengan jari.

In Shaa Allah.. jika diizinkan Allah, saya dah lama berimpian untuk mengadakan Majlis Pertemuan Waris setiap tahun. Kerana saya berpegang kepada betapa hebatnya kesan The Power of Silaturahim kepada kehidupan dan ia antara salah satu tips menjemput rezeki. Banyak rahmat dan barakhah. Allah pun suka bila berukhuwah. Apatah lagi bila ukhuwah itu melibatkan ahli keluarga kita kan.

Sebagaimana tafsir di dalam surah Al-Hujurat ayat ke -10 berbunyi :

” Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”

Sebelum ni (15 tahun lepas) susahnya nak mengziarah kerana kami tak stay di Terengganu. Pulang ke Terengganu pun sekadar berjumpa Tok Nenek dan Emak Bapak Saudara. Beraya sesebuah rumah dah berapa lama ambil masa kat situ. Paling lama pun satu jam taw. Sebab masa tu lah bertanya khabar. Masa tu lah tanya duduk di mana, buat apa sekarang, dan macam-macam lah.

Tambahan masa arwah Emak ada memang akan jadi lebih panjang. Sebab dorang tahu Emak pandai berurut. Emak pulak jenis tak sampai hati nak menolak. Sentuh lah sekejap untuk menghilangkan rasa sakit.

Untuk makluman anda, cycle usia kehidupan, semakin berusia semakin banyak sendi-sendi, kaki tangan yang mula lemah. Bila diurut dapatlah berdiri solat lebih baik. Sekurang-kurangnya kurang rasa sakit. Walau tidak sepenuhnya pulih.

Kalau saya memang akan cadangkan try lah ber HARI RAYA DENGAN SHAKLEE bersama RESVivix. Saya tak suggest yang lain. Sebab tahu how powerful Vivix berbanding Suplemen Shaklee yang lain. Dorang nak sihat bukan nak sakit. Tak de sorang pun yang nak sakit.

Hari Raya  Aidilfitri Dengan Resvivix Shaklee
Ini ResV di dalam bentuk softgel dan telah dipatenkan. Tinggi antioksidan yang terdiri daripada Polifenol dan Resveratrol.

Adakala kami direzekikan semua saudara-mara datang beraya serentak. Memang riuh jadinya rumah. Tapi bonus jugak lah. Lebih senang begini. Berkumpul satu rumah, saling bertukar contact numbers. Simpan untuk kunjungan dan ukhuwah seterusnya.

Hurmm.. tapi, kan. Dalam kita duk bergembira ada juga yang berduka.

Ramai Tok Nenek yang dah uzur, bertongkat, berkerusi roda. Sehari dua riuh rendah lah. Kemudian rumah tu akan kembali sunyi. Tinggal lah mereka berdua. Kadang ada yang seorang diri kerana anak-anak sudah ada keluarga dan kehidupan di luar negeri, luar daerah.

Part ni membuatkan saya sedih.

Nasihat saya kepada anak-anak yang masih ada Emak Ayah jangan biarkan orang tuamu seorang diri tanpa rawatan atau jagaan. Usahalah rawat mereka. Berikan layanan terbaik. Bukan layanan sehari dua. Tapi, selagi Allah izinkan mereka dipanjangkan usia.

Saya tahu bukan semua anak begini. Ramai je saya jumpa anak-anak yang bawa Emak Ayah mereka tinggal bersama. Ada je Anak-anak yang datang uruskan Emak mereka setiap hari.

Kebiasaannya Emak Ayah ni dorang tak suka tinggal dengan anak-anak. Mereka lebih selesa di rumah sendiri walau hanya rumah usang, pondok kecil, tiada yang stay bersama.

Itulah cabaran kita sebagai anak-anak.

Saya doakan semoga kalian menjadi anak yang terbaik dan sentiasa membahagiakan Emak Ayah sehingga ke hujung nafas mereka.

Ok, panjang pulak coretan AIDILFITRI saya kali ni. Anda juga boleh membaca kisah AIDILFITRI sahabat saya kat sini.

Buat masa sekarang kita stop dulu beraya. Fokus kepada sekolah, bisnes dan puasa enam pulak.

Kepada anak-anak yang nak dapatkan Suplemen Shaklee Terbaik di Malaysia istimewa buat Emak Ayah boleh klik baca entry saya di sini.

Manakala yang nak jana pendapatan dengan Bisnes Shaklee, klik baca entry ni juga (Shaklee Bisnes Online Terbaik!).

Terima kasih kerana setia membaca sharing saya sehingga ke noktah terakhir. Sebagai bonus, saya nak kongsikan Tawaran Istimewa PROMOSI MURAH BULAN MEI 2023 Shaklee kepada anda yang mana sedang berusaha improve kesihatan sekeluarga.

Untuk details Promo, boleh whatsapp saya direct : 019-916 4276.

Ok, sehingga berjumpa kembali kita di lain entry.

Sekian, wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #SetRahmahShaklee2023


No comments:

Post a Comment