Monday, 21 January 2019

KUSAMNYA MUKA AKU, HITAM BERJERAGAT. AKU MALU.. CANTIKNYA DIA, BURUKNYA AKU.

Youth Effect selepas 5 bulan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum.

Untuk coretan kali ini mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk korang habiskan bacaan perkongsian dari Kinah.

Sebelum itu Kinah memohon maaf andai apa yang bakal korang baca nanti ada memberi rasa rendah diri, terhina mahupun perasaan malu yang tidak terbendung.

Dan andai kata sepanjang jalan penceritaan nanti mungkin ada menyentuh hati dan perasaan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup Kinah.

Namun sebaik-baiknya Kinah cuba menjaga aib dan keburukkan yang tak perlu dicanang-canang.


Kinah tiada niat untuk merendahkan mahupun menjatuhkan sesiapapun.

Kinah harapkan dengan perkongsian ni dijauhkan diri dari perasaan riak dan takbur. Sesungguhnya tiada apa niat melainkan ingin membuka minda dan berkongsi pengalaman Kinah sendiri.

Ok, dipendekkan cerita.

Entry kali ini berkaitan dengan kulit muka Kinah yang pernah KUSAM, HITAM BERJERAGAT sehingga Kinah hilang nilai diri sendiri dan menjadi sangat low-self confident. Tak kisah apa nak jadi. Tak kisah nak berhias.

"KUSAMNYA MUKA AKU, HITAM BERJERAGAT. AKU MALU.. CANTIKNYA DIA, TAPI AKU? BURUKNYA AKU.."

Ungkapan ini pernah bermain menjadi bisikan halusinasi dalam diri lebih kurang 6 bulan  yang lepas. Setiap kali Kinah melihat, kawan-kawan yang cantik, ipar duai yang cantik, Kinah terasa jauhnya perbezaan kami.

Sangat jauh..

Aku? Tak de apa nak dibanggakan.

Kusam dan jeragat, parut hitam. Teruknya, kulit muka, selepas 10 bulan menyusukan Azzahra.
Tapi ini lah hakikat rupa paras Kinah di usia 30 tahun.

Dah lah tak de kerja tetap. Tak sehebat dorang. Mereka ada duit gaji sendiri.

Aku hanya sorang suri rumah, sorang isteri yang baru setahun berkahwin, sorang ibu yang baru melahirkan anak, berniaga pun tak se aktif di masa bujang dulu. Bila kahwin, hidup aku  boleh dikatakan berubah 360 darjah.

Sibuk itu ini, tiada masa untuk diri sendiri.

Baru nak merasa nikmat awal perkahwinan (orang kata baru nak sweet-sweet, nak berhoneymoon), nak kenal hati budi, nak menerima orang-orang asing, diuji dengan macam-macam dugaan. Pakej kiri kanan atas bawah, depan belakang.

Masa ni, baru lepas baik dari luka caesar yang terbuka jahitan (50 hari lebih berpantang).
Sempat pi IMKK. Itu pun tanpa make up, pakai tudung sarung je. Malas betul berhias.

Rasa macam "Nak cili-cili" je mulut-mulut tempayan, membawang tak sedar langit ni tinggi rendah.

Mereka membawang tanpa ingat hidup ni seperti roda. Ada masa di atas ada masa di bawah.

So, tekanan demi tekanan menjerut diri sendiri.

Dah lah tertekan dengan rupa paras yang tak cantik. Ditambah dengan tekanan yang tak sepatutnya Kinah pedulikan. Tapi, Kinah manusia lemah. Kinah tak kuat. Kinah bukannya sekuat wanita-wanita hebat di zaman Rasulullah SAW.

Kinah tak de kawan-kawan rapat mahupun keluarga rapat untuk berkongsi masalah mahupun kurangkan tekanan.

Boleh depress taw.

Sejak kahwin, hari demi hari rutin Kinah bukan macam dulu. Rutin Kinah membuatkan Kinah alpa menjaga kecantikkan diri. Sebab Kinah bunting pelamin. Dan ditakdirkan Allah Kinah alahan berbulan-bulan. Setiap minggu ulang-alik ke klinik sebab sangkut minum air gula, Kinah diklasifikasikan sebagai Ibu GDM. Sehari 4 kali (Pagi, Tengah hari, Petang dan Malam). Letih. Perasaan nak cantik tu memang tolak tepi. Tak terfikir pun.

