Azzahra hari ke-13, Ibu lupa ambil gambar. Ini je yang ada. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya yang sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama.
ANAK IBU, ANAK AYAH
Demimu anak ibu yang amat-amat ibu sayang. Sesungguhnya, sakit itu ujian dan sakit itu penghapus dosa-dosa silam.
Biar ibu ayah ulang-alik ke klinik dari ditahan dan mungkin 'dilapah' lagi untuk kali kedua.
IBU DAN AZZAHRA DI DEWAN BEDAH
40minggu 1 hari ke sana-sini, kita berdua. Selepas kau melihat dunia, sayup-sayup ibu dengar suara tangisan yang amat kuat.
40minggu 1 hari ke sana-sini, kita berdua. Selepas kau melihat dunia, sayup-sayup ibu dengar suara tangisan yang amat kuat.
Lantas, ibu bertanya cam mana anak saya?
Tapi, jawapan yang diberi : sabar ye, puan. Tunggu doc cakap.
Dalam hati, ada masalah apa lagi?
Selamat ke anak ibu?
Suara tangis tadi, anak siapa?
Anak orang lain ke?
Mana anak ibu?
Kenapa harus mereka buat ibu tertanya-tanya.
Dalam keadaan dibius separuh badan. Lemah tak berdaya. Ibu tanya pulak, mana suami saya?
Saya nak jumpa suami saya. Nak jumpa anak saya.
Sabar, ye puan.
Beberapa ketika,
somebody (tak pasti, doc ke nurse) berbaju jubah hijau, bersarung kepala, ber mask di muka datang dengan jasadmu wahai anak. Membuka kankangmu untuk menunjukkan jantina, dan muka.
Kemudian dia berlalu pergi membawa bersamamu anak.
Alhamdulillah terasa lega seketika. Tapi, kenapa kita harus berpisah?
Bukan ke ibu perlu susukan anak ibu sebaik kau lahir ke dunia. Saat yang ibu nantikan, kau berada dalam dakapan ibu.
Tapi, anak ibu kat mana?
Ibu ditolak keluar dari dewan bedah. Dipindahkan ke satu bilik yang kosong, terasa macam bilik mayat pun ye. Sejuk nak beku.
Ada beberapa orang yang berjubah hijau lagi. Masukkan ubat pada drip jarum ibu. Kemudian salah seorang dari mereka minta ibu gerakkan kaki.
Ibu gagal.
Ibu tak rasa kaki ibu.
Mereka cakap tak pe, puan. Sabar ye. Rehat dulu. Nanti, cuba lagi.
Kali kedua pun sama, ibu masih tak mampu gerakkan kaki. Ibu tak rasa apa-pun. Begitu jua kali ketiga.
Sehingga anak ibu datang bersama wanita berjubah hijau.
Dia minta ibu susukan anak ibu.
Ibu redha walau bukan dalam dakapan.
Tak mampu nak pegang mahupun pelukmu wahai anak. Sebab badan ibu masih dalam fasa pemulihan dari ubat bius.
Tapi, Ibu bersyukur sebab anak ibu, Azzahra diberikan rezeki susu pertama ibu yang sangat banyak.
Beberapa minit kemudian kita berpisah lagi. Ibu tak tahu kemana Azzahra dibawa.
Dan ibu ditolak keluar dari bilik tadi selepas mampu gerakkan kaki untuk dimasukkan ke dalam wad ibu bersalin di tingkat satu.
Barulah ibu jumpa ayah dan nenek yang setia menanti kelahiranmu wahai anak.
Alhamdulillah.. syukur Ya Allah.
Kemudian anak ibu menyusul datang disorong oleh nurse.
Anak ibu lah yang setia jadi peneman ibu dikala air mata jatuh, ditinggalkan ayah tak berteman.
Disaat ibu tak mampu bergerak lagi. 6 jam dalam kesan ubat bius.
Disaat ayah dan nenek terpaksa keluar tinggalkan kita berdua. Kerana belum tiba masa melawat.
Sesungguhnya, air mata banyak mengalir sepanjang di sana.
Ayah. Nenek dan Pak Teh Zuhairi setia menanti Ibu dan baby Azzahra. |
Sebab itu, ibu tak sanggup untuk warded kali kedua. Berpisah pulak dengan anak ibu sorang nie.
Papepun, Ujian setiap ibu-ibu yang melahirkan itu tidak sama.
Cuma satu yang pasti, setiap ibu-ibu ada kisah suka duka mereka.
Coretan hari ke-13, buatmu wahai anak Siti Nur Hafizhah Azzahra Binti Mohd Noor Ariff.
Oneday bila Azzahra besar, anak ibu akan baca coretan ini yang mana mungkin, ingatan ibu sendiri dah samar-samar.
Lately, selepas bersalin.. Ibu rasa ada beberapa perkara yang ibu mula lupa.
InsyaAllah, ibu akan spent time menulis sebelum 'hard-disc' ibu makin padat.
Another alternative, ibu kena makan Omega Guard. Hehehe..
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Kasih.
Diari Azzahra.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
|
"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment