Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya doakan sahabat pengunjung dan pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik-baik dan kemudahan dalam kehidupan seharian.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.
BERTAUBAT DAN BERHENTI MEROKOK SEBELUM AJAL DATANG
Bila pergi ke 7E mesti terpapar jelas kotak-kotak rokok yang bungkusan depan ada kanak-kanak cacat, kaki kudung dan gambar-gambar ngeri.
Tapi, saya tak faham.. kenapa masih ada ramai yang tanpa rasa jemu membeli kotak tersebut sehari sehingga 2,3 kotak.
Seriusly, i'm not understand why Malaysia still membenarkan ianya dijual.
Hurmm.. al-kisahnya.
Lately, setiap malam mesti ada bau something yang kurang enak di deria bau ini.
Bau orang merokok.. Dah bagus si dia merokok di luar.. jauh dari family. Tapi, memandangkan saya duduk di rumah teres yang sebelah menyebelah dan saya seorang yang sangat sensitive dengan bau rokok.
Hatta saya duduk di dalam rumah. Bau asapnya tersebar ke udara dan tempiasnya kena kepada si hidung yang tak berdosa.
Nasihat saya kepada anda di luar sana, walaupun 10-15 minit masa diambil untuk merokok :
Kalau nak merokok pastikan tidak mengganggu orang sekeliling. Kerana anda dianggap pembunuh dalam diam. Pastikan, anda berada jauh beribu batu dari orang ramai.
Sedarlah,
Orang yang menghirup udara bercampur asap rokok anda lebih tinggi risiko mautnya berbanding anda yang melepaskan asap rokok tersebut.
Kerana, udara kotor itu telah masuk ke dalam badan anda yang sedia tidak sihat.yang membawa penyakit.
Pesanan seorang saudara kepada saudara.
Jika anda sayangkan keluarga dan masyarakat sekeliling anda, silalah berhenti merokok.
Anda hanya membakar wang ringgit yang sepatutnya jika disimpan boleh menunaikan rukun islam yang kelima dalam tempoh itu.
Merokok satu pembaziran dan sangat tidak disukai oleh Allah SWT.
Jangan sampai malaikat maut datang mengambil nyawa sebelum anda sempat bertaubat dan memohon maaf kepada orang sekeliling anda kerana silap anda mencemar udara bersih, rahmat dari Allah.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SHMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said
No comments:
Post a Comment