Bila alahan dah reda. Kinah diuji pulak mertua yang kurang sihat, pergerakkannya terbatas, hilang selera makan. Hanya Kinah je yang available menjaga bersama suami. Anak menantu yang lain bekerja dan duduk jauh. Kami bergilir-gilir menjaga.

Kebiasaan di siang hari Kinah lah yang teman dah urus mertua yang mana terdaya. Suami free, dia ada tolong yang mana mampu. Masa rehat Kinah bila adik-beradik suami available. So, memang dah tak kisah nak berhias mana.

Kinah taw nak jaga mertua je sampai sihat. Sebab dia dah macam emak kita sendiri kan. Dia yang lahir dan besarkan suami Kinah. Biarlah "mulut-mulut longkang" nak kata, apa. Kinah tak kisah. (Makan dalam, memendam rasa. Mulut je kata tak kisah. Diri sendiri TERTEKAN).

Masa Kinah alahan mertua yang jaga. Ini lah masa Kinah membalas pengorbanannya.

Masa ni, muka make up. Tak ketara sangat kusam nya. Dah cover dengan foundation.

Alhamdulillah.. Mertua dah ok sikit, husband pulak sibuk outstation. Rezeki masyuk. Rezeki anak nak lahir, rezeki jaga mertua jugak agaknya. Kinah pun follow husband sebab husband risau nak tinggalkan Kinah. Ke hulu ke hilir lah. Tak fikir pun nak cantik-cantik. Dah perut memboyot kan. So, sekadar ada je.

Muka macam hantu Kak Limah. Tak make up. Bajet dah suci murni. Rupanya, pucat tiada seri.
Ni masat kat DIY cari topi.

Pakai tutup aurat. Make up pun tutup jeragat.

Ni bersiap nak pi beraya rasanya. Nampak kulit muka lebih cerah dari kulit tangan. Tebal betul make up tapi tak mampu cover parut. Kena pakai MUA baru nampak cun. Kihkihkih.

Sampai lah selamat bersalin dan habis berpantang.

Nak pi laundry. Sempoi je. Bukan keluar kereta pun. Tunggu je adik masukkan pakaian dalam mesin.
So, tak perlu nak make up lah. Kinah memang jenis tak suka make up.
Kat pantai. Ni pun muka tak make up. Skincare apa-apa protection pun tak pakai. Nampak kusam.
Kehidupan fasa kedua perkahwinan bermula sebagai sorang isteri, ibu dan juga menantu.

Dah balik Sri Damai. Fasa berdikari bermula. Ni kat luar rumah, ambil angin petang.
Sepanjang berpantang memang Kinah dijaga emak betul-betul. Kinah berpantang dengan emak sendiri. Adik-beradik, emak banyak membantu sepanjang berpantang.

Bila emak dah 'lepas tali' (untuk berdikari) perlahan-lahan. Semua jadi haru-biru.

Makan pun tak menentu. Fikirkan untuk susukan anak je. Setiap 2 jam sekali Kinah menyusukan Azzahra (Apply konsep DEMAND & SUPPLY). Kinah tak mahu susu drop. So, bab keperluan Azzahra Kinah tak pernah abaikan walau ada "nyamuk, unggas" menyanyi-nyanyi riang menambah irama. Hahaha.. (Gelak untuk melawan TEKANAN yang semakin melampau).

Kinah dah pasang niat untuk susukan sendiri Azzahra sehingga 2 tahun. Cabarannya memang sangat besar. Sebab hanya Kinah dan suami yang nak jayakan misi ni. Orang sekeliling tak faham. It's ok. Biarkan dorang dengan fahaman masing-masing.

Hurmmm.. Mandi pun asalkan sempat bila anak dah tidur. Makan pun lewat malam. Makan apa yang ada. Normally pagi, Kinah shake ESP Shaklee sebotol. Sebab taw memang tak sempat makan.

