Saturday 15 July 2023

TIPS TRAVEL PERTAMA KALI KE LUAR NEGARA

Sekali sekala seronok jugak bila kita dapat travel bersama rakan-rakan sekepala, tinggal seketika tanggungjawab keluarga kepada pasangan sebagai tempoh untuk kita healing dan ber me-time. Tapi lebih seronok bila kita dapat travel bersama keluarga kan. Kerana ini akan menguatkan lagi ikatan kekeluarga kita, saling bekerjasama antara satu sama lain.

Di sini saya kongsikan Tips Travel bersama anak-anak yang masih kecil.

Tidak dinafikan travel sendiri lebih mudah sebab kita hanya fokus kepada keperluan diri sendiri dan kalau ada masalah-masalah kecil pun tak perlu melibatkan orang lain. Masa akan jadi lebih fleksible dan pergerakkan akan menjadi lebih laju.

Berbeza travel bersama keluarga yang mana jika ada anak-anak kecil yang belum matang dan sedang dalam proses membesar. Banyak perkara kita perlu titikberatkan terutama perjalanan ke tempat baru buat kali pertama. Tidak boleh lone ranger.

TIPS TRAVEL BERSAMA KELUARGA

BUAT KIRA-KIRA MINIMA 3 BULAN ATAU 6 BULAN SEBELUM TRAVEL

Tips Travel Bersama Anak Kecil

  1. Bagi anda yang pertama kali travel bersama keluarga, rancang perbelanjaan untuk perjalanan anda sepanjang di sana (ikut destinasi negara percutian anda).
  2. Buat pembacaan dan survey bajet percutian yang mana selalunya banyak dikongsikan di google dan sosial media seperti 7 Tips Percutian Ke Jepun Bersama Keluarga, Intenari Family Trip ke Switzerland dan banyak lagi, anda just type info-info yang diperlukan.
  3. Dalam masa yang sama anda boleh follow pakej-pakej perlancongan yang ditawarkan oleh travel agensi yang berdaftar, berpengalaman serta boleh dipercayai.
  4. Ini penting supaya anda mendapat gambaran bagaimana keadaan di negara yang bakal anda lawati. Anda perlu mengambil tahu isu keselamatan, tips semasa berada di negara tersebut, penggunaan alat komunikasi seperti network coverage, cuaca dan suhu semasa supaya anda tidak tersilap membawa pakaian jika ia melibatkan negara 4 musim.

PASTIKAN ANDA DAN AHLI KELUARGA MEMBAWA DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

  1. Ya, sila semak dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tarikh anda dan ahli lawatan akan berada sana. Ada negara memerlukan Visa dan Pasport ada sesetengah negara pasport sahaja sudah lengkap. Bukan semua negara strict tetapi penting untuk anda ambil cakna bila merancang bercuti ke luar negara.
  2. Mungkin ada pasport dikalangan ahli lawatan yang perlu diperbaharui kerana bakal tamat tempoh 1 atau 2 bulan lagi. Be Alert!
  3. Kita beruntung sebab Pasport Negara Malaysia laku untuk menjelajah ke 161 buah negara kecuali ada beberapa buah negara memerlukan Visa untuk travel. Anda boleh baca Perbezaan Visa dan Pasport di sini.

TEMPAH TIKET PENERBANGAN DAN RUMAH/ HOTEL PENGINAPAN SERTA TRANSPORT SEMASA DI SANA

  1. Setelah selesai membuat bajet anda perlu decide untuk travel secara DIY atau menggunakan khidmat Travel Agent.
  2. Jika mengambil pakej yang ditawarkan oleh Travel Agent, ia akan menjadi lebih mudah dan pada pendapat saya itu yang terbaik jika anda baru pertama kali ke luar negara. Kerana anda cuma perlu membuat pilihan yang sesuai dengan bajet, bila hari dan benefits yang bakal anda peroleh.
  3. Semasa deal Pakej Perlancongan, anda perlu sahkan betul-betul dari segi aktiviti, penginapan, tiket flight, tiket -tiket lain, makan minum dan juga transport.
  4. Manakala untuk travel secara DIY, kena extra careful dan rancang betul-betul supaya anda tidak membuat kesilapan dan elak terkandas di satu-satu destinasi perjalanan semasa berada di luar negara nanti.

