Friday 24 February 2023

REVIEW DAN FEEDBACK PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 DAN KENAPA MESTI ADA PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 2.0

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan rezeki ini. Saya sendiri tak sangka dan terkejut sebenarnya bila saya dikhabarkan memenangi Hadiah Utama iaitu sebotol Vivix yang bernilai hampir RM500 untuk 25 orang yang pertama di dalam group oleh Kak Affni merangkap Sideline Master di dalam Shaklee. Macam tak percaya taw. Sebab ada ramai orang nama Sakinah dalam projek ini. Mana lah tahu tersalah orang kan Hehehe.

Waktu itu saya ada short-meeting bersama adik-beradik. Saya tak tahu macam mana boleh terlepas info pihak penganjur akan mengadakan announcement pemenang pada hari Jumaat (17 Februari 2023) jam 9.30 malam. Saya difahamkan sepatutnya jam 3.00 petang. Tetapi terpaksa ditangguhkan. Banyak kali juga lah keluar masuk group Projek Blog Mega Euphoria Shaklee pada hari tersebut. Risau terlepas info penting. Tapi, terlepas jugak. Huhuhu.

Al-maklumlah saya selalu tertinggal 'flight'. Sebab bukan sepanjang masa mengadap Facebook. Kadang notification keluar lambat.

Papepun, syukur dan saya ucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada Organizer Projek Master Norita yang telah mewujudkan Projek Blog Mega Shaklee 1.0 ini.

It’s not easy.

Mengimbau kembali bagaimana perjuangan untuk submit 2 Task Entry yang diberi membuatkan diri ini sangat-sangat bersyukur.


Saya percaya semua yang terlibat seramai 220 orang pasti ada cabaran mereka yang tersendiri. Saya pun tidak berkecuali dari cabaran itu.

REVIEW DAN FEEDBACK PROJEK BLOG MEGA EUPHORIA SHAKLEE 1.0

First time mendapat tahu Master Norita akan adakan contest Blogging saya sangat excited, sangat teruja dan tak sabar nak mulakan. Sebenarnya saya sudah lama mencari team, guru, kelas atau mana-mana platform yang menyampaikan ilmu Blogging. Saya ada membeli buku, join group, berguru tapi tak ramai guru yang memberi apa yang saya cari.

Bila ada peluang ni, terus saya mendaftarkan diri. Syukur pendaftaran diterima. Walau mendaftar secara percuma tetapi bukan semua orang berjaya taw. Siapa Cepat Dia Dapat dan sentiasa ada proses saringan.

Review Task 1

Untuk submit Task Projek Blog Mega Shaklee 1.0 yang Pertama, setiap orang diberi Sparring Partner masing-masing di dalam group. Ada 110 group dan saya antara group yang terawal jugak iaitu Group ke-6. Bayangkan kalau saya lambat macam siput, ia akan memberi kesan kepada peserta yang lain. Sedangkan masa berjalan, due date sangat singkat.

Di sini lah mencabarnya. Saya perlu berhubung dengan orang yang saya tidak pernah kenal dan tidak familiar. Tapi Allah Maha Baik, Moderator Projek Blog Mega 1.0, Master Salwa berikan sparring Partner di atas yang saya sangat respect as Master Coordinator. Cuma cabaran nya kat sini saya perlu Push Orang atas tanpa mengira apa pun pangkatnya.

Tujuan utama Projek ini adalah untuk mewujudkn satu Gelombang Shaklee yang besar untuk kebaikan semua Shaklee Independent Distributor (SID) Malaysia secara tidak langsung. And off course manfaatnya untuk grow bisnes, jana income 24jam kepada semua peserta yang terlibat. Dan ia berbentuk satu rantaian yang besar. Kita tidak boleh memutuskan rantaian ini, kalau tidak ia akan jadi pincang.

Okey, satu saya nak ingatkan di sini.. kita mungkin boleh pergi laju seorang diri tapi kita tak boleh pergi jauh bertahan lebih lama. Begitu lah dalam bisnes kerana kita saling memerlukan. Dalam projek ini kita kena banyak-banyak bersabar, memberi kerjasama, tidak boleh pentingkan diri sendiri.

Saya tahu semua orang ada commitment kepada team bisnes masing-masing, kerjaya makan gaji, keluarga dan tugas-tugas lain. Once kita decide untuk join kita kena commit. Jika kita rasa tak mampu nak commit better tarik diri dan beri laluan kepada orang lain yang lebih bertanggungjawab dan ready untuk menjayakan Projek.

Saya ada juga rasa macam nak menangis sebab adalah beberapa isu yang berlaku. Sehingga tergerak hati untuk menghubungi Moderator pada sebelah petangnya. Tetapi Allah Maha Baik. Allah hadirkan team yang baik-baik untuk membantu. Tak sempat pun nak kacau Moderator Master Salwa.

Sejujurnya, Task Pertama Projek Blog Mega Shaklee 1.0 memang betul-betul menguji kesabaran saya. Hahaha.

Semasa diuji tu lah saya perbanyakkan berdoa.

“Ya Allah, KAU permudahkan lah. Jangan persulitkan. KAU berikan kemudahan bukan kepada ku sahaja tetapi kepada seluruh Team Projek Blog Mega Shaklee Euphoria ini. Besar cabarannya tapi KAU lagi Maha Besar. Kau ringankan lah cabaran-cabaran kami ini. Berikan kesabaran kepada kami. Berikan lah kami ilham untuk menulis dengan baik dan berikan kami ilham agar penulisan ini sampai ke hati sesiapa jua yang membacanya Ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami untuk menghasilkan penulisan yang bagus-bagus yang menepati SEO dan syarat penganjur jua. Aku tahu ramai orang berharap kepada hadiah Vivix, Collagen dan Nutriferon. Begitu jua aku, Ya Allah.

Namun apa yang penting usahasama setiap Sparring Partner. Berikan kepada kami kefahaman untuk menjayakan Task diberi. Rahmati dan berkati usaha kami semua.Terima Kasih Ya Allah, KAU bantu kami bangunkan Organisasi Shaklee kami, KAU kurniakan sales yang banyak dari sini secara berterusan dengan Keagongan dan KebesaranMU Ya Allah. KAU Yang Maha Memberi Rezeki, Maha Kaya dan Maha Memberi Kekayaan.

Sesungguhnya aku redha Ya Allah menjadi perantara rezeki untuk suami dan anak-anak, kedua ibu-bapa, adik-beradik dan keluarga kami. Bantulah kami yang hanya berharap kepadaMU Ya Allah. Janganlah KAU kurangkan walaupun sedikit kerana dalam rezekiku ada rezeki mereka. Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu kebaikan dan pintu kejayaan dan pilihlah kami menjadi Master Coordinator dalam Shaklee yang diredhaiMU Ya Allah. Dan pilihlah kami supaya tergolong di antara hamba-hambaMU yang berjaya di dunia dan di akhirat”

Makin sukar dan mencabar ujian, makin banyak berzikir supaya Allah tidak membolak-balikkan hati ini dan sentiasa berfikiran positif. Bisnes ni tidak mudah namun perjalanannya sangat indah.


Dalam kesibukkan menghadiri Majlis Anugerah Prestasi Anak saya sempat merangka penulisan untuk entry Task diberi. Sebaik sahaja selesai Majlis, saya terus pulang ke rumah untuk ambil pakaian lembap bawa dry ke Laundry then sambung menulis di sana. Ikutkan saya memang susah nak menulis di tengah hari panas terik. Tapi syukur Allah mudahkan memandangkan fikir ramai Sparring Partner menanti untuk complete kan rantaian.


Namun siapa sangka dalam rushing tu saya masih tak dapat hubungi Sparring di atas dan Sparring di bawah anaknya pulak demam. Seperti saya kata di atas tadi, setiap orang ada cabaran nya. Jika fikir mudah boleh je saya menipu entry belum complete. Tapi, saya bukan orang begitu. Allah nampak kan. So, kita perlu jujur dengan apa yang kita lakukan.

Saya minta maaf jika kerana saya, kalian di bawah lambat publish entry. Kerana saya pun seperti kalian menanti entry Sparring Partner di atas sehingga lewat petang. Bila dah siap publish, baru saya tahu Sparring Partner di bawah saya pula diuji dengan anak kurang sihat sebab masa tu saya nak passing entry kepada dia. Banyak lah ujiannya yang terungkap dengan kata-kata seperti masalah network dan lain-lain yang mana biarlah ia terbuku dalam kamus hidup saya sendiri.

Review Task 2

Untuk kali kedua ni, saya rasa lebih relax sebab tidak terikat dengan sesiapa. Siapa cepat boleh terus submit form untuk next step.

Cumanya di sini, saya menulis entry untuk Task Kedua ni semasa mengikuti suami travel ke Kuantan. Saya sangka dapat menyiapkan entry lebih awal sebelum bergerak sehingga berjaga lewat malam. Hurmm.. jangkaan saya tersasar jauh. Saya tak dapat nak teruskan, otak dah blank. So, tutup laptop untuk masuk tidur sejam dua.

Then, prepare laptop siap-siap untuk sambung menulis sepanjang perjalanan.

Tetap tak berjaya. Saya tak dapat typing di dalam kereta. Jadi saya hanya mampu merangka, buat poster dan mencari bahan tambahan lain. Sebaik sahaja sampai ke destinasi terus saya buka laptop dan menulis. Terkejar-kejar lah jugak sebab nak kena bergerak. Saya hanya ada masa 3 ke 4 jam sahaja untuk siapkan Task diberi sebelum kami bergerak lagi ke destinasi lain.