Masak? Memang tak masak lah pepagi. Kelebihan Kinah duduk dengan mertua. So, kalau mertua masak pepagi, Kinah tak masak dah. Memang menantu hantu lah jawapnya. Lantak lah apa orang nak kata. Dalam hati, Allah je yang tahu.

Kadang dipaksa suami sebab belum makan.

Kadang Kinah banyak jugak merajuk dan kecik hati dengan suami sendiri sebab banyak yang dia tak faham. Keadaan menjadi makin rumit.

TEKANAN makin bertambah.

Muka tak yah cakap lah. KUSAM, HITAM BERJERAGAT. Pakai bedak tebal, nampak macam hantu opera pulak. Kihkihkih.

Selfie semasa Pilihan Raya yang lalu. Pilihan Raya Malaysia ke-14. Korang taw, masa selfie ni confident je macam cantik. Bila tengok balik gambar-gambar selfie yang lama. MasyaAllah.

Actually, bila makan tak jaga, stress melampau, tak jaga muka boleh menyebabkan kulit muka kita semakin cepat tua dan kusam. Contohnya, apa yang sedang berlaku kepada Kinah lah.

Selain itu, perubahan hormon kita sebagai sorang wanita turut mempengaruhi. Dan ditambah pulak Kinah kan fully breastfeeding. So, boleh dikatakan segala zat-zat mak nenek dalam badan Kinah akan pergi kepada anak melalui penyusuan.

Not wonder kenapa selepas je berpantang muka Kinah jadi kusam. Sebab faktor-faktor kat atas ni lah.

Kecantikkan dah berada di belakang. Yang penting, Azzahra bahagia. Cukup makan, minum susu dari Ibunya.

Haa ! dah jadi camtu apa Kinah buat?

Kebetulan Shaklee baru je launching Skincare baru yang di paten dan diformulasi dengan R&D selama 8 tahun, bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya.

Kinah rasa?

Wow ! sangat !

Nak cuba, tapi tak mampu. Ekonomi baru nak pulih semula.

Anak semakin membesar. Bila tengok muka sendiri. SABAR. Pujuk hati.
So, berangan dan bercinta lah berusaha kumpul duit untuk guna jugak Skincare Youth Shaklee ni selepas sorang demi sorang merasa Youth Effect. Membuatkan Kinah jadi panas buntut. Tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Hahaha.

Selalu tanya soalan yang sama dengan husband. "Abang.. burukkan muka bini abang ni. Orang lain cantik je. Tengok ni. Jeragat.. parut, hitam. Malu lah. Abang tak malu ke dengan bini abang nie?"

Kinah hilang keyakinan diri dengan husband sendiri. Apatah lagi nak berhadapan dengan orang ramai. Kalau ada majlis apa-apa sebolehnya mengelak dari pergi. Kalau terpaksa, mesti pakai foundation tebal-tebal semata-mata nak tutup jeragat, parut-parut hitam, jerawat-jerawat pasir.

Malu nak berdampingan dengan husbaand dengan muka Kinah yang teruk waktu.

Genap 11 Ogos 2018, Kinah akhirnya berjaya milik Set Youth kecuali Kapsul Emas yang power tue. Tak pe, Kinah pujuk diri. "Ko pakai dulu 5 items ni, Sakinah. Nanti, cukup duit ko tambah lah pulak Kapsul emas Radiance CE ni."

Ni, hari pertama Kinah guna Youth.
Ni pulak hari ke sepuluh Kinah ber Youth. Memang terasa lain. Kulit kita lebih moist, bersih dan ringan je.
Hari ke 42 Kinah berYouth Shaklee.

Nak membaik pulih muka yang teruk, kusam, berparut, jeragat hitam bukan dalam sekelip mata macam magic. Sapu-sapu terus cantik. Ia memakan masa. Cam mana Kinah boleh bersabar tanpa memakai make up. So, sekarang Kinah kena sabar untuk fasa pemulihan. Kerana tak lama lagi ada manisnya.