Seterusnya, bagi TIPS TRAVEL bersama anak-anak kecil :

  • Anda perlu train atau membiasakan anak dengan perjalanan jarak jauh. Mulakan dengan merancang percutian di dalam negara supaya kita sebagai ibu terbiasa bagaimana menguruskan keperluan dan emosi anak-anak kecil. Ia tidak mudah untuk first time mommies atau first time traveller.
  • Jika ada bajet lebih, boleh jadikan aktiviti bercuti sebagai reward bulanan anda bersama anak-anak sebelum merancang travel ke luar negara.
  • Sekali sekala tempah tiket flight untuk expose kan anak-anak environment semasa berada di dalam kapal terbang. Ada setangah kanak-kanak dorang akan menjadi tantrum sepanjang didalam flight kerana tidak biasa. Mungkin juga anda boleh membiasakan guna Car Seat sebagai latihan. Ini kerana kebiasaan di dalam flight anak-anak perlu duduk di seat mereka. Keadaan ini selalunya ada kes anak kecil tantrum sebab nak duduk di atas riba ibunya.
  • Penting untuk kita ketahui bagaimana cara memenuhi tangki emosi anak-anak sepanjang travel. Melancong adalah perkara yang menyeronokkan bagi orang dewasa tetapi mungkin bagi anak-anak kecil mereka akan cepat bosan, penat bila terpaksa berjalan jauh. Jadi jika perlu standby stroller bagi yang sesuai, makanan ringan jika lapar sebagai persediaan.

Anda perlu tahu selalunya bila berada di negara-negara yang berbeza cuaca dan suhu dengan Malaysia, kita akan berhadapan risiko diserang selesema atau batuk yang teruk. Jadi amalkan Vitamin Shaklee Suplemen Terbaik di Malaysia. Kita tidak mahu percutian tergendala disebabkan ada yang jatuh sakit dan melarat.

TIPS TRAVEL TAMBAHAN :

Walau kemana kita pergi pastikan jaga kewajipan solat fardu kita sebagai muslim. Bila kita jaga solat, In Shaa Allah, Allah akan jaga perjalanan sepanjang kita travel sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Jangan jadikan travel sebagai alasan kita meninggalkan solat wajib. Islam kan indah, ada ruksah dalam menunaikan solat bila kita bermusafir. Jadi timba dan cari ilmu tentang cara-cara solat jugak, ya.

Tips Travel Jaga Solat

Bagi warga Emas pula, boleh mantain tenaga dengan mengambil Energy Booster Shaklee ResVivix, elak lembik dan keletihan. Biasanya warga Emas ni dorang low energy, sakit lutut, sakit-sakit kaki.

Ok.

Berminat untuk dapatkan Set Immune Booster atau Set Travel Shaklee, boleh whatsapp saya di sini, Sakinah Shaklee : 019-916 4276.

Berminat, untuk mencuba ResVivix dan Vivix Shaklee? Whatsapp saya segera : Sakinah Shaklee. Atau anda boleh direct puchase di link express ini, register keahlian shaklee percuma untuk dapatkan harga istimewa dan tawaran menarik.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1168494

Nak beli produk Shaklee di branch berdekatan anda, boleh mendaftar menggunakan No. ID saya : 1168494 (Sakinah Mat Said) sebagai introducer anda. Kerana di branch nanti, staff akan minta ID No. untuk membuat order.

Nak jana pendapatan tambahan dengan Bisnes Shaklee 3, 4 atau 5 angka setiap bulan? Hubungi saya : Your Trusted Bisnes Leader.

Semoga penulisan ini dapat membantu anda bercuti dengan bahagia bersama keluarga tersayang. Jangan lupa kongsikan kepada orang sekeliling jika anda rasa ia bermanfaat. Dan semoga kita sama-sama dikurniakan seribu kebaikan. In Shaa Allah.

Ok, sehingga kita berjumpa lagi di lain entry. Sekian, Wassalam.

#NextLevelBlogging #blogmegashaklee #projekblogmega2 #shakleethrive2023 #shakleethriumph202#SetRahmahShaklee2023 #ResVivixCampaign #testimonishaklee #sakinahshaklee #shakleekualaterengganu #testimonivivixshaklee

Travel Percuma
Tips Travel

No comments:

Post a Comment