Showing posts with label Mobile Spa Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Mobile Spa Kuala Terengganu. Show all posts

Wednesday, 7 June 2023

WANITA BUAT DUIT DENGAN BISNES MOBILE SPA BOTG

Saya masih ingat lagi pesan arwah Emak Mertua, walaupun kita dah berkahwin jangan bergantung harap kepada suami. Sebagai wanita kita kena berdikari. Tak kisah lah bekerja atau berniaga. Sebab kita tidak tahu sampai bila Allah pinjamkan suami untuk kita. Lagipun, kita ada Emak Ayah, adik-adik yang masih belajar. Jadi, Wanita Buat Duit hari-hari itu normal.

Mula-mula saya merasa kata-kata nasihat Emak Mertua seolah-olah saya ni duk mengharapkan duit anak dia. Hehehe. Lama kelamaan saya boleh hadam dan terima. Cuma cara saya bukan bekerja makan gaji. Arwah Emak Mertua nak saya teruskan mengajar seperti sebelum kahwin. Nanti senang boleh beli rumah dan hidup lebih terjamin.

Sunday, 28 May 2023

TESTIMONI BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA BEAUTY ON THE GO (BOTG)

Kini servis Mobile Spa mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan kaum wanita. Tidak kira samada mereka terdiri daripada wanita bekerjaya ataupun suri rumah. Kami telah buktikan Testimoni Buat Duit dengan Mobile Spa BOTG Malaysia mampu menunaikan impian-impian mereka yang sibuk dan tiada masa untuk melanggan rawatan facial dan urutan terapi badan di kedai-kedai berdekatan tempat mereka.

Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali atau sebulan sekali sebagai reward dan terapi kesihatan. Jangan pandang enteng, seolah-olah ia satu pembaziran mahupun membuang masa.

Friday, 19 May 2023

PENGALAMAN MOBILE SPA BOTG KUALA TERENGGANU DENGAN YOUTH SKINCARE

Membuka Mobile Spa bukan mudah jika tanpa ilmu. Syukur pengalaman saya buat Bisnes Mobile Spa BOTG dengan Youth Skincare Shaklee amat memudahkan. Bahkan ramai pelanggan suka dengan kesannya selepas servis Mobile Spa dengan kami.

Okey, anda pernah menggunakan khidmat Mobile Spa atau melakukan rawatan facial kulit wajah di mana-mana Spa berdekatan anda?

Friday, 22 November 2019

PROMOSI SPA SERI PENGANTIN DISEMBER 2019 DI KUANTAN DAN KUALA TERENGGANU

Hai, Assalamualaikum.

Apa khabar? Alhamdulillah hari ini, berakhir sessi persekolahan bagi Tahun 2019 di Pahang dan semalam (21/11/2019) di seluruh Negeri Terengganu.

Maka bersusun lah Majlis Jemputan Walimatul Urus dari kawan-kawan, saudara-mara, jiran tetangga terdekat. Pasti meriahkan kalau kita sebahagian dari keluarga pengantin.

Tapi, bagaimana pula kalau kita yang jadi si bakal pengantinnya? Dup ! Dap ! Dup ! Dap ! Pasti berdebar menanti hari bersejarah sekali seumur hidup. Tak kurang jugak ada yang masih pening kepala membuat persiapan terakhir majlis.