Wednesday 21 November 2018

TIPS MARKETING BISNES OLEH SMS

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

Tips Bisnes by SMS :

Ini contoh Flyers + Voucher yang Kinah edarkan di wilayah servis Kinah.

Posting sebelum ni, Kinah ada share yang Kinah dah edarkan 50 keping Flyer dalam tempoh 1 jam. 2 hari lepas sempat 30 keping setengah jam.

Actually untuk cara berkesan tidak digalakkan menabur flyers macam puluru tabur. Masukkan dalam peti surat rumah ke rumah tanpa berjumpa dengan tuan rumahnya.

Kinah masih ingat lagi, Dr. Azizan pernah berpesan semasa di IMKK 2015 : "JANGAN edar flyers. Itu kerja BODOH namanya".

Kinah tercengang ! 😱

"What !? Kalau tak edar flyers, apa guna ia menjadi salah satu tools marketing dalam bisnes🤔?" Ini lah yang Kinah fikir masa tue.

"You edarlah 1000, satu juta sekali pun itu kerja kurang bijak. Tak SMART !"

Ha' haa.. 🙄 (Sape pi IMKK, mesti taw maksud Ha' haa nie😄).

Selepas pada hari tu, baru Kinah faham maksud Dr. Azizan.

Dia nak kita buat kerja 3 in 1. Bercakap (dengan prospek), ambil contact dan baru share flyers atau pun your bisnes card. Plus selfie sekali kalau boleh😅😍

Pastu.. share lah kat wasap, FB or IG ke. Tag nama dia. "Salam Perkenalan, thanks Kak Ita jiran baru😍"

Kiranya ada komunikasi 2 hala. Bila ada komunikasi ia akan lebih berkesan. Prospek akan lebih mudah mengingati kita. Peluang untuk close lebih tinggi sebab dia pernah berjumpa dan bersembang walau hanya 5 minit. Berbanding tiada rekod komunikasi. Ada body language dan eye contact.

Compare dengan kita tabur flyers tanpa berjumpa orang.

Yes ! agree.

Cuma dalam isu macam Kinah atau mungkin korang pun melaluinya yang so limited time, ada beberapa kenkangan. Nak berjumpa dengan tuan rumah, tak semua available. Kebanyakkannya bekerja. Ada hal masing-masing.

So, Kinah edarkan je tanpa miss. At least peluang dorang baca dan ambil tahu itu tetap ada walau tipis.

Bila jumpa jiran yang available, kita sembang lah. Mintak dia war-warkan kepada jiran berdekatan. Kerana kadang marketing mulut-mulut ke mulut lebih power once orang dah kenal kita walau bersembang hanya 5 minit. Jumpa pulak akak yang suka rebut peluang yang ditawarkan lagi power.

Contoh kita buat offer bagi 5-10% komisen dari prospek yang datang dari dia, mesti laju je.

Ok.

No comments:

Post a Comment