Ok. Pujukan berhasil. Kinah kembali rasa nak jaga kecantikkan. Rasa semakin yakin yang Kinah pun berhak untuk cantik macam wanita-wanita bekerjaya di luar sana. Menjadi suri rumah bukan bermakna kita tak perlu cantik.

Tadaa.. !! Ni, muka Kinah selepas 5 bulan pakai YOUTH.

Ramai yang silap. Working-at-Home-Mom ke, suri rumah sepenuh masa ke.. anda berhak untuk cantik. Ingat ! tue.

Kita memang perlu cantik, berhias untuk suami. Itu yang penting. Kedua cantik untuk keyakinan diri kita. Bukan cantik untuk mendabik dada mahupun riak. Kerana Kinah pegang kepada satu perkara. Kecantikkan ini hak Allah. Kalau Allah nak bagi cantik sekejap je. Kalau Allah nak tarik nikmat itu pun sekejap je.

Ni, Kinah buat FB Live semasa Anniversary kitorang yang kedua. Masa ni Kinah pakai Skincare Youth, sapu bedak sikit, celak dan light lipstik.

Jadi pergunakan lah kelebihan dan nikmat Allah bagi pada hari ni untuk jalan kebaikan dan membantu lebih ramai wanita di luar sana yang pernah senasib dengan Kinah.

Yang ni pulak, pakai Skincare Youth sahaja dengan Light Lipstik. Selepas 5 bulan pakai Youth.
Foto A tu phone Xiami. Nampak terlebih flawless pulak muka. Hehehe. Yang foto B pulak memang real. Guna iphone. So, nak kata cun macam Rita Rudaini memang jauh lah. Yang penting, semakin berkeyakinan tinggi dan bangkit memperjuangkan kecantikkan wanita luar dan dalam.
Ini muka Kinah sekarang. InsyaALLAH Kinah masih lagi dalam fasa consistent pakai Youth. Sebab masih ada jeragat-jeragat, parut-parut hitam yang sedang dalam fasa pemulihan.

Korang percaya dan yakin lah tiada siapa mintak untuk jadi buruk. Dan apa yang boleh Kinah simpulkan di sini. TEKANAN memang merbahaya jika tidak dikawal dan diatasi. Alhamdulillah, Kinah dah melepasi fasa-fasa yang hampir menyebabkan Depress, Low Self-Confident.

Dedulu Kinah sangat berkeyakinan tinggi. Walau apa-pun ujian mendatang Kinah always positive. Cuma ujian Allah dihadirkan kepada Kinah lemah untuk menempis cabaran awal perkahwinan.

Memang kita boleh berfikiran positive. Tetapi jika setiap hari itu yang dihadapnya, orang positive pun boleh jatuh sakit kerana TEKANAN ini berkaitan jiwa dan emosi.

Cadangan Kinah, sekiranya korang sedang melalui pengalaman Kinah ini, sila ambil perhatian :

1. Wajib berfikiran POSITIVE, tak de istilah harus dah. Sebab POSITIVE menjadi kekuatan untuk kita terus bangkit dan bertahan.

2. Jadilah seperti KATAK PEKAK (Click baca di sini).

3. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah. WAJIB sentiasa beristiqfar, solawat, zikir dan bertahmid sepanjang masa untuk elak dari bisikan-bisikan syaitan. Walau amalan ini sunat. Tapi, di saat-saat cam ni. Ini je ubat, penawar jiwa kita.

4. Jika mendengar suara sumbang "hakak-hakak bawang", just fikir Allah belum beri dia hidayah untuk bertaubat dan berubah. Alhamdulillah.. Allah pilih aku untuk terima hidayahnya. Alhamdulillah.. Allah pilih aku untuk ujian ini. Sebab Allah nak bagi PELANGI yang aku mintak selama ini.

Jadi sebelum dapat PELANGI kena harungi PANAS, HUJAN, RIBUT, PETIR terlebih dahulu.

5. Elakkan menyendiri. Cari somebody yang tak kenal untuk bercerita. Contoh : ketika keluar sedang menanti suami ke. Tiba ada adik kat sebelah. Just sembang-sembang then luahkan apa yang terbuku selama ini. Tanpa mengaibkan orang lain.

