Happy besday Acik Sakinah. Terharu taw. |
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Salam 23 Ramadhan 1439H.
Alhamdulillah masih bernafas. Masih mampu melihat dunia, mampu mendengar dan berkata-kata.
Allah Maha Pemurah dengan segala rahmatNya.
Semalam, genap 30 tahun Kinah dilahirkan merasai nikmat dunia. Satu angka yang cukup dewasa dan tua untuk dihitung.
Allahuakhbar (3x).
Selama 30 tahun hidup, tak pernah meraikan hari sejarah ini. Just lalui 07 06 seperti biasa. Perbaiki dan tingkatkan apa yang mesti.
Muhasabah, audit diri apa yang dah aku lakukan selama 30 tahun hidup ni. Ia bukan satu tempoh yang singkat.
Tapi, semalam dalam sejarah ia dirai dalam kejutan.
Tengah berbuka.. tiba-tiba family husband bawak kek. Nasib baik, tak melatah taw. Cuma mata masuk habuk je.
Tua dah. Besar-besar nak kena potong kek. Hehehe. |
Kinah pun tak ingat besday sendiri.
Pandai dorang sepakat.
Surprised Gift from MIL. |
Ni, from ipar dan juga MIL. |
Alhamdulillah Syukur atas nikmat hidup ini. Di usia 30, Allah anugerahkan macam-macam. Nikmat paling bahagia, ada anak dan suami di sisi. Cuma tak dapat bersama emak yang melahirkan nun jauh di Terengganu.
Time kasih emak Hasanah Mohamad aka Kak Ani berjuang hidup untuk membesarkan dan melahirkan anakmu ini sorang.
Anak yang degil dan sentiasa berusaha membahagiakan emak hingga hujung nyawa.
Thanks buat kawan-kawan FB yang wish my birthday. Tak sempat nak reply semua orang.
Hanya Allah yang mampu membalas doa dan ingatan tulus ikhlas dari korang semua.
Sayang korang.
Salam Subuh,
23 Ramadhan 1439H.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment