Thursday, 9 November 2017

DIARI AZZAHRA : PENGALAMAN PERTAMA ANAK JAUNDICE (PART 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, bersua kembali kita sambungan dari kisah pengalaman pertama anak Jaundice di entry yang lalu part 4.

Hari ni, hari ke enam saya menginap di HTAA, hari ke empat bagi Azzahra dan hari kedua bagi kami berdua di wad kanak-kanak Jaundice nie.

Bagaimana keadaan Azzahra untuk pagi nie?

Boleh ke kami keluar wad?

Azzahra dah tak sabar nak balik jumpa mok cu dan cik su dia (Hakikatnya, si ibu yang tak sabar. Huhuhu).

Sejujurnya saya letih.. saya kuat sebab Azzahra je ni.

Baby Azzahra tidur lena di dalam kot.

Mayb, kepenatan berjaga agaknya. Tambahan asyik kena paksa duduk bawah lampu, letih taw kita yang memandangnya.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"

Saya biarkan dia tidur tanpa memasang lampu fototerapi.

Biarlah dia berehat.

Sementara tu, boleh lah saya pi mandi dan bersihkan diri.

Bab nak mandi satu hal. Tak leh main siram je. Kena hati-hati, sebab luka caesar belum pulih sepenuhnya.

Kena lap betul-betul, jangan biarkan lembap.

Kalau boleh, time mandi tu elakkan tempat luka basah.

Hurmm.. duk kat wad ni, memang tak de jaga sangat.

Darurat.

Nak mandi pun terkejar-kejar, memang tak tenang.

Sayup-sayup macam dengar suara baby Azzahra menangis.

Dalam kepala "Alahai ibu baru je nak mandi, sayang.. jangan lah nangis. Baby lain nak tidur, ibu dorang pun nak rest. Huhuhu.."

Cepat-cepat lah bersiap keluar bilik air.

Panik! First time dapat anak. Anak Jaundice, anak sulong.

Jadi tak dapat nak control lah perasaan risau bila baby nangis.

Hurmm.. saya keluar menuju ke bilik.

Yang peliknya, kenapa suara baby sayup-sayup arah lain. Pastu, ramai pulak suara baby nangis.

"Betul ke, baby Azzahra nangis?"

Tet.. bila sampai ke katil.

Teka-teki terjawap.

Allahuakhabar..

Anak ibu tidur lena taw. Ibu je yang panik.

Suara baby lain lah. Bukan Azzahra.

Macam tu lah saya bila setiap kali berjauhan dengan Azzahra untuk ke tandas atau bilik air.

Actually, tangisan baby nada suaranya seakan sama kalau cuba diamati betul-betul.

So, jangan confius lagi ye.

RESULT JAUNDICE AZZAHRA

Pagi tu, suasana di wad agak bising dan kelam-kabut.

Gara-gara dorang kena move ke tingkat 5. Wad asal Kanak-kanak Jaundice.

Wad yang kami stay sekarang ni, cuma wad sementara.

Kalau kami belum boleh discharged, kami pun kena pindah naik ke atas sekali dengan katil-katil dan lampu.

Full set dengan pesakit.

Jangan lah. Saya letih nak berpindah-randah dalam keadaan cam ni.

Pergerakkan yang terbatas. Berjalan dah macam peguin, ampu perut tempat luka.

Doktor datang melawat katil ke katil macam biasa.

Bila tiba masa Azzahra, doktor terpaksa skip ujian darah sebab baby tengah menyusu.

Doktor just tengok report.

Then, doktor cakap : "Tak pe, puan. Susukan baby dulu. Jap lagi kita ambil ujian darah."

Kat luar sana keadaan agak hingar-bingar macam kat pasar dah.

Dorang duk punggah, tolak katil, meja, almari.

Tengah hari tue, sampailah turn bilik kitorang untuk berpindah.

Staff yang bertugas sedang asingkan ibu dan baby yang tak perlu berpindah.

Sebab dorang dah boleh discharged hari nie.

Penghuni bilik kami ada 5 orang ibu termasuk my baby.

2 orang memang kena pindah. Sebab reading baby masih tinggi lagi.

Lagi 2 orang dah boleh discharged. Cuma tunggu prosedur dulu.

Baby Azzahra?

Harapan 80-20%.

Sebab dorang tak pasti keputusan baby Azzahra.

Doktor check pagi tadi terlupa yang baby Azzahra belum buat ujian darah untuk hari ni.

"Baby saya cam mana? Ujian darah belum ambil lagi pagi nie? Tadi masa doktor nak buat, baby tengah menyusu."

Doktor : "Ye ke.. cam mana kita boleh terlepas pandang ni. Tak pe, tak pe. Kita buat test sekarang. Bawak baby ke makmal."

Azzahra selepas di cucuk untuk ambil darahnya.

Doktor bercakap sesama dorang.. "Tapi, patient kena pindah cam mana ni."

Ada sorang staff lelaki menyampuk.

Saya tak pasti, doktor ke MA ke nurse. Dia berbaju biru macam doktor bedah pun ada.

Hurmm.

"Puan ni, rasanya dah boleh keluar wad hari ni. Sebab result dia semalam bawah 200. Mayb, hari ni dah semakin berkurang."

Ok.

Saya dalam hati mengucap syukur Alhamdulillah. Berita positive untuk kami.

Selepas Azzahra di bawa ke makmal.. saya terus contact en.suami menceritakan semuanya dan mintak dia doakan.

Mintak emak doakan juga.

Adakah confirm kami boleh discharged hari ni? Bergantung pada keputusan makmal Azzahra.

Ok.

Kita bersambung di next entry PART 6.

Anda boleh baca entry sebelum ni, di bawah.

Pengalaman pertama Anak Jaundice PART 1
Pengalaman pertama Anak Jaundice PART 2

Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment