Monday 7 November 2022

PENGALAMAN 3 KALI KUARANTIN COVID, SEMINGGU BERGEJALA TERUK TIADA RASA TIADA DERIA BAU TAPI 3 KALI RESULT NEGATIVE

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat hidup dan sihat hari ini. Rupanya dah setahun berlalu kenangan dan pengalaman kuarantin Covid-19 kali kedua kami sekeluarga.

Kali pertama semasa di Pandan Damai, Kuantan. Yang ni, sebab contact jauh. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kami membuat keputusan self-quarantine sebaik balik dari berjumpa rakan lama. Kami ke rumahnya, tak sangka pulak dia sedang kuarantin. Silap kami jugak tidak memaklumkan kedatangan. Mari redah dan terjah je. Hehehe.