Ini Foto Raya Aidilfitri Tahun 2020 |
Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi dan dihormati. Dah lama saya tak menulis di sini. Sebenarnya saya banyak berkongsi di ruangan TikTok - Sakinah Mat Said
Hari ni, saya meluangkan waktu untuk kembali berkongsi tentang kisah hidup dan pengalaman yang mungkin dapat memberi pedoman, inspirasi dan motivasi buat kalian.
FYI (For Your Information), Tahun 2021 saya dan suami diuji dengan kehilangan Emak Mertua (MIL) yang dikasihi pada bulan Syawal iaitu 24 Mei 2021. Selasa ni, genap setahun arwah tinggalkan kami.
Petang tu hujan tiba-tiba lebat bila masuk waktu Maghrib. Saya baru bersiap-siap nak mandi. En. Suami pula dengan anak, Azzahra di ruang tamu sedang menonton TV. Masa tu Azan baru je berkumandang.
Tiba-tiba En. suami dapat panggilan telefon dari familynya. Rasanya first time saya tengok En. Suami menangis sejak kahwin. Saya terkedu tak terkata. Terus bersiap-siap, solat untuk ke rumah MIL di Sri Damai. Sampai je di sana, tiba hati menjadi sebak dan empangan air mata terus memecah suasana yang syahdu. Masa tu jenazah MIL masih di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Semuanya terkejut dan tiba-tiba. Memang tidak dinafikan yang MIL dah lama sakit. Cuma tak sangka rupanya kata-kata MIL menjadi kenyataan. Beberapa bulan sebelum MIL dijemput Illahi, dia selalu cakap dia tak lama dah, dia nak Mati dah. MIL selalu juga pesan : "Nanti kalau Emak dah mati, segerakan urusan. Tak payah tunggu anak-anak. Emak dah bayar untuk khairat kematian kampung ni. Nanti beritahu je dekat dorang. Semua dah tersedia."
Saya yang mendengar ni, luluhnya lah hati. Berbelah bahagi dan serba salah sebagai menantu. Sukar untuk saya tunaikan permintaan MIL. Sebab MIL masih ada anak-anak menantu dan cucu yang ramai. Dorang pasti nak kucup dan cium MIL buat kali terakhir.
Alhamdulillah, urusan pengkebumian MIL dipermudahkan keesokkan paginya sebab masa ni kes Covid masih tinggi. Jadi banyak prosedur dan SOP yang perlu dipatuhi. Alhamdulillah, walaupun MIL bukan meninggal sebab Covid tetamu dan sedara-mara terdekat je yang hadir memberi penghormatan terakhir buat MIL.
Sakit memang sakit untuk sebuah kehilangan ini. Lagi sakit meninggal di musim Covid. Orang ramai, jiran tetangga tak boleh datang melawat. Kalau datang pun tak boleh nak peluk dan cium.Tapi syukur, anak menantu semua dapat balik merentas negeri. Itu pun ada cabaran masing-masing. Tak boleh ramai-ramai. Ada juga polis tak percaya, sangsi. Mengamuk adik ipar di balai nak balik merentas negeri jumpa MIL. Bayangkan apa korang rasa, dah 2 tahun tak jumpa. Nak balik jumpa dan tengok jenazah Emak sendiri pun susah waktu tu.
Di kubur pun tak boleh lebih dari 20 orang. MIL ramai anak menantu dan cucu. Cucu yang ada je dah 29 orang, anak menantu 22 orang. Sedih sangat. Abang ipar ada yang tak dapat balik jumpa MIL. Sorang di Oman dan sorang di Riyadh. Border tutup kan. Kalau balik pun kena kuarantin dulu. Mereka hanya mampu tengok melalui video call. Hati hanya Allah je yang taw.
Itu serba sedikit coretan saya untuk kenangan di hari mendatang. Sungguh saya tak sangka last pandangan mata MIL kepada saya tu sama macam arwah ayah saya. Pandangan mata yang memberi maksud mereka dah tak lama. Allah.. sungguh tiada siapa tahu rahsia kematian kita.
Selepas MIL tak de. Terasa hidup macam kosong. Pergi rumah MIL, dah tak de MIL. Terasa sebak dan syahdu. Disebabkan itu saya dan suami membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman saya di Terengganu. Pulang menjaga dan berbakti kepada Emak saya pula.
Sungguh episod pulang ke Terengganu ini penuh keinsafan dan bertambah kesedihan untuk sebuah kehilangan.
Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah. Selepas 2 tahun tak boleh merentas negeri, akhirnya kami dapat pulang ke kampung tinggal bersama Emak yang dirindui. Alhamdulillah.
Nantikan sambungan di entry seterusnya, ya. 9 Bulan Bersama Emak, Akhirnya tiba jua turn Emak Tersayang beristirehat buat selama-lamanya kembali kepada Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment