Pepagi kalau santai macam ni, mesti best kan. Sambil menikmati view tasik dari puncak gunung. Tetapi, untuk santai bukan mudah di hari Isnin begini.
Zaman bekerja, Isnin terasa macam berat je kaki nak melangkah. Sebab dah 2 hari kita berehat, "bermalas-malasan", enjoy berjalan ke sana sini, . Tetapi, hari Isnin/ Ahad hari pertama permulaan minggu. Banyak perkara perlu dilakukan.
Berbeza hari jumaat. Terasa pendek je masa sebab Jumaat orang bekejar-kejar untuk pergi solat jumaat. Kita yang pompuan ni turut terkesan jugak tempias nya, ofis sedikit sunyi. Kalau di Pantai Timur lagi best. Khamis balik awal dari biasa. Jumaat di Kuala Terengganu sepi sikit. Tak ramai bukak premis perniagaan kecuali di sebelah petang dan kedai-kedai menjual makanan.
Itu zaman bekerja.
Now! zaman berniaga. Lifestyle totally different. Nak keluar kemana-mana anytime. Tak perlu mintak cuti, atau bersesak-sesak jam 8 pagi dan juga 5 petang.
Pilihan ada dua sahaja. Nak keluar awal atau lewat.
Cabaran tak sama di tempat kerja. Berniaga tanggungjawab lagi besar. Cabarannya pun besar. Kita usaha kita dapat. Jiwa orang berniaga pun kena besar. Tak boleh kedekut dan berkira-kira, tak boleh malas atau memerhati sahaja. Sebab bisnes ini periuk nasik kita, ada team perlu dibantu. Kita bukan berniaga sorang-sorang.
Makin grow bisnes kita makin besar amanah diberi. Dan In Shaa Allah, income pun automatik besar. Bukan bermaksud kalau dah grow, dah income 6, 7 angka kita stop. Lihat contoh, Ustaz Ebit Lew. Sentiasa berusaha untuk membangunkan ummah, non-stop.
Dunia ini tempat kita berpenat sahabat, menambah pahala, berkongsi manfaat, akhirat baru masa untuk kita beristirehat.
Kita yang pilih nak hidup cam mana.
Nak bekerja? Pastikan setiap kerja itu ikhlas dan memberi manfaat. Dimana-mana ada "politik" dalam kerjaya. Jika hati dah tak suka, maksudnya anda kena Move On. Do something yang anda suka dan enjoy.
Nak berniaga? Mental and spirit kena kuat. In Shaa Allah, dengan berniaga banyak perkara boleh anda capai diluar logik akal manusia.
Sekian, sembang-sembang santai pagi ni.
Sakinah Mat Said (SMS),
Shaklee Bisnes Leader.
Founder 7LEADERS Empire,
No comments:
Post a Comment