Friday, 11 December 2015

KESIHATAN : NIKMAT DAN RAHMAT YANG PALING MAHAL DARI ALLAH SWT

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai dan bersyukur kepadaNya atas segala nikmat dan rahmat yang tiada apa lagi dapat didustakan.

Surah Ar-Rahman (Maha Pemurah) ada menceritakan tentang kasih sayang Allah kepada kaum sejagat.


KESIHATAN : NIKMAT DAN RAHMAT YANG PALING MAHAL DARI ALLAH SWT

SMS bukan ustaz/ustazah, just kongsi nikmat bersama sahabat.

Antara nikmat yang perlu kita syukuri adalah nikmat Kesihatan. Ia milik Allah, yang patut kita jaga dan hargai.

Sihat itu datang dari dalam diri. Bermula dengan niat dan terjadi dengan tindakan fizikal.

Tangan yang mengambil, kaki yang bergerak..

Makanan yang disentuh masuk ke dalam mulut. Jika sihat, makanan itu.. selamat dihadam.

Jika kurang sihat, ia terpendam menjadi lemak tanpa sempat diproses ke dalam bentuk tenaga.

Sedangkan badan kita memerlukan tenaga dari sumber makanan yang berkhasiat dan berzat.

Bayangkan, zat yang diambil adalah minyak yang bertakung. Masuk ke dalam badan tersekat (block) di kapilari darah kita yang terlalu halus.

Lama-kelamaan tersumbat. Maka terjadilah tekanan darah tinggi.

Sel darah rosak sebab terlalu banyak makanan yang tidak sihat masuk ke dalam badan.. Pastu, kencing manis pulak.. luka tak sembuh-sembuh. Gara-gara terlalu banyak gula (glucose).

Dah terpaksa masuk wad kecemasan sebab perkara-perkara sebegini.

Terpaksa pulak, bermalam seorang diri.

Takutnya..

Kecik, kecik dulu selalu dengar cerita hospital berhantu. Ada dengar suara menjerit, menangis..

Takutnya, kan..

Siapa nak temankan kita? Sekejap boleh lah.. Jika berduit.. Boleh lah duduk di wad mewah 5 bintang (Five Star).

Tak de, duit?

Duduk lah dimana-mana tempat. Keluarga pun tak boleh sewenang-wenangnya keluar masuk.

Sanggup?

Gggrrrrrr..

Time ni, dah tak fikirkan duit lagi. Yang difikirkan adalah masa sihat.

Kalau aku sihat, nak buat itu..

Kalau aku sihat, nak buat ini..

Kalau aku sihat, nak pi sana nak pi sini..

Kalau aku sihat, tak mahu dah makan mengarut cam dulu-dulu..

Kalau aku, SIHAT......

Semua, KALAU..

Huhuhu..

Masa yang dah berlalu takkan dapat diputar kembali seperti putaran lagu di radio.

Ia akan terus pergi dan pergi meninggalkan kesan yang ditanggung anda pada hari ini.

Mahukah, kita Sakit diusia tua kerana Kesan Gaya Hidup yang tiada sempadan di usia muda.

Wallahualam.

Coretan Jumaat,
Sakinah Mat Said(SMS)
019-916 4276

Sila SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana.

InsyaAllah.

SMS, doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berBahagia dan Berjaya dunia dan akhirat walau dimana jua berada.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment