Wednesday, 20 July 2016

360 RUAS SENDI DENGAN SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum wbt..

FUNGSI DAN HIKMAH SOLAT DHUHA

Sebagai rasa terima kasih seorang hamba kepada Allah SWT atas pemberian sendi-sendi tubuh yang berjumlah 360ruas.

Justeru, pemilik sendi-sendi itu sepatutnya memgeluarkan sedekah pada setiap pagi. Sedekah itu boleh berupa bacaan tasbih, tahmid, tahlil, takbir, serta suruhan berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Dua rakaat solat Dhuha dapat mengganti sedekah-sedekah itu.

Bagi mengharap rahmat dan nikmat daripada Allah SWT sepanjang hari.

Ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW.... Allah SWT menyatakan, "Wahai anak Adam (manusia), jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada awal siang (pagi hari), iaitu solat Dhuha, nanti aku akan mencukupkan keperluanmu sehingga ke petang."

Hadis ini direkodkan oleh Muslim, Ahmad bin Hanbal & Abu Daud daripada Buraidah.

Salam Dhuha, Syawal 1437H.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment