Tuesday, 27 October 2026

6 TANDA-TANDA UTAMA KEMUNGKINAN ANDA ADA KENCING MANIS


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah entry kedua untuk tahun 2026.

Adakala saya meluang sedikit waktu membaca dan menyemak semula penulisan-penulisan sebelum ini. Ya Allah.. termalu sendiri. Gaya penulisan yang kadang-kala merapu dan entah apa-apa. Kepada anda yang pernah membaca entry-entry lama saya sebelum ini, saya memohon maaf jika pada akhir noktahnya, nothing. Hanya sekadar celoteh keanak-anakan.

Ok. Untuk entry kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi tentang tanda-tanda utama Kencing Manis (Diabetes Mellitus) dari pengalaman sendiri dan juga orang sekeliling. 

Bagaimana saya kenalpasti tanda-tanda Kencing Manis (Diabetes Mellitus) ni, bermula dari ujian arwah Ayah saya sendiri. Saya ceritakan sedikit secara ringkas, ya.

Ia berlaku pada pertengahan tahun 2014, iaitu beberapa minggu sebelum bulan Ramadhan. Waktu itu, saya sedang bercuti dan berada di rumah abang saya di Kuantan bersama Emak dan adik-beradik yang lain. Kecuali arwah Ayah. Dia tidak tinggal bersama kami sebab PJJ. Ayah tinggal di rumah ladang kami, di Hulu Terengganu kerana ada banyak urusan ladang yang perlu diselesaikan.

Manakala saya mengajar di Dungun, Terengganu. Jarak perjalanan dari tempat kerja ke rumah ayah mengambil masa 1 ke 2 jam melalui Jalan Jabor. Jika banyak lori, lambat lah sampainya. Yang mencabarnya, Jalan Jabor terkenal dengan laluan lori sawit dan kenderaan-kenderaan berat. Agak bahaya bagi saya yang baru beberapa bulan drive. Kiranya agak triller lah jugak.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan pulang ke Kuantan jika tiada kerja. Sebelum itu, saya akan menelefon arwah Ayah jika ingin pulang bersama. Saya tiada masalah untuk mengambilnya.

Apalah sangat kesusahannya jika dibandingkan dengan pengorbanan Ayah membesarkan saya zaman kecil bermodalkan sebuah motor honda bulat tu lah ambil saya pulang dari sekolah. Bukan selalu Ayah merasa naik kereta anaknya.

Hurmm.. tapi arwah Ayah tak pernah pun cakap nak ikut balik. Alasannya tengah bercucuk tanam anak sawit baru. Nak kena jaga. Tak boleh tinggal lama. Bukan tak pernah balik. Tapi tak senang duduk bandar. Balik sekejap-sekejap sahaja.

So, saya ok je lah. 

Sehingga suatu hari, di waktu pagi, semasa saya sedang beristirehat di rumah, Emak mendapat panggilan telefon dari seorang jiran di kampung kami. Isi perbualan tu berbunyi seperti ini : "Mung marilah ambil tok laki mung ni. Keadaan dia teruk dah. Ya dok bagi orang telefon mung dengan anak-anak." Saya translate semula ya. "Kau mari lah datang ambil suami kau di sini. Keadaan dia agak parah dah. Dia halang kami memberitahu kau dan anak-anak."

Saya terkejut dan tak sangka. Patutlah beberapa minggu sebelum tu macam-macam alasan dia bagi, bila saya tanya Ayah sihat tak? Ayah cakap sihat. Cuma sakit kaki sikit. Tak boleh nak solat hajat. Sebab saya call maklumkan dah masuk duit belanja bulanan dan adalah juga meminta Ayah solat hajat dan doakan kerjaya saya. Saya sebagai anak tak de lah nak fikir negative kan. Saya akui.. itu kekurangan saya.

