Tuesday 11 December 2018

TIPS BERJAYA - DESIGN HIDUP

Tips Bahagia - Design Hidup anda.
Alhamdulillah sampai Kuantan, selepas singgah ambil angin Sweet Island Village tadi.

Tadi dalam kereta borak dengan husband. Co-pilot walau 3/4 perjalanan tidur bangun, tidur bangun.

"Apa planning abang 2019?"

Then, Kinah tambah.

"Dalam hidup ni banyak perkara bukan di bawah kuasa kita. Sangat banyak perkara yang kita tak terduga."

Kawan sebaya Kinah ramai dah yang meninggal secara tiba-tiba. Ada yang meninggal sebab sakit cancer, ada yang sedang berjuang hidup kerana penyakit yang dorang tak mintak.

Ada yang dulunya brutal, mat rock kapak.. sekarang dia lah ustaz alim ulama'. Banyak berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah.

Ada juga yang dulu students paling malas dan bermasalah. Sekarang dia berjaya dan dah jadi artis, jadi orang yang hebat-hebat yang sangat berkarisma, yang sangat luar biasa.

Berbeza semasa zaman hingusan dan 'Juvana' dorang.

Ada jugak yang meninggal di hari yang mulia, bulan mulia, iaitu Jumaat bulan Ramadhan. Semasa hayatnya sangat pemurah, peramah dan tak pernah berkira. Suka meraikan tetamu walau mereka bukannya orang have-have.

Tetapi jangan pandang sebelah mata.

Dorang mampu beli kereta secondhand by cash, ternakan lembu beranak-pinak, kebun durian di sana-sini. Musim buah syurga bagi mereka. Bila kenduri mewah jamu orang sekampung siap tapau bawak balik.

Kita ni? Nak beli basikal RM5, 6 ratus by cash belum tentu mampu.

Bila memberi siap berpesan. Kongsi-kongsikan dengan jiran tetangga. Bukan untuk korang hadap sorang je. Memang takkan habis lah.

Hurmmm.. Kita pulak cam mana?

Cam mana design hidup yang kita nak?

Adakah jadi orang kaya pemurah, atau orang miskin kedekut.

Adakah mati kita husnul khatimah atau mati sia-sia. Mempersiakan hayat hidup yang Allah pinjamkan untuk beramal dan membawa bekal amalan sehingga ke akhirat.

Ramai jugak hari lebih suka menghentam sana-sini, membawang tak sudah. Suka memporak-perandakan hubungan yang baru nak subur. Suka mencari silap orang. Silap sendiri pun ta keruan.

Jaga-jaga golongan wanita.

Ok.

Jom ! muhasabah diri.

Nak Shaklee, contact Kinah : 019-916 4276.

Free Radiance CE bernilai RM412.50. Wasap 019-9164276 untuk tempahan.

Free Youth Magnifying Mirror Large yang bernilai RM43.80. Wasap 019-916 4276 untuk melanggan.

No comments:

Post a Comment