Salam 1 Rejab, Salam Keindahan dan Salam Kebaikan.
Syukur kehadrat Illahi di atas nikmat nafas yang dipinjamkan kepada kita pada hari ini.
TanpaNya, tiadalah kita.
Hanya jasad putih tanpa nyawa.
Allahuakhbar..
Indahnya, kuasa Allah yang tidak tergambar dan terbayangkan dengan kata-kata atas nikmat ini.
SMS doakan semoga semua pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa dikurniakan nikmat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat oleh Allah SWT.
Dan kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
Aaminn.
BULAN REJAB BULAN ALLAH
Alhamdulillah..
Bertemu kembali kita di bulanNya yang mulia ini. Bulan Rejab yang penuh dengan 1001 kebaikan dan kelebihan.
KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN :-
1. Puasa sehari di bulan Rejab: Mendapat syurga Firdausi
Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebatang sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, lebih dingin dari salji dan baunya lebih harum dari kasturi. Sesiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab sambil berselawat, Allah akan memberinya minum daripada sungai itu"
(HR. Imam Baihaqi).
Hadith lain ada juga berbunyi;
Diriwayatkan oleh Tsauban, Rasulullah SAW berjalan melewati suatu perkuburan. Baginda berhenti sejenak dan menangis tersedu-sedu.
" Kenapa Engkau menangis Ya Rasulullah? " tanya Tsauban
Lalu Rasulullah bersabda:
" Aku berdoa untuk mereka yang sedang diseksa kuburnya maka diringankan seksa oleh Allah. Jika mereka berpuasa satu hari dan tidak tidur satu malam dalam bulan Rejab, mereka tidak akan diseksa dalam kuburnya "
2. Puasa 2 hari di bulan Rejab: Dilipatgandakan pahala mereka yang berpuasa.
3. Puasa 3 hari di bulan Rejab: Dijadikan parit yang panjang (Panjangnya setahun perjalanan), yang menghalang mereka ke neraka.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3 000 tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika Al-Quran dinaikkan ke langit, 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3 000 tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika Al-Quran dinaikkan ke langit, 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
MENURUT SAIDINA ALI PULA;
Puasa 10 hari di bulan Rejab: Dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titian siratul Mustaqim di hari kiamat.
Puasa 13 hari di bulan Rejab: Seperti puasa 3 000 tahun.
Puasa 14 hari di bulan Rejab: Seperti puasa 10 000 tahun.
Puasa 15 hari di bulan Rejab: Seperti puasa 100 000 tahun.
Puasa di awal, pertengahan dan akhir bulan Rejab seperti berpuasa 1 bulan pahalanya.
LAIN-LAIN;
Berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah, dilipat gandakan lagi seperti berpuasa 1 000 tahun kerana Israk Mikraj.
Setiap hari berpuasa di bulan Rejab, ganjarannya seperti mengerjakan ibadat seumur hidup. Sekiranya, disusuli dengan sedekah, seperti melakukan ibadat 1 000 kali haji dan umrah.
Dibina untuknya 1 000 mahligai dengan 1 000 bilik dan 1 000 bidadari, lebih cantik dari matahari 1 000 kali.
So, inilah sedikit sebanyak kelebihan menunaikan puasa sunat di bulan Rejab ini.
Ada setengah pendapat menyatakan tiada amalan-amalan kursus di bulan Rejab ini.
Pada saya, itu sebagai sandaran.. Selebihnya, bermula dengan niat. Ganjaran dan balasan adalah hak milik Allah SWT.
Layakkah kita mendapat kelebihan ini semua, bergantung kepada niat dan Allah yang menilainya.
Rejab adalah bulan Allah SWT. Sya'ban pula adalah bulan KekasihNya (Rasulullah SAW). Manakala, bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan umat islam.
Saya anggap bulan Rejab dan Sya'ban sebagai latihan untuk saya menghadapi bulan Ramadhan nanti.
InsyaAllah, jika ada kekeliruan atau kesahihan dengan apa yang SMS share ni, anda boleh komen di bawah untuk diperbaiki.
Terima Kasih, kerana sentiasa setia dengan SMS.
SMS doakan anda semua kaya, bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.
Selamat beramal.
#Sila SHARE jika anda rasa ia benar dan bermanfaat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment