Saturday, 17 August 2019

CARA MENJEMPUT BAHAGIA - TERAPI PAGI

Jika mampu ke pantai, pergilah ke Pantai untuk Terapi.
Tinggalkan segala bebenan kerja yang tak kan pernah
habis tue. Ni, Kinah ambil gambar kat Pantai Sepat,
Kuantan. Tenang je, dengar ombak pagi.
Bismillahirahmanirahim dan selamat pagi, salam sejahtera buat semua readers. Semoga anda sihat-sihat dan berbahagia selalu. Alhamdulillah.

Pagi ni, Kinah nak share sedikit tips bagaimana untuk kita hidup happy, bagaimana menjemput bahagia itu datang ke dalam kehidupan kita.

Ramai orang ingin hidup bahagia, tetapi tak ramai orang tahu caranya. Sebab kehidupan kita hari ini terlalu banyak tekanan dan tanggungjawab yang membuatkan kita lupa kepada genius kita sendiri. Kita lupa yang diri kita suatu masa sangat bahagia, sangat berjaya dan hidup penuh dengan kekayaan. Kita lupa semua itu.

Ya, tidak dinafikan kerana peredaran usia dan masa membuatkan kita menjadi semakin matang untuk memikirkan tanggungjawab kepada diri, keluarga, kerjaya, negara dan masyarakat. Kita ingin menjadi orang yang hebat, menjadi contoh teladan kepada orang lain terutama anak-anak dan pasangan kita.

Sehingga kita meninggalkan segala nikmat-nikmat kecil yang Allah kurniakan sehingga sebesar-besar nikmat untuk disyukuri dan dihayati. Kita tercari-cari bahagia, sehingga tak sempat nak merasa bagaimana kita bernafas. Bagaimana nafas yang percuma Allah berikan itu masuk ke dalam rongga hidung kita. Bayangkan ramai orang yang tidur semalam, dah tak bangun lagi hari ini. Mereka sudah hilang nikmat besar tersebut.

Kita tercari-cari bahagia sehingga kita terlepas masa melihat anak-anak membesar, Anak-anak kecil yang baru dilahirkan yang masih merah, sudah dihantar ke rumah pengasuh setiap pagi, saban hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun sehingga mereka tidak sempat melihat emak ayah di waktu pagi. Kita tak sempat nak bergurau senda dengan mereka di waktu pagi. Bahkan ada yang 3 bulan, 6 bulan sekali baru berjumpa. Jauhnya kita dari nikmat kasih sayang keluarga, kasih sayang anak-anak.

Yang mana hari ini, kita sibuk dengan mencari bahagia yang meragut bahagia yang sedia ada. Kita berkahwin, berdoa kepadaNya memohon zuriat yang soleh dan solehah. Tapi, apabila dikurniakan anak, kita abaikan tanggungjawab yang satu. Tanggungjawab masa bersama mereka. Tanggungjawab mendidik mereka bermula mereka melihat dunia.

5 tahun kemudian mereka dah pandai menilai dan memilih siapa orang yang mereka paling percaya dan paling rasa selamat untuk dijadikan tempat mengadu. Kita hilang nimat tersebut.

Bukan semua orang. Tapi, kebanyakkan inilah yang berlaku pada hari ini.

Kinah melihat sendiri di hadapan mata.

Bagaimana anak kecil yang dibesarkan oleh pengasuh sehingga mereka anggap pengasuh itu emak kandung dan emak ayah yang sebenar itu sebagai penipu, pembohong. Kinah sendiri bertanya kepada anak kecil tersebut. Kenapa cakap kepada mereka begitu?

Katanya : Ummi dan Ayah tipu. Tak sayang dia sebab janji nak bawak jalan-jalan, tapi selalu cancel. Ada je hal, tak jadi. Ada meeting, lah. Ummi dengan Ayah sibuk je memanjang. Kalau balik rumah bukan ada sesiapa pun. Rumah je, besar. Tapi, sunyi. Kosong. Seronok duduk dengan emak (pengasuh).

Ini bukan satu kes, parents nya bekerja di bidang proffesional, sorang akauntan dan sorang lagi doktor). Dah banyak kes yang membuatkan Kinah muhasabah diri sebagai seorang wanita dan juga ibu.

As i said before this, bukan semua. Tapi, kebanyakkan.

Ok, panjang betul mukadimmah Kinah. Kihkihkih.

So, cam mana nak menjemput bahagia.

Ianya simple je guys.

Kita biasa bangun awal pagi untuk bersiap-siap keluar pergi kerja kan? Apa kata mulai saat ini, bangun awal pagi dalam keadaan berbeza.

