Monday 7 June 2021

DAH 33 TAHUN RUPANYA AKU

Alhamdulillah, saya tak pernah meraikan my besday since dari kecil. Sebab bukan budaya kami. Kami datang dari family bukan orang senang dan terdedah kepada budaya meraikan setiap kelahiran anak-anak.

Just enjoy my life. Tak rasa pun nak kek apatah lagi hadiah. Tak sempat nak fikir pun. Dan tak pernah taw pun rasa kek tu cam mana. Kecian ke? Saya ok, je. Zaman kanak-kanak saya berbeza.

Tapi, zaman anak saya mula berbeza. Setiap kali sampai waktu kelahirannya mesti ingin diraikan. Not because orang lain buat, jadi budaya ikut-ikutan.

Ia lebih kepada sebuah penghargaan. Cukup meraikan antara kami bertiga atau beri makan kepada orang-orang susah yang tak pernah rasa apa itu kek. Indulgence, Blackforrest dan macam-macam nama pelik.

Saya lebih suka begitu.

Feeling berkongsi rezeki dengan mereka lebih bermakna.

Jujur saya katakan. Sejak berkahwin, hidup saya mewah dengan makanan sampai nak termuntah. Kek pelbagai jenis kek dah rasa. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja sambutan hari lahir anak-anak sedara, ipar, duai non-stop silih berganti.

Cuma saya bukan peminat tegar kek. Cukup sekadar rasa sesudu dua. Bukan 2, 3 slices apatah lagi berbiji-biji.

Dan dipendekkan cerita semalam di suatu petang.. my husband cakap nak keluar sekejap. Sekarang kan Lock Down. Memang saya bertegas bab nak keluar rumah kalau tiada apa-apa urusan.

Saya tanya, "Abang nak kemana?"

Jawapnya, "Abang nak pi Maybank sekejap, nak keluarkan duit."

Saya pelik. Sebab paginya dah ke Maybank. Buat apa pergi petang nya lagi. Dalam fikiran sangsi saya bermonolog sendiri, "saje lah tu cari alasan nak keluar sebab bosan kat rumah."

Saya biarkan je lah. Doa yang baik-baik.

Sekejap je keluarnya. Masa dia balik, saya sibuk layan Azzahra nak makan nasik. Jadi masa dia masuk rumah tu macam agak pelik lah. Membelakangi saya seperti menyorok sesuatu. 

Saya buat tak tahu.

Azzahra sambung makan. Biasa Azzahra ni mesti excited sambut ayah dia balik. Tapi, lapar agaknya. Dia hai kan je Ayah nya.

Saya pun buat tak tahušŸ¤£

A few moment later..

Dia matikan kipas, bawak kotak sambil menyanyi "Happy Besday To UšŸ˜†"

Hahahaha.. Nak touching ke nak gelak. Sebab, ingatkan untuk Azzahra. Sebab Zahra ada mintak kek tengah hari tu. Saya pulak lupa pasal besdayšŸ¤­

Bila kek tu sampai depan mata, huhuhu. Saya terkejut sekejap. Terkesan sebab umur kat kek tu menanda kan saya dah tuašŸ˜­ Dah 33 tahun Allah pinjamkan nyawa untuk bernafas dan hidup atas bumi ni.

Papepun syukur, en. husband just beli one slice kek and thats my feveret kek. Nasib dia tak beli yang pelik-pelik. Cukup makan kami tiga beranak. Kami tak meraikan dengan makanan lain. Sebab nanti, membazir tak de orang makan. Tinggal 3 beranak cam ni lah. Simple-simple sahaja.

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan thanks to my husband because u try ur best appreciate your wife. Walau tiada bunga penuh satu taman dengan special event. Sayang tahu , abang dah cuba buat yang terbaik.

Thanks to my mom Hasanah Mohamad yang telah berjuang hidup mengandung, melahirkan dan membesarkan anak emak sorang ni menjadi manusia berguna dan sentiasa berusaha memberi manfaat kepada orang lain.

I know my life is not easy. Dari kecil dicaci dikeji rakan-rakan itu biasa. Dan tak pernah simpan di hati walau kadang ia terkesan dijiwa. Sebab saya tahu, bila dah besar. Fikir-fikirkan semula. Budak-budak apa lah yang dorang tahu. Tak matang. Hidupnya sedikit senang, hidup kita sedikit susah itu pun rahmat dariNya. Dah besar dorang pun dah lupa apa pernah diucapkanšŸ¤­

Syukur saya dilahirkan dalam family susah. Sebab ia mengajar saya menjadi manusia yang sentiasa sedar diri dan berusaha untuk capai impian sehingga berjaya walau nampak mustahil di mata dunia, tapi percayalah mudah sahaja bagi Allah Yang Satu.

Thanks Allah for everything.

Saya cuma ingin bahagiakan orang-orang yang saya sayang ❤️ In Shaa Allah, hujung bulan ni saya akan berhijrah ke tempat baru, dunia baru dengan izinNya. Dimana, biarlah rahsia dahulu. Sampai waktu, saya akan umumkan keberadaan saya di mana.

Buat masa sekarang, saya mencari bisnes partner yang serius di sini (Kuantan) untuk teruskan apa yang dah lama saya usahakan. If ada antara korang yang menetap di Kuantan dan nak join Projek #FromTheLab by Dr Forrest, boleh (Click di sini) www.wasap.my/60199164276/BantuSayaJanaPendapatanDenganProjekFTL

Okey❤️

No comments:

Post a Comment