Monday, 13 November 2017

DIARI AZZAHRA : ZIARAH TOK KI ANGKAT DI BUKIT SAGU

Baby Azzahra Day-69
Assalamualaikum wbt..

Dua hari lepas, Azzahra, Ayah dan Ibu pi ziarah tok ki angkat kat Bukit Sagu selepas balik dari kenduri kahwin kat Beserah.

Kiranya first time, Azzahra jumpa tok ki nya. Tok ki betul dah tak de.

So, menumpang kasih tok ki angkat je lah.

Nenek dengan tok ki tanya, dah berapa bulan?

Ibu cakap baru 68hari. Ni pun, baru cukur rambut.

Nenek dengan tok ki pun ambil riba, dukung, peluk baby Azzahra.

Behave je. Tak nangis pun.

Dorang cakap 'keras' badan dia. Sedap peluk. Baru dua bulan. Bagus budak ni, tak lembik.

"Azzahra nyusu badan ke campur?"

Ibu cakap lah, Alhamdulillah badan sepenuhnya. Tak pernah bagi susu formula.

Pastu tok ki sambung bicaranya yang membuatkan ibu terkagum..

"Bagus bagi minum susu ibu nie. Kalau susu formula, sekejap sakit. Past sakit, sakit. Tiap-tiap bulan sakit.

Anak tok ki yang lelaki tu je menyusu badan penuh.

Yang lain, tak sampai dua tahun pun.

Yang sorang tue merajuk bila nenek dah start keje. Tak mahu susu badan. Terpaksa lah bagi susu tepung.

Kerap jugak kami pi hospital sebab sakit sokmo.

Penat memang penat nyusu badan.. tapi, susu ibu tak sama dengan susu formula. Anak kita kerap sakit. Ulang-alik klinik.

Kalau anak laki yang susu penuh tue, Alhamdulillah mudah pick up, mudah ngafal, mudah terima ilmu banding dengan anak yang lain.

Memang berbeza. Tapi, nak buat macam mana. Kita tak leh salah kan dorang. Ujian setiap anak tak sama .

Walau cam mana pun, didiklah mereka berpandukan agama."

Kagum saya yang mendengar dari mulut sorang lelaki. Dari sorang tok ki. Nampak jelas terpancar kejernihan air muka sambil tersenyum berkongsi cerita dan pengalaman masa muda besarkan anak-anak.

Alhamdulillah.. InsyaAllah Tok Ki, ibu akan usaha berikan susu ibu sepenuhnya untuk baby Azzahra.

Menyusu ni memang penat. Tapi, the moment kita menyusu anak kita sendiri tu amat indah. Hilang semua rasa penat bila susu kita melimpah ruah untuk anak syurga kita.

Kecian, ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu dan tidak berpeluang menyusu kan anak mereka sepenuhnya.

Kalau sesiapa ada masalah penyusuan atau ingin dapatkan Set Ibu Bersalin, Berpantang dan Menyusu boleh hubungi saya, (Sakinah : 019-916 4276).

Penting !! Taw ibu-ibu sihat dan kuat untuk anak kecil yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment