Monday, 15 June 2015

BUKU 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

Assalamuaalaikum wbt..

SMS mendoakan sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria-ceria selalu.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa (HLB) mendapat permintaan yang tinggi.

Sudah ramai yang hubungi saya untuk order buku 21 Formula HLB ini kerana ia tiada di mana-mana kedai buku terkenal negara.

Dan isinya, sangat dekat di hati pembaca.

Cara penyampaian jalan cerita yang sangat mudah dan related dengan kehidupan manusia zaman kini.

So hari ini, saya nak kongsikan sedikit content menarik dari buku yang pasti membuka minda dan hati untuk hidup luar biasa.

InsyaAllah.

SINOPSIS PENULIS OLEH USTAZ ASRAFF AYOB

" Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan." Kata Tuan Haji dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung.. " Saya punya anak lima orang, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup 'korum' beraya..."

Saya dimaklumkan anak kedua keluarga ini, Ikram sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Ikram merajuk apabila dimarahi teruk oleh ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think i shoud do ustaz? What does our religion say about this matter?

" Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ini ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindar masalah dan penenang hati... "

Tuan Haji mengangguk bersetuju. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen. Beliau yang biayai semua yurannya.

Akhirnya, jawapan dari Tuhan tiba. Pagi hari raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji menelefon saya, " Ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali ustaz berkenalan dengannya... "

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah 7 tahun kehilangan anaknya.

Petangnya ketika bersembang dengan Tuan haji, saya dapat rasakan puzzle kebahagiaan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Puzzle kebahagiaan yang hilang.
Kata Tuan Haji " Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu... "

Begitulah sahabat,

Salah satu kisah luar biasa yang dimasukkan ke dalam 21 Formula Buku ini yang pasti membuatkan anda terinspirasi dan merenung sejenak.

Saya sendiri telah banyak perubahan demi perubahan yang dilakukan kerana content nya berkaitan dengan Al-Quran. Tetapi, jalan ceritanya lebih santai untuk dihayati berdasarkan pengalaman penulis dan Dr. Azizan Osman (DAO) serta insan sekeliling mereka.

K, lah sahabat.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan boleh hubungi saya di talian : 019-916 4276 (Whatsapp/ Telegram).

SMS doakan semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa berjaya dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entri kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan anda di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment