Monday, 29 July 2019

AFTER REBORN METAMORPHOSIS (PART 4)

Kisah ini ditulis pada 7 Julai 2019, di FB kinah. So, Kinah copy je kat sini.

Alhamdulillah selamat sampai di Rumahku Syurgaku❤️ petang tadi.

Ramai yang tahu Kinah attend kelas Tuan Afnan Rosli semalam bersama team Legasi Anugerah Terindah (LAT), Great Leaders Circle (GLC) dan beberapa orang Shakleeans from another group di KL.

Kelas yang sangat bermakna dan memberi impak yang sangat sangat amazing sepanjang hari sehingga ke saat ini. Seriusly tak terungkap dengan kata-kata.

Sebagaimana telah termaktub di dalam Al-Quran : "Katakan lah (Muhammad), seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat itu, meski pun kami datangkan tambahan dengan lautan yang sebanding dengannya." ~Alkahfi : Ayat 109

Kinah tak mampu nak story banyak perkara. Sebab banyak sangat cerita bahagia. Sekecil-kecil dan sebesar-besar keajaiban yang Allah kurniakan.

So, kat sini Kinah nak share beberapa perkara miracle yang dah berlaku yang takkan mampu dibayar dengan wang ringgit. Hidup ini bukan kerana wang ringgit semata-mata, sahabat.

Tapi, ramai berimpian jika aku diberi duit sekian-sekian aku nak buat ini, aku nak buat itu. Kita obses mengejar duit tanpa henti sehingga penat dan tertekan. Same goes to me, sebelum ini.

Duit makin dikejar ia akan berlari dan terus berlari. Mesti pelik, habis tu kalau tak kejar, macam mana duit nak datang?

Seperti kita mengejar rama-rama. Makin dikejar makin ia lari berterbangan. Cuba korang bayangkan, kita relax sekejap, rama-rama itu pasti akan datang sendirinya kepada kita😍

Kinah yakin ramai excited yang nak tahu macam mana, Kinah boleh dapat dengan mudah. Betul ke semudah itu. Just relax boleh dapat.

Ya, korang. Dengan relax kita mampu mengubah dunia.

Antara perkara yang ramai wanita idam-idamkan ialah dikurniakan seorang suami yang baik, beriman, penyayang, bertanggungjawab, ringan tulang, senang citer yang baik-baik lah.

Tak de sorang pun yang mintak mereka bertemu jodoh yang buruk-buruk. Tak de pun nak bergaduh setiap hari.

Kinah pun seperti korang. Kinah boleh dikatakan sorang yang sentiasa ingin melihat sesuatu perkara itu perfect. Tapi pasangan kita lain. Ia tak sama. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan dia.

Kalau dicari kekurangan, hidup berumahtangga pasti tak kan jumpa kesudahan bahagianya.

Alhamdulillah since praktiskan apa yang Tuan Afnan Rosli share, Husband semakin baik, semakin sayang. Senang citer dia jadi sebagaimana kita feelings (Feelings Are Prayers). Setiap hari terasa macam bercinta❤️

Semalam habis kelas lewat malam, pastu husband ajak teman makan sebab lapar katanya. Walau waktu tu kepala dah ting tong, dengan ilmu yang super duper padat seharian ber #Metamorphosis. I'm ok. Anak pulak dah tidur.

Allah bagi peluang kami berdating berdua. Inilah nikmat yang dah bertahun kami miss that moment. (Tak de lah lama, 3 tahun lebih).

Pastu hujan renyai-renyai. Kinah layankan je. Kitorang jalan berdua dalam hujan. Suami berkain pelikat baju singlet😆 Sempoi. Hati berbunga-bunga pegang tangan peluk pinggang dalam hujan menapak ke Kedai Mamak.

Padahal (waktu tu) ada anak sedara teman tunjukkan kedai makan. Tapi, kami dengan dunia kami. Sampai di kedai siap suap-menyuap ko. Hahaha.

Then, pagi tadi pun sama hujan renyai-renyai. Kami keluar breakfast berdating berdua. Anak masih tidur. Moment yang macam ni lah yang membuatkan ramai miss dan tak bahagia. Kita lupa living in Present Moment.

Baru je submit doa tue malam tadi kat kelas. Terus Allah bagi😭

Ini baru sikit cerita pasal kisah cintan-cintun kitorang☺️

Banyak lagi perkara-perkara yang sepatutnya kita amalkan tanpa perlu membayar pun. We already live in Abundance. Kita je tak sedar dan tak amalkan. Tiada manusia yang miskin. Semua cukup bahkan melimpah ruah.

Allahuakhbar.

Kinah nak join kelas online Tuan Afnan, Allah makbulkan. Walau second group.

Then, bayangkan ada dalam kelas fizikal. Tiba-tiba ia berlaku semalam. Begitu pantas bukan hujung tahun. Tiba-tiba husband ada meeting kat KL dan Allah permudahkan. Anak dibawah jagaan kakak ipar tanpa buat hal atau menangis. First time berjauhan sejak lahir. Bukan mudah nak tinggalkan anak kecil direct feeding kat orang lain walau mak sedara.

Alhamdulillah, Kinah praktiskan Feeling Are Prayers.

Suami nak 45K, Kinah feeling (Feeling Are Prayers). Allah hantarkan client yang tak disangka-sangka.

Kinah nak hadiahkan emak washing machine dengan sofa baru. Allah bagi dari sumber tak disangka-sangka. Masa feeling tu mana ada duit. Tapi, mintak je lah dengan Allah ikut formula CITF tue.

Alhamdulillah.

Ok, last. Kinah share sedikit tips bahagia yang Kinah dapat dari kelas semalam.

Cuba tanya diri kita, "bila last kita pijak bumi?"



Tuan Afnan tanya dalam kelas. Masa tu Kinah dah pelik dengan soalan beliau. "Aik! selama ni aku pijak je bumi. Sekarang pun aku berpijak di atas bumi. Mana ada terawang-awang🤔"

Rupanya, bumi yang dimaksudkan ialah pasir, tanah, rumput. Pijak tanpa kasut atau alas. Bukan atas simen, bukan atas mozek mahupun rumput buatan karpet.

Ada sebabnya kenapa? Ada perbezaan kesannya. Korang try.

Klik di link untuk baca kisah Metamorphosis KL Part 1, Part 2 dan Part 3.

Sakinah Mat Said (SMS),
~Mengajak Sama-sama Hidup Bahagia.

No comments:

Post a Comment