Friday, 24 April 2015

THE POWER OF DOA TO SUCCESS

kredit to matabulat.my
Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang.

InsyaAllah.

Tiba-tiba pagi ni, terasa syahdu dan sayu je.

Saya tersentap !!

Saya termenangis apabila mendapat tahu satu rahsia.

Rahsia Kejayaan insan-insan berjaya.

Seriusly, saya rasa terkesima seketika membaca coretan perkongsian kisah Master MariaFirdaus.

Tajuknya, adalah the " The Power of Doa ".

" THE POWER OF DOA "

Menurut kata beliau.. salah satu tips Kejayaan beliau hari ini, adalah memeluk dan mencium ibunya setiap hari.

Memeluk dengan penuh kasih sayang seorang anak kepada seorang ibu.

Beliau mintak kepada ibunya supaya mendoakan beliau supaya menjadi kaya dan berjaya serta bahagia sehingga tidak terhitung nilainya.

Alhamdulillah, ke hadrat illahi.

Kerana hari ini, beliau memperolehi kekayaan melimpah ruah dan kejayaan serta kebahagiaan ibu, isteri dan anak-anak  yang soleh.

Ya Allah.. 

Kerdilnya, diri ini..

Saya tinggal sebumbung dengan Emak.

Setiap hari saya melihat Emak.

Lately, saya semakin rajin bangun seawal pagi untuk bersujud dan bertahajjud kepada Illahi. 

Jika 8 bulan yang lepas.. saya agak liat dan susah nak bangkit di saat orang lain masih lagi lena dibuai mimpi.

Tetapi, ada satu perkara yang saya alpa.

Saya tak bersujud mahupun cium emak hari-hari.

Lantas, saya berhenti buat semua kerja dan peluk emak.

Kebetulan emak sedang membungkus karipap dengan adik.

Emak terkejut dengan tindakan pelik anak daranya. (Lantak, lah nak pelik pun. hehehe)

Emak terharu dan menangis sama sebenarnya.

Allahuakhbar..

Ini lah nikmat syurga yang saya rindu.

Apa yang mentor saya cakap.. InsyaAllah, saya buat. Cuma yang ini, saya terlepas pandang.

Yelah.. 

Since kecik.. peluk emak ayah hari-hari,  bukan satu amalan.

Cam pelik, segan dan malu pulak jika nak peluk emak hari-hari kan. 

Saya memang nak bahagiakan emak.

Tapi, ini salah satu kunci kejayaan dan kebahagiaan yang perlu saya amalkan.

Mentor saya cakap.. " The Power of Doa " dari seorang ibu memang amat Mustajab.

Then, katanya lagi.. Peluk dan cium ibu hari-hari. Mintak ibu doakan kejayaan kita jika mahukan perubahan dalam kehidupan.

InsyaAllah.

FOR THING TO CHANGE, I MUST CHANGE 

Untuk makluman anda semua, rutin peluk dan cium hanya akan berlaku di pagi raya dan sebelum saya keluar rumah untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.

Sekarang, saya dah bekerja dari rumah.

So, makin pelik kalau saya nak amalkan semua tue kan.

Tapi, mulai hari ini.. Saya perlu berubah. For thing to change, i must change first.

Saya dah nekad yang saya akan peluk dan cium emak hari-hari. Mintak emak doakan kejayaan saya.

Walaupun, emak cakap.. Emak tak pernah berhenti doakan anak-anak Emak. Emak nak anak-anak semua berjaya, dunia dan akhirat.

Saya akan tetap peluk emak seawal pagi sebelum memulakan urusan business.

Sebab, saya tak tahu sampai bila peluang dan masa yang masih tinggal untuk saya bersama emak.

Sementara masih bujang ni, lah kita gunakan masa sebaik-baiknya.

Sahabat,

Saya yakin.. ramai antara kita tidak berpeluang untuk peluk dan cium ibunya. Sebab, kita terleka..

Walhal, jika tidak sebumbung pun.. sekurang-kurangnya, hubungilah ibu seawal pagi. Mintak doa darinya.

Hargailah ibu sementara mereka masih bernyawa.

Ingatilah mereka dalam lena dan nafasmu, anak-anak.

Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua orang tuamu.

Keberkatan rezeki juga, bergantung bagaimana kita membahagiakan ibu kita.

InsyaAllah.

Sama-samalah kita berusaha ke arah kebahagiaan cinta dunia dan akhirat. Aaaminn.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini, memberi manfaat kepada rakan-rakan kita di luar sana.

SMS doakan anda semua kaya dan berjaya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment