Assalamualaikum wbt..
SMS mendoakan semoga sahabat semua, sentiasa ceria dan berbahagia di samping insan-insan tersayang.
Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Ramai kawan-kawan tanya saya.. "Ko, tak nak cari kerja ke Sakinah?Ko, dah tak nak ngajar.. "
Saya tersenyum dan bayangkan wajah seseorang.
Wajah ibu saya.
SAYA SAYANGKAN IBU
11 Sept. 2015 nie, genap usia ibu 53tahun.
Saya masih mempunyai peluang 7tahun sahaja lagi untuk membahagiakan ibu saya.
Kenapa 7tahun?
Purata kematian rakyat Malaysia hari nie, berada di antara 60 hingga 70tahun.
Ini kalau tiada apa-apa penyakit lah. Sihat tubuh badan. InsyaAllah.
Tapi, kalau saya yang meninggal dulu. Cam mana?
Tak dapat saya bayangkan kembali kepadaNya sebelum berjaya tunaikan impian ibu.
Disebabkan itulah setiap hari, masa saya amat berharga dan bermakna. Saya bayangkan, hari ini.. Adalah hari terakhir saya untuk bahagiakan ibu saya.
Saya usahakan perniagaan ini, walaupun masih banyak perkara yang perlu saya belajar.
Kata mentor saya, kejayaan sebuah perniagaan yang stabil memerlukan masa 5tahun untuk betul-batul teguh..
Tahun pertama dan kedua adalah tempoh belajar.
Dan banyak lagi perkara-perkara lain.
Kenapa saya tak mengajar je?
Kan, senang. Tak yah susah-susah, berniaga?
Dapat gaji akhir bulan, kemudian bahagiakan mereka.
Boleh buat loan (Hutang lagi. Sampai bila saya nak menambah hutang. Saya tak mahu mati nanti bekalan saya adalah hutang-piutang. Tak selamat hidup saya di alam sana nanti).
Sahabat,
Bukan saya menidakkan itu semua.
Ye, 20tahun yang lepas. Kerja makan gaji mungkin satu peluang yang menjadi rebutan ramai anak muda.
Bukan lagi, zaman sekarang.
Gaji permulaan mengajar baru RM1200 di sektor swasta.
Kementerian?
Jangan haraplah sebanyak itu. Lebih rendah lagi.
Saya dah laluinya.
Bukan saya nak lantang bersuara untuk jatuhkan kementerian.
Saya tahu pun sebab pengalaman mengajar di sekolah kementerian. Saya terpaksa bersaing dengan lepasan guru yang bersepah-sepah di pasaran kelab pengganggur.
Saban hari saban tahun semakin bertambah. Tak pernah berkurang.
RM1200, tak mampu saya nak bahagiakan ibu.
Saya tak mampu nak bawak ibu ke mekah.
Ibu pernah berhajat.. Kalau ada rezeki lebih, nak sambut Ramadhan kat mekah. Wat umrah kat sana.
Belum ada lagi rezeki Ramadhan kali ini.
Nak pergi haji, tak tahu bila. Kena tunggu giliran bertahun-tahun lagi.
Time itu, ibu pun dah tak de.
Saya sedih dan malu dengan diri sendiri.
Bertahun saya belajar untuk segulung ijazah. Beribu-ribu, berhempas pulas habiskan duit.
Hasilnya, gaji RM1 000 - RM2 000. Dapat gaji, bayar hutang PTPN.. Sewa bilik tidur dan segala bil mak nenek.
Belanja ke tempat kerja.
Nak menyimpan untuk ibu ke mekah?
Jauh panggang dari api.
Tak kan mampu, kalau saya terus bekerja begini.
Bukan saya tak bersyukur.
Tapi, saya ada pilihan.
Pilihan yang lebih besar untuk saya bahagiakan ibu sementara ibu masih ada. Sementara saya masih bernyawa.
Kadang, saya sakit dada. Keadaan ini, amat merisaukan. Mungkin, kerana kesan bekerja kuat zaman belajar dulu. Tak cukup rehat dan tidur.
Tidur kat mana-mana yang sempat je. Demi keputusan yang cemerlang. [Alhamdulillah, memang cemerlang. First class degree. Saya cuma perlu bayar PTPTN time diploma. Itu pun, tak mampu].
Keadaan saya amat merisaukan,
Saya berjumpa doktor.. Doktor cakap saya sihat.
