Hari ni dah masuk hari ke lapan kita semua akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Tahniah kerana anda semua telah menyokong dan menyahut seruan kerajaan #StayAtHome untuk kebaikan bersama.
Alhamdulillah, keadaan sudah mula terkawal. Namun kes positive Covid 19 masih ada peningkatan dan setiap hari ada kematian di Malaysia kerana Virus Covid19. Dan syukur Alhamdulillah ramai jugak pesakit yang telah sihat dan sembuh daripada ujian ini.