Salam Ramadhan Kareem, hari ke-10.
Petang ni, saya nak kongsikan sedikit pandangan dan pengalaman membantu rakyat Malaysia menurunkan berat badan mereka.
Sepanjang saya terlibat bersama program Now Everyone Can Kurus (NECK) selama hampir 2 tahun ini (bermula Sept. 2014), pelbagai ragam dan rentak peserta serta orang ramai yang saya jumpa.
Persamaan mereka ini adalah memiliki berat badan yang berlebihan. Dorang gemuk ni, bukan sehari dua. Tapi, makan masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun.
Dan niat mereka hanya satu iaitu ingin kurus dalam masa yang singkat (jika boleh), tanpa berpenat-lelah.
Betul, ke..?
Betul.. Kalau boleh kikis, nak dikikis buang. Sanggup berhabis ribuan RM jika ia berkesan.
TAPI,
Tak semua orang berjaya mencapai impian dan cita-cita tersebut dengan cara itu.
Ada yang mengaku kalah sebelum berjuang di medan perang.
Ada yang terkandas sebelum berguru.
Ada yang memilih untuk berjuang sorang diri.
Ada jugak yang memilih untuk melihat orang lain terlebih dahulu.
Ada yang diet extreme, crash diet. Skip makan sehingga pitam dan admit hospital.
Macam-macam hal lah.
Bukan budak hingusan. Ada cikgu, pegawai-pegawai atasan, golongan professional yang boleh berfikir baik dan buruk. Yang sudah matang untuk berfikiran rasional.
Cuma apa yang dapat saya conclude di sini :
Walau siapapun mereka, guru, doktor, peguam, pakar motivasi sekali pun.. bila melibatkan makanan, semua tertunduk dengan nafsu sendiri.
Ini adalah realiti.
Semua orang boleh bersenam. Semua orang boleh berjogging. Tapi, bukan semua orang mampu menjaga makanan yang disuap masuk ke dalam mulut.
Saya sendiri pun boleh tertewas dengan makanan bila berkumpul adik-beradik jika tiada ilmu. Ia bukan alasan saya perlu gemuk semula seperti dulu.
Sebenarnya, KEY untuk menurunkan berat badan, perkara paling penting adalah jaga makan. Sebab walau berjam-jam kita bersenam, tapi makan tak jaga.. ia tetap tak memberikan hasil yang positive.
Kesannya, anda penat dan give up untuk turunkan berat sebagaimaan pernah berlaku kepada diri saya juga.
Tak salah berkenduri, ber gathering, bermajlis ke apa ke... Tapi, makan lah berpada-pada.
Ok.
Tak tahu cam mana nak makan berpada-pada tue, mai WhatsApp/ Telegram saya (019-916 4276) untuk bantuan.
Saya akan bantu jika anda nekad dan serius..
Saya takkan bantu anda jika anda sekadar nak cuba dan main-main kerana ia akan menjadi sekadar "hot-hot chicken chit"..
So, nasihat saya jika anda serius.. Pastikan anda berniat untuk turunkan berat badan kali kerana ingin tingkatkan amal ibadat kepadaNya, improve kualiti hidup bersama pasangan dan keluarga.
InsyaAllah, jalan anda akan menjadi lebih mudah.
Sekian, wassalam.
Salam peringatan kepada semua termasuk diri saya.
Saya doakan anda kurus dan sihat.
Program Kurus Coaching Online No. 1 di Malaysia.
Program Kurus Coaching Online No. 1 di Malaysia.
Now Everyone Can Kurus (NECK)
Kurus Hanya Dari Rumah.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said
No comments:
Post a Comment