Kenapa orang tak kenal? Sebab dia tak kan menjadi mak cik bawang yang suka menabur fitnah.

Kalau nak bercerita dengan orang terdekat sila pastikan mereka bukan "mak cik bawang".

Mungkin, korang boleh ke pejabat agama berjumpa dengan pegawai syariah rumah tangga berkongsi masalah. Mohon pendapat.

Normally, kita bukan nak mereka bagi solution pun. Kita sendiri dah ada. Cuma kita nak bersembang dan meluahkan. Bila dah luah, lepas semuanya. Lega lah.

6. Bangkit di sepertiga malam mengadu dengan Allah Yang Maha Esa itu lebih baik. Sebab ujian-ujian kita ni tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah nak dengar rintihan kita. So, bertahajjud lah.

7. Melazimi membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil bertaddabur. Kita akan lebih dekat kepadaNya. Ye, memang kita rasa macam tak de masa. Sibuk itu ini. Tapi, cuba adakan masa khas. InsyaAllah, pasti ada lah at least 10 ke 15 minit ke untuk permulaan. Lama-lama upgrade lah.

8. Amalkan pemakanan seimbang. Tak sempat nak makan?

Boleh follow cara Kinah. Ambil Set Lengkap Ibu Menyusu dan rawat muka dengan Skincare Youth Shaklee.

Dapatkan Set Penyusuan yang menjimatkan bersama Wellness Pack serendah RM669.90 SAHAJA.
Korang SAVE RM220 taw.

Hati dan jiwa terluka perlu penawar, dalaman dan luaran badan kita juga perlu dirawat. Jangan sadis kepada diri sendiri. Sayangilah diri kita, bajailah dengan santapan rohani dan makanan-makanan sel.

Ok.

Korang nak langgan Skincare Youth dan Set Ibu Menyusu Shaklee, boleh contact Kinah segera : 019-9164276. Bulan ni ada Promosi Shaklee sangat-sangat jimat dan berbaloi-baloi.


Starter Set Youth save RM390. Better korang grab sekarang sebab pada bila-bila masa je tawaran Promosi ini akan tamat. Wasap : 019-9164276.
9. Belajarlah memaafkan semua orang terutama mereka yang pernah menyakitkan hati kita. Macam Kinah cakap cuba baca point ke empat.

Kita belajar memaafkan untuk kita hidup bahagia. Bukan sebab mereka. Kita ni berhak untuk merasa bahagia tanpa perlu memikirkan firasat yang menggangu jiwa. Hati tenang, tenteram. Just bayangkan yang indah-indah.

Lagipun orang yang terlebih dahulu maafkan itu lebih mulia hatinya dari mereka yang suka berdendam dan mencari silap dan salah.

10. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT dan insan-insan yang pernah hadir membawang ini. Tanpa bawang-bawang mereka mungkin kita akan terus selesa dan tidak bertindak.

Kinah taw dah faham. Korang mungkin macam Kinah. Bukan jenis yang mudah menyerah kalah. Bukan jenis yang selesa menerima seadanya.

Cuma itu lah kita kan manusia yang lemah. Terkadang, tertewas sehingga menekan diri sendiri.

Itu perlunya kita bangkit memperjuangkan hak dan menghargai anugerah diri yang sudah sempurna kejadian. Mendekati Allah dan berkawan lah dengan orang-orang yang positive dan hebat. Hebat mereka bukan kerana pangkat. Hebat mereka kerana mengajak sama-sama dekat kepada Allah SWT.

Ramai di luar sana menjadi hebat dan suka bermuka-muka. Elakkan manusia seperti ini.

Ok.

Korang berhak untuk memilih dan tentukan siapa kawan dan lawan. Korang ada peluang untuk design kehidupan korang.

So, anything else just wasap Kinah : 019-9164276 untuk kita sama-sama bangkit menjadi lebih kuat, kaya, bahagia, berjaya dan diberkati hidup dunia akhirat.

Baca ini : Peluang Jana Pendapatan dengan membina SPA Bergerak lebih dari kerja makan gaji

Sekian, wassalam. 

No comments:

Post a Comment