SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog dan blogger semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik-baik dan berbahagia di samping keluarga tercinta.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
InsyaAllah.
Hari nie, SMS nak berkongsi sedikit pengalaman ngeri yang agak mengelirukan.
TERPERANGKAP!! NIAT BAIK DIMANIPULSIKAN DENGAN TEKTIK PUKAU JUALAN
Lately, telepon saya bermasalah. Cam nazak dah.
Semua whatsapp, telegram dan play store tak berfungsi seperti biasa.
So, saya terpaksa membuat keputusan untuk ke kedai telefon bagi melihat apa masalahnya.
Saya ke Kuantan Parade. Kerana banyak pilihan kedai gajet kat situ kalau di Kuantan.
Agak lama jugak lah saya kat sana.
Dalam jam 1.30 tengah hari, baru saya teringat yang saya ada janji nak keluar dengan emak kat luar di sebelah petangnya.
Maka saya pun bergegas lah ke pintu utama. Telefon terpaksa ditinggalkan di kedai telefon sebab belum siap sepenuhnya lagi.
Semasa duk rushing nak keluar tue, saya kena tahan dengan sekumpulan anak muda. Dorang berikan saya kertas tertera Free Gift.
Saya tak layan.
Tapi, dorang paksa jugak untuk ambil dan tulis.
Banyak kali jugak lah saya menolak.
Oleh kerana kecian, dengan rayuan pertolongan dari mereka yang konon-kononnya jika saya tulis nie, dorang akan dapat sedikit komisen dari bos mereka.
So, saya tak berprasangka buruk.
Pastu, orang dah bagi betis nak peha pulak.
Saya dah bersetuju untuk bantu dorang tulis maklumat yang dorang nak.
Tapi, masih tak berpuas hati lagi.
Mereka pujuk saya hingga selamat masuk ke dalam kedai dorang (Dan mula proses pukau atau bahasa scientifik nya Neuro-Linguistic-Programming).
Satu demi satu mereka mintak maklumat.
Saya pun tak tahu bagaimana dengan mudahnya saya memberi semua maklumat yang mereka kehendaki termasuk kad bank dan jugak pin code bank.
Dasyat!! Kan..
Bukan saya tak tahu.. Yang bahaya dedahkan semua tue. Cuma, time kejadian saya blur .. cam separa sedar.
Saya sedar bila check akaun kat ATM Machine yang duit sejumlah RM500 dah hilang dari akaun Maybank.
Mereka berikan saya periuk yang sehingga kini saya tak bukak.
Selepas membuat laporan polis, saya berkongsilah kejadian nie kepada beberapa orang rakan supaya mereka tidak terkena jugak.
Hurmm..
Rupa-rupanya, ramai mangsa yang dah terkena termasuk beberapa orang kenalan SMS.
Kata seorang isteri mangsa yang lebih selesa berbahasa bonda dan ayahanda :
Kantoi kepada wife bila menantu terjumpa barang dalam bonet kereta pada hari kejadian. Duit dah lesap.. barang buat perkasam lah. |
Kemudian, saya membuat pembacaan di blog.. untuk mengukuhkan lagi bukti supaya ramai tidak menjadi mangsa mereka.
Link di bawah nie, adalah beberapa sharing dari mangsa-mangsa kejadian di Kuantan Parade.
Kes Penipuan di Kuantan Parade-blogger Suffian - Yang nie, jalan cerita sebijik cam SMS kena. Cuma beza, SMS sorang, tiada wanita mengandung. Modus Operandinya tetap sama.
So, berhati-hati ye sahabat.
Elakkan keluar seorang diri dan usah dilayan apa-apa permintaan orang yang tidak dikenali walaupun juru jual.
Zaman sekarang, bukan seperti zaman dulu.
Bila kerakusan dan ketamakkan menguasai diri.. hilanglah nilai kasih sayang dan perikemanusiaan seorang insan bergelar manusia.
Saya sebenarnya sedih..
Sedih dengan anak bangsa sendiri. Yang menipu saya tu anak-anak muda. Anak melayu.. dan ada lah juga seorang india.
Lagi sedih,.. ada wanita bertudung. Pandai mereka mengaburi mata kita dengan imej cam tue.
Allahuakhbar..
Kecian, emak ayah di rumah..
Tolong lah, bangkit wahai anak bangsa ku..
Hidup kita ibarat seperti roda.
Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah..
Hari nie kita berjaya menipu ramai orang.. Tak mustahil, suatu hari nanti ia terbalik kepada diri kita semula samada melalui keluarga dan insan-insan tersayang.
Bukan dari segi wang ringgit.. mungkin, keberkatan hidup. Dan juga masalah-masalah lain.
Bawak bertaubat lah wahai anak bangsaku..
Takkan mati, kalau hidup tak menipu..
Rezeki Allah itu luas..
Terlalu luas.. Dalam Al-Quran banyak diulang akan nikmat dan rahmat rezeki dariNya. (Cuba hayati kalam Allah).
Ya Allah..
Takut saya mengenangkan hari kejadian dan akibat kepada mereka.
Saya anggap ini, adalah sebahagian kifarah dosa-dosa yang lalu.
Pembersihan jiwa dan harta..
Kalau diberi pilihan.. saya lebih rela duit tu disedekah/ infak kepada anak-anak yatim dan fakir miskin dari mereka.
Namun Allah lebih tahu apa yang terbaik..
Setiap yang berlaku dalam hidup nie ada hikmahNya.
Jangan mudah menyerah kalah.
Allah menguji kita kerana DIA sayangkan kita :-)
Alhamdulillah..
Syukur dengan kasih sayang dari Allah SWT.
K, lah sahabat.
SMS doakan semoga anda semua selamat dan sentiasa berada dibawah lindungan dan payung rahmat Allah SWT.
InsyaAllah.
Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada saudara-mara ataupun rakan-rakan di sekeliling anda.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment