Thursday, 17 September 2020

KEMEROSOTAN KESIHATAN WANITA SEAWAL 30-AN

Pesanan saya kepada rakan wanita :

Kesihatan wanita mula merosot seawal usia 30-an apabila anda mula berkahwin, mengandung, menyusukan anak kecil, paling terasa bila saat dimana kita kurang menjaga kesihatan kerana lupa sayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Kerana sayangkan mereka kita sanggup berkorban. Asalkan anak-anak, suami, keluarga bahagia. Namun pengorbanan anda tidak mampu dilihat oleh mata kasar mereka. Mereka tahu anda letih, penat, tertekan. Tapi, apa yang boleh mereka bantu. Tak semua orang dapat membantu. Melainkan diri kita sendiri.

Kesannya hanya akan dapat dirasai oleh tuan badannya sendiri. Tipu lah, mengandung tak letih, kaki tak pernah cramp, tak sembelit, berat bertambah-tambah. Bila menyusu, ada ibu yang jadi kurus dan ada ibu yang jadi bam bam. Kehidupan mula berubah 360 darjah bila kena berjaga malam seawal kelahiran baby. Normally baby baru lahir akan berjaga malam, tidur di siang hari. Masa tu lah kita mula jadi burung hantu, beruang panda.

Badan jadi weak, tak cukup tenaga. Hidup agak rollercoaster, Hormon Kortisol pun jadi confuse.

Tak semua merasai ujian seperti ini. Ada je yang sangat menjaga kesihatan dalalaman, yang disiplin dengan diri sendiri.

Sebab itu kita boleh lihat wajah orang yang dah berkahwin dengan yang belum berkahwin berbeza. Orang yang always happy dengan hidup dalam tekanan pun berbeza.

Ini semua adalah bermula dengan kepentingan menjaga kesihatan.

So guys, sama-samalah kita jaga kesihatan bermula sekarang. Bukan tunggu jatuh sakit, baru nak merawat. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sakinah Mat Said,
Shaklee Bisnes Leader,
Founder 7LEADERS,
wasap.my/60199164276

No comments:

Post a Comment