Masa tu lah anak lapar nak makan, masa tu lah anak nak berak. Masa tu lah anak mandi. Saya ingat pesan Master Norita buat bisnes ni, kena pastikan perut anak dan suami kenyang. Huhuhu. Maka saya pujuklah anak makan bekal nasi goreng yang dibawa. Syukur suami memahami sebab dia tak de bersama. Kih!kih!kih! Dia ada meeting dengan client kat tempat lain. Tinggallah saya menguruskan anak. Memang tak senang duduk. Sekejap anak nak itu nak ini, duk memanggil "Ibu..!"

Saya pula terlupa nak bawa buku-buku dan alat menulis dia. Sebab tak jangka jadi begini. Travel ke Kuantan pun balik hari. Saya dah lama tak balik Kuantan. Rindu nak mengziarah pusara Emak Ayah Mertua. Itu mencelah lah jugak folllow suami.

Papepun syukur berjaya publish dan submit sebelum masuk waktu Asar entry Task Kedua.

Itulah sedikit sebanyak review perjalanan saya untuk Projek Blog Mega Shaklee Euphoria 1.0.

Secara keseluruhannya, banyak ilmu-ilmu baru yang saya peroleh dari Projek Blog Mega ini tentang Keywords, masukkan Link tanpa menghilangkan jejak blog kita, cara menulis mengikut kehendak SEO, Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee secara lebih mendalam.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang-pemenang Projek Blog Mega Shaklee 1.0 termasuk My Upline Master Maria, My Sparring Partner Task 1, Task 2, semua Sideline. Kalian semua memang hebat-hebat.

Kat bawah ni, saya share sedikit review dan feedback rakan-rakan team Projek Blog Mega untuk tatapan korang yang saya pilih secara random.



KENAPA NAK LAGI PROJEK BLOG MEGA 2.0

Bagi saya Projek ini sangat bagus untuk diteruskan dan ia mempunyai masa depan yang lebih jelas. Dengan apa yang cuba Master Norita dan Master Salwa sampaikan, saya yakin In Shaa Allah Shaklee akan menjadi satu Fenomena Tsunami di Malaysia secara besar-besaran.

Lagipun rakyat Malaysia lebih cenderung menggunakan Google berbanding platform lain untuk mencari maklumat dan artikel. Kita tidak menafikan lambakan platform Sosial Media lain yang lebih trendy dan fleksible.

Tapi, percayalah kebanyakkan mereka yang serius akan membuka phone, then search sahaja di GOOGLE selain YOUTUBE. Sama seperti saya. Sepanjang hampir 10 tahun saya dalam Shaklee dan menulis di Blog, jarang sangat orang mencari maklumat di Sosial Media melainkan ia akan masuk ke newsfeed/ notification followers kita.

Pada pandangan saya, bukan semua orang memiliki kepakaran untuk mempengaruhi orang di sosial media seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Tweeter. Seperti saya, walaupun banyak juga video-video yang FYP di Tiktok, tapi ia bukan sepanjang masa membawa kepada sales. Sosial Media ni lebih kepada engagement supaya orang mengenali kita secara short-cut.

Saya cuba follow trendy tapi bukan sebagai Content Creator, Influencer, Founder-founder produk lain. Shaklee ni bidang yang berbeza. Walau tujuan at the end of the business adalah lebih kurang sama.

Sebagai orang bisnes kita perlu audit setiap apa yang kita lakukan terutama melibatkan masa. Ya, kita akan peruntukkan masa untuk melakukan sesuatu perkara kan. Adakah apa yang kita lakukan itu mendatangkan sales atau sebaliknya. Jika tidak kita perlu perbaiki dan mungkin memperbaharui dengan berguru dengan guru yang tepat dalam bidang kita.

So, tunggu apa lagi? Korang berminat nak bersama kami. Sekarang kita open untuk pengambilan New Intake Rakan Bisnes yang serius untuk menjana Income RM500 - RM1000 sebulan bersama team kami, The Great Billionaires (TGB).

Berita baiknya, korang pun layak untuk join Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini. Dengar khabarnya Blog Mega 2.0 ni ada hadiah yang lebih lumayan. Hurmm..!! tak sabar. Hopefully, saya pun berjaya untuk peringkat saringan seterusnya.

Nak join? Bagaimana nak daftar? Ada dua yuran pendaftaran serendah RM35 atau Langganan Produk Shaklee Free Membership Free Postage serendah RM150 sahaja. Klik di sini : Nak Join Bisnes Shaklee dan Blog Mega 2.0. Serius, korang takkan rugi apa pun. 

Ok, sehingga kita bertemu di next entry.

Sekian, wassalam.

#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-916 4276)
Click to Whatsapp
FACEBOOK : Sakinah Mat Said
INSTAGRAM : sakinah_mat_said
YOUTUBE CHANNEL : Sakinah Mat Said
EMAIL : sakinahmatsaid@gmail.com
TIKTOK : @sakinah_sms

No comments:

Post a Comment