Youth Effect - day 19 |
Assalamualaikum dan Selamat pagi.
Jom ! sihat dan cantik dengan #Youth.
Hari ni, cabaran ke-19 Skincare Youth.
Muka Kinah memang banyak jeragat di bahagian pipi dan parut jerawat di hidung. Jerawat halus di dahi dan juga di dagu.
Ini semua banyak jugak dipengaruhi oleh Resdung dan penggunaan produk skincare main tangkap muat je sebelum ni.
Kinah mana reti jaga muka. Tak de kakak untuk berkongsi. Ada kawan pun, kulit dorang cantik.
Lagi satu, Kinah jenis memang tak suka pakai apa-apa di muka. Kerana muka mudah dan sangat cepat berpeluh membuatkan Kinah rimas untuk tepek bedak atau apa-apa. Rasa rimas.
Bila berpeluh, Kinah lap-lap ikut suka hati guna tisu. Till ada yang menegur “Eh ! Kinah tak elok selalu lap muka dengan tisu. Tisu tu ada bahan kimia. Nampak je putih. Tapi, merbahaya for long-term bila bercampur pulak dengan peluh kita.”
Dulu mesti ada stock tisu dalam beg semata-mata untuk mengelap peluh. Tak pernah tak de. Dah standby siap-siap.
Untuk peluh dan juga hingus.
Then, Kinah stop.
Cuba macam-macam produk.
Kulit makin kering, jeragat makin mencanak naik. Dah masuk umur senja 30 ni, jerawat makin berleluasa.
Maybe, faktor hormon dan juga stress.
Itu sedikit pengakuan jujur betapa Kinah memang tak reti jaga muka.
So, today dah masuk hari ke-19 Kinah ber #Youth. Alhamdulillah terasa kulit lebih bersih, licin, lembap dan tona lebih sekata.
Jeragat di pipi memang mengambil masa untuk pulih. Jadi kena banyak-banyak bersabar.
Pesanan Kinah, walau cantik cam mana pun kena pakai any protection kat muka kita.
Cuaca kat Malaysia sangat panas, pakailah moisturizer yang berpH 50 ke atas.
Sekeliling kita banyak radikal bebas, pencemaran sana-sini. Asap kenderaan, asap kilang, rokok nampak simple je. Tapi, secara halus ia hinggap jugak kat muka kita.
Belum lagi habuk-habuk, hama di rumah. Itu pun memberi kesan jugak.
Ok. Jaga kulit muka luar dan dalam supaya sentiasa sihat. InsyaAllah kulit akan menjadi lebih cantik, glowing & flawless.
Sesape yang kulit memang sihat dan cantik, bersyukur lah. Dan yang bermasalah kena jugak bersyukur sebab masih ada rupa yang penting jaga hati dan niat.
*Abaikan mata yang sembap tue. Ibu anak kecik memang macam ni. Tidur tak menentu😜
Salam Ceria.
#YouthSMSChallengeDay19
#SkincareYouthBebas1500BahanKimiaBerbahaya
#YouthSemulajadiDariTumbuhan
No comments:
Post a Comment