Bangun untuk sebarkan bahagia. We export the happiness, not import that happiness. Kita yang mulakan dengan mensyukuri segala nikmat-nikmat kecil yang Allah kurniakan. Seperti bernafas, melihat, bergerak, melangkah, tersenyum dan mendengar.

Actually jika dihayati, ini semua adalah nikmat yang amat besar yang tidak mampu untuk kita bayar mahupun membelinya. Bayangkan bagaimana jika setiap saat Allah mintak kita bayar oksigen yang kita sedut. Pasti kita tak mampu kan. Sebab harga gas sahaja dah berapa kita berhutang dengan Allah. Tapi, Allah bagi percuma je.

Ada orang yang terlantar di atas katil, dengan bantuan mesin pernafasan. Mereka sudah hilang nikmat paling besar dalam hidup. So, bersyukur lah korang dengan udara pagi yang sangat fresh yang kita leka untuk nikmatinya.

Bangun pagi, syukuri segala nikmat pancaindera yang Allah pinjamkan.

Then, bukak tingkap bilik dan pintu rumah seluas-luasnya.

Contoh apa yang Kinah buat. Rumah Kinah ada sliding door di bahagian ruang tamu. So, Kinah akan bukak seluas-luasnya supaya udara fresh dari luar masuk ke dalam rumah yang terkurung/ tertutup sejak dari semalam. Kinah duduk sambil buat meditation (peruntukkan/ adakan masa untuk diri kita). Rasai dan dengar segala bunyi yang ada di sekeliling kita. Kalau kat rumah ni Kinah akan dengar bunyi burung kat atas pokok dengan udara sejuk pagi yang sangat best. Even kat KL pun, Kinah buat perkara yang sama. Kinah dapat rasakan segarnya udara pagi.

Mungkin korang akan fikir kat KL, penuh bangunan, transport semua tu. Mana nak rasa sejuk macam dalam hutan, kat Cameron Highland kan.

Haa ! jangan salah faham. Selagi belum subuh, InsyaAllah udara pagi sangat fresh walau di mana korang berada di Malaysia ini. Kalau negara lain, kena tengok cuaca dan musim lah.

Dari segi kesihatan ia menjadi satu terapi. Dari segi sainsnya, alam kita ada warna-warna dan energi mengikut peredaran masa. Sebab tu antara masa terbaik ummat Islam digalakkan untuk bangkit bertahajjud adalah seawal pagi sebelum subuh. Masa ni manusia ramai yang tidur dan kurang buat aktiviti. Jadi dunia berada dalam keadaan tenang. Ada vibration dan electromagnetic kat situ (Yang ni, Kinah kena story lain).

Ok.

Then, korang tengok anak-anak dan pasangan. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kita peluang untuk melihat mereka, ada bersama mereka. Ada orang yang tiada anak, tiada suami atau isteri, tiada emak ayah kerana sebatang kara. Ada orang tiada tempat tinggal seperti anda. Ada orang yang belum tentu dapat nikmat yang Allah kurniakan kepada anda saat ini.

Ada orang hidup dalam ketakutan dalam kem pelarian dan dipulau di negara sendiri. Ada orang tidak mampu berjalan kerana kaki sudah tiada kerana kencing manis, kecuaian sendiri tidak menjaga kesihatan, ada orang tiada kaki kerana menjadi mangsa bom kekejaman manusia yang rakus menakluk dunia.

Kita?

Tanya kepada diri kita. Berapa banyak nikmat yang Allah kurniakan yang belum sempat kita syukuri. Tapi, duk ratapi setiap hari Allah tidak adil, Allah pilih kasih. Sedangkan nikmat seperti di atas pun kita lupa berterima kasih kepada Allah. Bagaimana Allah nak kurniakan nikmat-nikmat lain.


So, mulai hari ini. Buat terapi pagi yang mudah ini. Tak perlu masa yang lama pun.

Tidur awal, bangun awal pagi. Buat terapi seperti yang Kinah share di atas tadi dalam 10 minit, 20 minit then increase lagi masa. InsyaAllah anda akan melihat perubahan kepada kehidupan anda. Bahagia datang dengan sendirinya. Kerana bahagia itu dah ada pada semua makhluk Allah.

Penawar Kencing manis dan masalah kesihatan berjaya pulih dengan izin Allah.
Whatsapp for order : 019-916 4276.

Cubalah.

Kinah dah buat, dan Alhamdulillah. Dulu pun, Kinah seperti anda. Mengejar bahagia yang semakin lari. Baca di sini : Ku sangkakan jalan yang ku cari ini menjemput bahagia

Ingin dapatkan banyak lagi Tips Bahagia? Jemput follow blog Kinah dan FB : Sakinah Mat Said.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment