Showing posts with label Anak Sulong. Show all posts
Showing posts with label Anak Sulong. Show all posts

Sunday, 17 September 2017

DIARI AZZAHRA : KELAHIRAN BABY AZZAHRA DI DEWAN BEDAH

Azzahra hari ke-13,
Ibu lupa ambil gambar. Ini je yang ada.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya yang sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama.

Walau apa-pun saya doakan anda kaya dan berjaya. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

ANAK IBU, ANAK AYAH

Demimu anak ibu yang amat-amat ibu sayang. Sesungguhnya, sakit itu ujian dan sakit itu penghapus dosa-dosa silam.

Biar ibu ayah ulang-alik ke klinik dari ditahan dan mungkin 'dilapah' lagi untuk kali kedua.

Ibu tak sanggup berpisah dari nyawa ibu walau sesaat.