Hati saya sebenarnya memang tak tenang dalam tempoh tersebut. Tapi tak tahu punca di mana. Saya merasa tidak sedap hati. Saya susah nak tidur malam. Kadang terjaga di tengah malam seorang diri. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata. Bertanya orang sana-sini. Kenapa Allah hadirkan satu perasaan yang pelik, perasaan seperti ada yang tidak ok, seperti ada yang tidak sihat, ada musibah bakal berlaku.

Sebab tu dalam tempoh beberapa minggu tu saya keep calling Emak Ayah. Dorang cakap semua ok.

So, dipendekkan cerita.

Saya, Emak dan Adik lelaki bergerak pulang ke rumah ladang kami untuk mengambil Ayah bawa pulang ke Kuantan untuk dirawat.

Alhamdulillah setiba di rumah ladang kami, ramai jiran yang datang bagi membantu memujuk Ayah untuk ikut kami pulang. Saya semakin terkejut dan merasa sangat ralat. Kaki Ayah luka teruk. Tapak tumit kakinya hampir tercabut, luka berdarah.

Tanpa berfikir panjang saya bertegas untuk membawa Ayah pulang. Dan waktu tu saya masih belum tahu rupanya Ayah ada Kencing Manis (Diabetes Mellitus) jenis Gangrene.

Sepanjang perjalanan pulang saya terpaksa berhenti banyak kali di Masjid kerana Ayah kerap ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Jadi semasa berhenti tu lah, saya ambil peluang mencari maklumat tanda-tanda Kencing Manis (Diabetes Mellitus) Ayah. Saya pun tidak ingat kenapa hati kuat mengatakan keadaan Ayah tu menunjukkan tanda-tanda Kencing Manis (Diabetes Mellitus).

Hatta saya sekeluarga tak pernah tahu pun Ayah adalah pesakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus). Sebab dulu kita kurang pendedahan tentang kepentingan membuat saringan kesihatan berkala.

Jadi di sini, saya kongsikan Enam Tanda-tanda Utama Kemungkinan Anda atau Ahli Keluarga Anda Ada Kencing Manis (Diabetes Mellitus) :

Enam tanda-tanda Utama Kencing Manis

1. Haus yang berlebihan.

2. Kerap membuang Air Kecil dalam jangka masa yang singkat.

3. Cepat terasa lapar walau dah makan.

4. Berat badan berlebihan (Obesiti) atau boleh jadi berat badan menurun mendadak.

5. Luka lambat sembuh.

6. Mudah penat dan mengantuk.

7. Penglihatan semakin kabur.

So, itulah tanda-tanda Utama anda mungkin mempunyai penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus).

Sekiranya anda sedang ikhtiar untuk mencegah dari penyakit ini atau mencari cara-cara bagaimana menurunkan bacaan gula dalam darah (Blood Sugar Profile,BSP), boleh usahakan dengan minuman Tonik Berperisa Anggur di bawah.

Kajian terhadap bahan utama dalam Vivix mampu menyokong metabolisma glukosa yang sihat dan keseimbangan paras gula dalam darah.

Ia dikenali sebagai Vivix yang merupakan minuman mewah berperisa Anggur pekat. Jika dari pengalaman saya sendiri, ia mampu memberi kebaikan positive seawal tiga hari (bergantung kepada tahap kesihatan dalaman setiap individu tersebut). Manakala pengalaman arwah Emak saya, asbab Vivix bacaan gulanya dari 22.9 mmol/L turun kepada paras normal iaitu 4.7mmol/L selepas mengamalkan secara consistent 2 botol Vivix.

Ini rekod bacaan gula Arwah Emak saya selepas jumpa Vivix. Dulu Arwah Ayah tak sempat pun merasa. Ayah sakit sekejap then meninggal dunia selepas beberapa hari saya bawa dia pulang ke Kuantan.

Saya tak mahu bercakap panjang. Berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya di sini ya Nak Vivix untuk Kencing Manis.

Sekian, Wassalam.


No comments:

Post a Comment