Mengimbau kembali kenangan masa kecik-kecik dulu.
Ramuannya, cili padi tumbuk letak isi ikan selayang. Tak pun, Cili padi semata-mata.
Tapi, sedap taw.
Saya siap bawak bekal pi sekolah lagi.
Bila dah besar, dah banyak merantau.. macam-macam version nasik goreng lak jumpa, Nasik Goreng Paprik, Nasik Goreng Daging Merah, Nasik Goreng Ayam, Nasik Goreng USA, Nasik Goreng Tom Yam dan banyak lah.
Namun tak kan sama dengan nasik goreng air tangan seorang ibu yang melahir dan membesarkan kita. Walau tak mewah, tapi sedap berselera.
Pagi tadi, saya pun masak campak-campak bahan yang ada kat dapur untuk jadikan Nasik Goreng Ikan Bilis ala-ala kampung.
Jom! tengok apa bahan dan cara penyediaannya kat bawah ni.
NASI GORENG IKAN BILIS ZAPA
Bahan-bahan :
1. Sedikit minyak masak untuk menumis.
2. Sedikit serbuk bawang putih ZAPA.
3. Sedikit serbuk bawang merah ZAPA.
4. Sesudu makan sos tiram.
5. Sedikit Ikan bilis goreng garing beserta dengan cili kering potong digoreng garing juga.
6. Sedikit ikan bilis belum digoreng.
7. Sayur campur.
8. Nasi putih ikut sukatan masing-masing.
9. Serbuk rasa sedap maggie.
Cara penyediaannya :
1. Panaskan minyak, bila dah panas.. masukkan serbuk bawang putih dan merah ZAPA serta sesudu makan sos tiram. Kacau supaya sebati dan tidak hangus.
Gunakan api sederhana.
2. Kemudian, masukkan ikan bilis bersama sayur campur. Kacau sekejap.
3. Masukkan nasi putih. Gaul bersama ikan bilis dan cili kering potong goreng tadi.
4. Last, tambah serbuk sedap maggie sebagai pelengkap rasa.
5. Siap dan angkat untuk dihidang. Enak makan bersama keropok ikan dan teh 'o' panas.
Selamat mencuba.
Oh! ye. Jangan lupa makan Phytocol-ST terlebih dahulu sebelum ambil makanan bergoreng ni untuk block kolestrol yang tak diingini.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment