Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana masih setia membaca ruangan ini.
Membaca kisah Diari Azzahra, anak ibu ayah.
Sambungan entry sebelum ini
Membaca kisah Diari Azzahra, anak ibu ayah.
Sambungan entry sebelum ini
(Anda boleh baca di sini, 6 Hari Berkampung di Wad Bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan Part 1)
Then, teruskan mimpi indah.
Sebelum ini, citer terhenti di saat aku usai menunaikan solat asar di kala matahari mula terbenam.
Suasana petang mula berubah jingga.
Terasa seperti ada lelehan cecair turun ke bawah. Memang tak selesa dengan perut semakin memboyot.
Terkadang terdetik jugak untuk solat duduk. Tapi, aku rasa masih mampu untuk berdiri, sujud & rukuk walaupun dalam kepayahan.
Lagipun tak selesa solat duduk. Tak puas, kalau tak dapat sujud.
Beberapa bulan lepas aku pernah solat duduk.
Hampir 2 minggu kerana kesihatan tak mengizinkan untukku berdiri. Memang tak selesa bila dahi kita tak mampu sujud ke lantai. Hilang satu nikmat.
Ok, dipendekkan cerita.. setelah memasukkan telekung ke dalam almari, aku cepat-cepat ke tandas sebelah bilik. Check apa yang patut.
Betul sangkaan ku.
Ada darah keluar.
Aku dapatkan doc untuk bertanya lanjut.
Doc : "Ooo.. tak ada apa-apa puan. Mungkin, kesan semasa check jalan puan tadi. Nanti, puan pakai pad je. Ok."
Ok, aku keluar bilik. Aku pasrah. Aku rasa penat. Aku tak nak stay. Aku nak balik.
Then, aku tanya nurse yang sedang susun fail pesakit.
"Nurse macam mana dengan saya ye?"
Nurse : "Puan tunggu sekejap ye. Nanti, kita bawak ke wad. Sementara tu, boleh lah mintak suami keluarkan barang puan siap-siap. Kita tunggu yang lain dulu. Naik sama-sama."
Saat itu..
Aku rasa nak menangis.
Memang dah menangis pun. Tak tahu kali yang ke berapa. Menangis sebab kena berpisah sementara dengan en.suami.
Sepanjang kahwin, belum pernah kena tinggal. Seingat aku hanya sekali. Itu pun, en.suami ada kerja. Dan kebetulan aku alahan teruk memang tak boleh bau suami.
Itu pun tak senang hati. Menahan rasa.
Cam mana lah nasib aku malam nie.
Tanpa suami di sisi untuk melayan kerenah mak yong yang makin sarat, tunggu masa nak meletop je. Huhuhu..
Dah lah susah nak biasakan diri tempat baru. Tak tidurlah nampaknya.
Beberapa minit berlalu,
Aku dibawa check in Wad Melor 1C lewat petang itu jugak bersama beberapa orang ibu mengandung yang lain.
Seram sejuk, tengok semua pesakit tanpa teman. Tiada waris di sisi.
Dalam masa yang sama, perutku terasa sakit macam senggugut. Fikirku mungkin kesan darah yang keluar tadi.
Selepas selesai pendaftaran dan pembahagian katil.. Aku sempat berborak sekejap dengan en.suami sebelum dia dihalau keluar dengan mak guard.
Mak Guard : "En. mintak maaf ye. Masa melawat dah tamat. En. tak dibenarkan berada di sini. Apa-apa masalah, kita ada nurse untuk membantu."
Pasrah untuk ke sekian kali. Pasrah suami melangkah keluar, turun ke bawah menuju ke kereta dan start enjin balik rumah.
Hari dah gelap.. aku sendiri.
Pesakit sebelah menyebelah dengan dunia masing-masing. Ada yang menahan kesakitan, ada mendung seribu, ada yang terlena tidur seperti tiada apa-apa rasa.
Tiba-tiba phone berbunyi. Panggilan dari en.suami...
Agak-agak cam mana lah si dia nak tenangkan si isteri nie?
Nanti kita sambung ye.. Panjang sangat.
Nanti kita sambung ye.. Panjang sangat.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Kasih.
Diari Azzahra.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment