Sunday, 15 July 2018

BAGAIMANA KUSYUK DALAM SOLAT

Satu malam iaitu ketika peristiwa Israk Mikraj, baginda Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit untuk urusan wahyu Allah.

Dan antara perkara yang dibicarakan adalah SOLAT.

Kita umat Nabi Muhammad SAW, umat akhir zaman.. diwajibkan untuk menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Selepas berjumpa Nabi Musa A.S yang menasihatkan baginda supaya mohon dikurangkan waktu solat itu dengan Allah SWT. Sebab umatnya Bani Israil sendiri tidak mampu melakukannya. Apatah lagi, umat akhir zaman.

Namun selepas beberapa rayuan oleh baginda SAW, bilangan waktu solat dikurangkan kepada 5 sahaja. Itu pun baginda terasa malu untuk mintak dikurangkan lagi.

“Aku berasa malu untuk memohon pengurangan lagi daripada Allah. Aku menerima 5 waktu ini. Allah memberi ganjaran 5 waktu ini sama nilainya dengan 50 waktu” - Buku Kisah 25 Nabi & Rasul oleh Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz.

Kerana dia kekasih Allah. Rayuan itu diterima.

Tetapi, pada hari ni walau hanya 5 waktu sahaja masih ada yang meninggalkannya tanpa rasa takut mahupun berdosa.

Dan hari ni juga, walau kita menyempurnakan tuntutan solat fardu.. tak ramai yang mampu fokus, kusyuk dalam solat.

Kita lalai dalam solat sendiri. Kinah pun sama. Tidak lari dari terleka.

Jom ! dengar tazkirah di bawah ini bagaimana dan bila waktu kusyuk dalam solat.


No comments:

Post a Comment