Showing posts with label Immune Booster. Show all posts
Showing posts with label Immune Booster. Show all posts

Monday, 7 November 2022

PENGALAMAN 3 KALI KUARANTIN COVID, SEMINGGU BERGEJALA TERUK TIADA RASA TIADA DERIA BAU TAPI 3 KALI RESULT NEGATIVE

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat hidup dan sihat hari ini. Rupanya dah setahun berlalu kenangan dan pengalaman kuarantin Covid-19 kali kedua kami sekeluarga.

Kali pertama semasa di Pandan Damai, Kuantan. Yang ni, sebab contact jauh. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kami membuat keputusan self-quarantine sebaik balik dari berjumpa rakan lama. Kami ke rumahnya, tak sangka pulak dia sedang kuarantin. Silap kami jugak tidak memaklumkan kedatangan. Mari redah dan terjah je. Hehehe.

Thursday, 26 March 2020

DAY 9 PKP : IMMUNE BOOSTER VITAMIN C TERBAIK

Alhamdulillah hari ni, dah masuk hari ke sembilan kita semua #StayAtHome sejak Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di seluruh negara.

Terima kasih kepada anda dan jugak frontliners kita semua yang berusaha kuat untuk memastikan Malaysia bebas Covid..

Namun kes Covid 19 semakin meningkat setiap hari tetapi syukur Alhamdulillah, peningkatannya adalah mendatar dan semakin ramai juga yang sembuh dan sihat sepenuhnya dari virus berstatus pandemik ini. Tak kurang juga setiap hari ada kes kematian. Ini yang kita semua tidak mahu. Walau ajal maut itu sudah tertulis di Luh Mahfuz. Kita tetap kena ikhtiar untuk jaga kesihatan diri dengan tingkatkan Immune sistem badan seluruh ahli keluarga bersama.

Wednesday, 25 March 2020

COVID 19 : 3 NASIHAT BEKAS PESAKIT POSITIVE VIRUS COVID YANG TELAH SEMBUH

Hari ni dah masuk hari ke lapan kita semua akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Tahniah kerana anda semua telah menyokong dan menyahut seruan kerajaan #StayAtHome untuk kebaikan bersama.

Alhamdulillah, keadaan sudah mula terkawal. Namun kes positive Covid 19 masih ada peningkatan dan setiap hari ada kematian di Malaysia kerana Virus Covid19. Dan syukur Alhamdulillah ramai jugak pesakit yang telah sihat dan sembuh daripada ujian ini.

Tuesday, 24 March 2020

COVID 19 : ADAKAH SELAMAT PRODUK SHAKLEE UNTUK TINGKATKAN IMMUNE SISTEM

Sekarang kita memang dinasihatkan supaya jaga Immune sistem kita. Tingkatkan Immune untuk kekuatan badan. Sekiranya dijangkiti Covid 19, Immune kita bersiap siaga melawan virus tersebut.

Tetapi, kalau makan pun tak jaga atau tak dapat nak jaga sebab faktor risau bekalan stock seperti buah dan sayur menjadi agen jangkitan di musim virus bermutasi tanpa sempadan ini.

Cara terbaik adalah duduk diam-diam di rumah dan berikan suplemen tambahan kepada sel badan kita. Kalau duduk diam, tak bergerak aktif pun boleh memudaratkan diri kita jugak. Serba tak kena jadinya, kan.

Monday, 23 March 2020

COVID 19 : HARI KE ENAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN

Salam subuh, rindu bertandang.

Di saat ini masih diberi nikmat mendengar kicauan burung di luar rumah. Alhamdulillah, tenang dan bahagia.

Mungkin mereka sedang berzikir kepada Tuhan Seluruh Alam, Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi.

Mungkin juga anak-anaknya sedang kelaparan mengejutkan ibunda untuk keluar mencari rezeki. Indah dan bahagianya mereka di singgahsana, di atas pokok. Bebas berbicara dalam bahasanya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Bagaimana nasib rakan-rakan dan saudara-mara kita yang terbatas pergerakkan di saat ini kerana Covid19? Hilang punca pendapatan. Pasti ramai terkesan, saya pun turut terkesan.

Sunday, 22 March 2020

COVID 19 : PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP) HARI KE LIMA

Masa saya menaip ni dah jam 10 pagi, Day 5 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) atau saya lebih suka lagi kita sebut #StayAtHome.

Dulu zaman bujang kalau hari cuti membuta sampai ke tengah hari. Bangun subuh, pastu sambung tidur balik. Tengah hari baru bangkit mencari-cari makan, settle kan kerja yang pending, kadang tak tahu nak buat apa, start enjin kereta meronda-ronda ambil angin atau berjalan-jalan pusing tasik, jogging ke pantai bila balik ke rumah di Beserah.