Tapi, saya tetap takut dan risau.
Sebab, semua orang tak tahu bila nama kita akan gugur dari Arasy dan dibawa oleh malaikat maut mengekori kita dalam tempoh 100hari kematian.
Mungkin, sekejap lagi. Saya pun, tak tahu.
Mati tidak semestinya kerana sakit sebagaimana firman di bawah :
"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." Allah SWT berfirman melalui surah al-Mu'minun, ayat 114.
Namun, demi ibu..
Saya hanya ingin bahagiakan ibu saya. Saya masih bertahan hingga ke hari ini.
Saya yakin, dengan cara ini sahaja saya boleh jaga ibu dan bahagiakan ibu yang ada penyakit kencing manis.
Cukuplah, saya tak sempat nak bawak ayah ke Mekah. Ayah meninggal di usianya 61tahun.
Masa saya dah suntuk.. Banyak sangat-sangat lagi perkara yang saya tak tunaikan untuk ibu dan arwah ayah.
Saya nak belikan tanah dan buat rumah untuk ibu di kampung halaman kami. Sekarang, kami menyewa di rumah di negeri orang.
Saya nak belikan ibu kereta supaya mudah ibu kemana-mana tanpa perlu menaiki motornya lagi.
Saya sangat risau setiap kali ibu, keluar kemana-mana dengan motor. Dikala hujan mencurah-curah.. ibu masih diluar.
Allahu Rabbi.
Hati saya menangis menanti ibu yang belum pulang. Ibu ambil upah urut orang.
Saya dah cakap.. tak payah, lah berurut. Duk kat rumah je. Berehat kat rumah.
Ibu kata.. keciankan dorang. Dorang perlukan ibu. Dorang sakit. Tak pe, lah.
Setiap hari saya menanam azam akan sediakan SPA HOME untuk ibu. Ibu tak perlu dah keluar. Biar dorang datang dan berehat kat SPA HOME kami. Ibu ada pekerja yang take over semua urusan mengurut.
HOME SPA |
Ibu pantau je.
So, akan ada lebih ramai lagi orang lain yang dapat ibu bantu.
InsyaAllah, ianya masih dalam perancangan.
Mentor saya cakap, nak bahagia dan berjaya?
Bahagiakan ibu/bapa kita terlebih dahulu. Rawatlah mereka. Tunaikan kehendak mereka selagi tidak bercanggah dengan agama.
Dulu, dia tak buat semua nie. Sebab, dia tak tahu. Sehinggalah dia berjumpa Jutawan Muslim yang dah berjaya dan hidup biasa-biasa je. Tapi, bahagia.
Kuncinya 1 je, bahagiakan ibu kita.
Tunaikan permintaan mereka walaupun dia mintak kita betulkan mentor yang dah rosak kat rumah.
Mungkin, pada sesetengah orang. Nampak remeh.
Suka bertangguh..
Kita akan cakap : biar lah dulu. Nanti, kita tengokkan.
Hari berganti hari, kita lupa betulkan.
Ibu tepon lagi, mintak tolong.
Kita cakap kat dia, tepon je orang kat kampung tue. Senang citer.
Sedih & terkilan, hati ibu. Kita tak taw.
Impaknya amat besar.
Banyak lagi, yang kita tak sedar telah kita lukakan hati mereka.
Nak tunaikan impian besar-besar mereka jauh sekali. Tapi, kita sebagai anak lebih banyak lukakan hati mereka dalam diam.
Kerana ini lah, saya nak jadi Jutawan Bahagia.
Saya nak bahagiakan hati ibu saya. Saya nak tebus kesilapan dan dosa-dosa saya yang lalu.
Sekarang, hari-hari saya mampu jaga ibu walaupun bukan 24jam bersamanya.
Sekali-kali saya cuba elakkan dari melukakan hati ibu.
Walaupun, saya masih belajar dalam dunia perniagaan. Tapi, kesannya hari-hari jugak ramai yang berhubung dengan saya untuk mohon tunjuk ajar.
InsyaAllah.
DOWNLOAD PERCUMA EBOOK INI, SEKARANG !! DAH DOWNLAOD JANGAN LUPA HABISKAN BACA. |
Mudah-mudahan saya dapat bantu mereka tunaikan impian insan-insan tersayang mereka.
Doakan saya jugak, agar dapat tunaikan semua impian ibu.
Saya doakan anda kaya & berjaya.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said
No comments:
Post a Comment