Saturday 11 July 2015

4 PUNCA GASTRIK YANG WAJIB ANDA TAHU

Sakitnya, Gastrik !!
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua..

Apa khabat anda hari ini?

Selamat berhujung minggu ye, semua.

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog dan para blogger sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang hendaknya.

InsyaAllah.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hari nie, SMS nak share sedikit tips kesihatan bagi mereka yang ada masalah GASTRIK.

PUNCA-PUNCA SAKIT GASTRIK YANG WAJIB ANDA TAHU

Firstly, apa-apa masalah kita kena kenali apa punca terlebih.

Barulah mudah untuk kita usahakan jalan penyelesaian.

Betul, betul?

Sebab kalau kita tak tahu apa punca atau dengan kata lebih tepat lagi ialah kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari.. "Kita akan sentiasa mengulanginya".

So, untuk berjaya kita perlu belajar dari punca kesilapan.

Bagaimana GASTRIK terjadi?

Sahabat,

Sakit gastrik ni berlaku bukan dalam masa sehari mahupun seminggu.. Ia mengambil masa yang panjang akibat dari lebihan asid dalam perut kita.

Contoh paling mudah.. Diri saya sendiri merupakan pesakit gastrik.

Saya start kena gastrik semasa sambung belajar di usia 17 tahun.

5 tahun sebelum tue, saya pernah diet. Cara diet saya yang tak betul menyebabkan sehingga kini saya gastrik.

Puncanya,

Pengambilan makanan yang tidak seimbang. Saya banyak makan masam-masam seperti air limau nipis kosong tanpa gula setiap hari.

Keadaan ni, telah menghakis perut saya tanpa disedari.

Kesannya, di usia 17 tahun saya menjadi pengunjung setia klinik kesihatan di kampus. Anda boleh baca di sini dan di sini.

4 punca GASTRIK yang perlu dielakkan

1. Pengambilan makanan yang tidak seimbang

Mulai hari ni, ubah gaya pemakanan kita.

Kurangkan.. kalau boleh elakkan lebih baik makanan yang berminyak, bergoreng, pedas, masam, bergaram tinggi dan berangin seperti ubi kentang dan jugak makanan dingin yang terbiar lama (Biasanya, makanan bergoreng yang dah masuk angin).

Selain itu, lebihkah serat sayuran dan buahan dalam makanan.

Junkfood, process food dan fastfood tue, sangat tak elok sebenarnya.

2. Makanan lewat waktu

Jangan selalu amalkan makan dilewat waktu.

Dulu rutin harian saya, makan jam 3 petang. Tiada breakfast.

Sanggup ikat perut sebab nak berjimat.

Perut selalu masuk angin. So, makan apa pun dah tak imun. Kita dera dia. Dia merajuk lah.

Hehehe.

3. Makan tidak teratur

Ini pun lebih kurang sama cam punca kedua tadi.

Cuma part nie, kita details kan sikit.

Elakkan makan tidak ikut masa yang teratur.

Masa makan terbaik adalah jam 7 pagi (breakfast), 10 pagi (minum pagi), jam 1 tengah hari (lunch), jam 4 petang (minum petang) dan jam 7 malam (dinner).

4. Tekanan/Stress melampau

Haa..

Yang nie, susah sikit lah nak dielakkan bila kita seorang yang terlalu sibuk dan jugak selalu kejar dateline sesuatu pekerjaan ataupun tugasan.

Keadaan sekeliling pun memainkan peranan yang besar dalam tekanan nie.

Cam mana nak control bermula dengan diri kita. Sebab, kita tak boleh nak control orang lain. Tapi, InsyaAllah mudah untuk kita control tekanan pada diri sendiri.

Sebenarnya, tekanan berpunca dari emosi atau jiwa dalaman kita.

Salah satu cara nak atasinya adalah dengan selalu berzikir ingat Allah, membaca ayat-ayat al-Quran, bersolawat dan dekatkan diri kepadaNya.

Selalu berdoa memohon kesembuhan dari Allah SWT.

Amalkan senaman berbentuk meditasi seperti Yoga. Ia bagus untuk pernafasan dan kesihatan dalaman kita serta secara tidak langsung membantu emosi kita.

InsyaAllah.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman dan punca kesilapan SMS suatu masa dahulu.

Alhamdulillah, sejak saya amalkan gaya hidup mengikut saranan Now Everyone Can Kurus (NECK).. Gastrik saya semakin terkawal.

Saya jugak ada amalkan pengambilan Set Gastrik yang banyak cover masalah pedih perut dan sakit di hulu hati (tanda-tanda gastrik).

Alhamdulillah.

SMS doakan semoga sahabat semua sentiasa berada dalam lindungan dan payung rahmat Allah SWT.

Kurus dan Sihat selamanya.

*Sila SHARE jika anda rasa entry ini memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment