Sedar tak sedar dah seminggu kita semua berada di bulan Ramadhan 1444H untuk tahun ini. Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita sepanjang Ramadhan yang telah berlalu.
Ok, saya yakin ramai yang ada masalah seperti saya bila bangkit seawal pagi untuk bersahur. Saya sejenis yang sejak dari dulu sampai sekarang memang susah nak hadam makan makanan yang heavy semasa bersahur, walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pasti mengambil masa yang sangat lama.
5 minit memang tak sempat untuk makan. Sebab perut saya perlukan masa untuk hadam makanan tersebut. Kalau tidak sebentar lagi, saya akan muntahkan balik makanan semasa menggosok gigi.

